[E] No Pain No Gain

November 4, 2009 eDoTz 4 comments

nataliedee.com
Source: nataliedee.com

I saw him standing on the weight scale and sighing as he looks at the numbers appearing on the digital display. I thought, “Maybe it’s the numbers. They just won’t get lesser.”

I know that he wants to lose weight but he can’t resist the high-carbo-and-high-protein-with-Secukup-Rasa dishes that I cook everyday (even though they don’t taste good). I think I need to change the routine so that I can help him lose weight.

I suggested these to him:

  • Go to gym.
  • Eat oat.
  • Try fruits diet.
  • Have small portion of every meal.

Sorry Hubby, from now on there will be less rice for you, I’ll make you eat more vege, the meals I prepare are gonna be less-delicious with less salt & Secukup Rasa, I will add oat in your breakfast drinks and may also make you run 40-times across the living room before you go to bed.

EdotMembebel: Yes, I am a queen-weight-control. Please don’t hate me.

Categories: Whatever

[E] Suka hati kau-lah labu

November 2, 2009 eDoTz 3 comments

Murid x: Y, jom kita pergi main kat padang. nak?

Murid y: Eh, mana boleh. Kerja sekolah pendidikan seni yang cikgu bagi minggu lepas tak siap lagi. Kerja Kolaj tu susahlah nak dapatkan bahannya. Kau dah siap ke?

Murid x: Dah. Mak aku buatkan. Cepat je siap, cantik pula tu.

Murid y: SEMUA Mak kau dah buatkan? Aku kena buat sendirilah, kerja sekolah aku.

Murid x: Mak aku buatkan semua kerja sekolah aku. matematik, BM, English.. semualah!

Murid y: Habis tu, kau buat kerja apa?

Murid x: Aku cuma main dengan anak patung aku, makan, tengok tv dan tidur.

Murid y: Eh eh, senangnya hidup kau eh? Aku, kerja sekolah aku semua aku kena buat sendiri. Aku kena korbankan masa tengok tv cerita Shin Chan, kena tolong buat kerja rumah untuk dapatkan duit upah mak aku bagi, kena bagi kucing makan, kena tolong buat kuih Mak aku nak jual.

Murid x: Kenapa kau buat sendiri? Kenapa tak suruh Mak kau buat?

Murid y: Mak aku kata, kena belajar buat kerja sendiri. Berdikari. Nanti dah besar duduk rumah sendiri dan tahu buat kerja sendiri.

Murid x: Oh. Aku rasa besar nanti aku nak tinggal dengan Mak aku sampai bila-bila, suruh Mak aku buatkan semua kerja sebab aku tak pandai nak berdikari.

Murid y: Suka hati kau lah.

Categories: Whatever

[E] Tak boleh luahkan tak boleh tuliskan

November 2, 2009 eDoTz 4 comments

nataliedee.com
Source: nataliedee.com

[E]: B, boleh tak saya buat satu lagi blog untuk tulis benda yang saya tak puas hati tapi tak nak tulis kat blog sekarang sebab mesti ada yang akan terasa hati sebab apa yang saya nak tulis tu pasti kena batang hidung orang tu?

[W]: Tak.

[E]: Habis tu kalau saya tak puas hati dengan sesuatu, mana saya nak luahkan? Bolehlah~ bagilah saya buka satu lagi blog untuk tulis bende yang jahat-jahat. Saya cuma nak luahkan apa yang saya rasa tak puas hati. Kalau tak dapat cakap, tulis pun jadilah.

[W]: Kalau nak tulis juga, bagi saya senarai benda jahat yang awak nak tulis. At least saya tahu berapa banyak dosa saya kena tanggung.

[E]: *diam*

EdotMembebel: Rasa nak menjerit dalam batang pokok & luahkan rasa tak puas hati ni.

Categories: Whatever

[E] Budak kecil di kedai kek cawan

October 27, 2009 eDoTz 2 comments

nataliedee.com
Source: nataliedee.com

Jalan-jalan di pusat beli belah sementara mata melilau tengok sana sini & atas bawah bangunan sebab sangat jakun dan hanya pergi setahun dua kali kerana perjalanan dari rumah ke sana sangatlah sesak di waktu siang dan kalau nak pergi ke sana Win suruh bangun awal pagi sebab kalau lambat tak dapat parking kereta. Tiba-tiba terserempak dengan pasangan mak dan anak perempuannya yang aku teka umur baru 5-6 tahun sedang berdiri di satu gerai menjual kek cawan yang comel-comel.

“Mommy, do you want to buy the cupcakes for my birthday? Or do you want to buy them for your birthday? Your birthday is coming really soon, you know. It’s 30th of October!!”

Sungguh comel suaranya. Comel sebab ingat harijadi Mami dia juga. *Sekarang berangan mahu anak perempuan yang comel-dan-pandai-berkata-kata-tapi-tak-selalu-menangis-tak-tentu-pasal*

Betul orang tua-tua kata, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kalau dari usia yang muda dah pandai cakap bahasa Inggeris dengan tatabahasa yang betul, nanti dah besar senang nak temuduga untuk belajar di universiti luar negara atau temuduga kerja di syarikat antarabangsa. Zaman sekarang belajar di universiti tempatan pun dah guna bahasa Inggeris sebagai bahasa perantara di kelas, kan?

Tapi kalau setiap masa gunakan bahasa orang lain, bila masa nak belajar bahasa sendiri?

EdotMembebel: Nanti kalau dah ada anak sendiri fikirlah bahasa apa nak cakap. Bahasa Melayu? Inggeris? German? Jepun? Mandarin?

Categories: Whatever

[E] Ade bende tumpang badan makcik

October 21, 2009 eDoTz 2 comments

Tak tahulah kamu nak percaya atau tidak tentang benda yang aku nak cerita ni.

Kisahnya macam ni. Ada jiran yang agak rapat dan selalu bertegur sapa dengan Makcik Konah datang ke rumah.

Jiran: Makcik, saya ni dah lama nak bagitahu kat Makcik pasal benda ni. Tapi baru sekarang saya berani nak jumpa dan bagitahu kat Makcik. Macam ni, kami (dia dan anak-anak) nampak ada benda tumpang kat badan Makcik. Makcik selalu sakit-sakit badan, kan?
Makcik Konah: Adalah sakit-sakit belakang ni bila waktu malam. Kenapa..?
Jiran: Makcik datanglah ke rumah kami malam ni, biar kami buangkan benda yang tumpang badan Makcik tu.

Malamnya, Makcik Konah & suaminya pergi ke rumah jiran yang katanya nak buang benda yang melekat kat badan Makcik Konah.

Jiran: Makcik, jin dah pakaikan baju dia kat makcik, sebab tu makcik selalu rasa sakit-sakit badan. Kalau jin tu pakaikan stoking dia kat kaki makcik, makcik sakit kaki.
Makcik Konah: Yeke..
Jiran: *memulakan upacara membuang baju & stoking jin* Jin ni, kalau dia pakaikan ketayap dia kat kepala kita, nanti kita selalu sakit kepala. Kalau ada makanan & minuman yang tak tutup, nanti dia kencing atas tu. Janganlah sesekali tinggalkan makanan & minuman tak bertutup.

Upacara membuang benda yang menumpang badan Makcik Konah pun selesai. Makcik Konah memberi jirannya RM20 sebagai tanda terima kasih.

EdotMembebel: Cerita ini adalah kisah benar yang diceritakan oleh Mak. Ini adalah lakonan semula oleh watak-watak yang diubah namanya.

Categories: Whatever

[E] Rasa ingin membeli-belah yang sangat hebat

October 16, 2009 eDoTz Leave a comment
nataliedee.com

Source: Click on the image

Pernah tak bila kawan perempuan kamu masuk ke dalam kedai kemudian hati terpikat dengan satu barang sebab warnanya Hot Pink dan terasa ingin membeli dengan segera lalu dibeli tanpa berfikir tapi apabila pulang ke rumah kamu pasti yang dia akan terasa yang barang tadi tak begitu penting & kalau tak beli pun tak apa dahlah dia tak tahu cara menggunakannya?

Jom kita lihat apa yang boleh kita buat untuk menghalang perkara seperti itu berlaku lagi.

  • Kamu nampak dia terpikat dengan satu barang tu dan dia kata ingin beli? Cepat-cepat tarik tangan dia bawa dia keluar dari kedai itu dan cakap, “Tadi saya tengok kedai kat depan sana tu ada jual warna yang laaaagi cantik. Jom tengok.” walaupun sebenarnya kamu langsung tak tahu kedai lain yang jual barang tu.
  • Dah keluar kedai, cuba alihkan perhatiannya kepada benda lain selain benda yang dia teringin nak beli tadi. Kalau tadi masuk kedai baju wanita, cuba masuk kedai baju lelaki pula. Paling berkesan, ajak dia pergi makan supaya dia lupa kepada barang yang dia nak beli tadi.

Kalau strategi tu tak berkesan, cuba:

  • Cakap, “Tunggulah gaji bulan depan, baru beli.” dengan harapan dia lupa barang yang dia nak beli tu pada bulan depan.

EdotMembebel: Ini apa yang aku buat kepada diri sendiri bila rasa ingin membeli sangat hebat.

Categories: Whatever

[E] Tak payah tanya kalau soalan tu buat orang runsing

October 14, 2009 eDoTz 4 comments

annoyed

Wahai orang kampung sekalian! Dengar sini ada satu pengumuman.

Tak payahlah tanya soalan, “Hang/engkau/kamu/anda/kome bila nak kahwin?” masa berjumpa lelaki/gadis yang masih solo di jamuan rumah terbuka hari raya. Kesian dekat dia tau. Mesti dia runsing dengar soalan yang dia pun tak tahu nak jawab apa. Macam mana dia nak kahwin kalau belum jumpa calon yang sesuai?

Takkanlah dia nak pergi tanya kat setiap gadis/jejaka yang lalu, “Saya Adam/Hawa, berumur 25 tahun 3 bulan, masih solo. Sekarang saya tengah mencari pasangan hidup sebab dah runsing sangat orang asyik tanya bila mahu kahwin. Anda ni nampak cantik/kacak, mahu tak kahwin dengan saya? Gaji saya taklah banyak sangat tapi saya ada kereta buatan Jepun.

Tapi lainlah kalau tanya kat orang yang memang dah plan nak kahwin dalam masa terdekat ni. Tak payah tanya pun dia akan bagitahu kat semua orang pasal dia nak kahwin. Ho ho, mentang-mentanglah dah jumpa pasangan, sibuk-sibuk pula tanya orang lain bila nak kahwin padahal soalan tu merunsingkan orang yang ditanya. Tsk.

Cuba letakkan diri dalam kasut orang yang ditanya itu. Apa perasaan sekarang? Ada rasa nak bunuh diri?

Apa kata lain kali kalau berjumpa tanya soalan seperti, “Eh, korang ada masuk pelaburan ASB? Unit Trust?” atau soalan-soalan yang menjana minda & pendapatan. Lagi bagus, betul tak?


EdotMembebel
: Alergi pada soalan, “Dah ada isi?”.

Wahai orang kampung sekalian! Dengar sini ada satu pengumuman.

Tak payahlah tanya soalan, “Hang/engkau/kamu/anda/kome bila nak kahwin?” masa berjumpa lelaki/gadis yang masih solo di jamuan rumah terbuka hari raya. Kesian dekat dia tau. Mesti dia runsing dengar soalan yang dia pun tak tahu nak jawab apa. Macam mana dia nak kahwin kalau belum jumpa calon yang sesuai?

Takkanlah dia nak pergi tanya kat setiap gadis/jejaka yang lalu, “Saya Adam/Hawa, berumur 25 tahun 3 bulan, masih solo. Sekarang saya tengah mencari pasangan hidup sebab dah runsing sangat orang asyik tanya bila mahu kahwin. Anda ni nampak cantik/kacak, mahu tak kahwin dengan saya? Gaji saya taklah banyak sangat tapi saya ada kereta buatan Jepun.”

Tapi lainlah kalau tanya kat orang yang memang dah plan nak kahwin dalam masa terdekat ni. Tak payah tanya pun dia akan bagitahu kat semua orang pasal dia nak kahwin. Ho ho, mentang-mentanglah dah jumpa pasangan, sibuk-sibuk pula tanya orang lain bila nak kahwin padahal soalan tu merunsingkan orang yang ditanya. Tsk.

Cuba letakkan diri dalam kasut orang yang ditanya itu. Apa perasaan sekarang? Ada rasa nak bunuh diri?

Apa kata lain kali kalau berjumpa tanya soalan seperti, “Eh, korang ada masuk pelaburan ASB? Unit Trust?” atau soalan-soalan yang menjana minda & pendapatan. Lagi bagus, betul tak?

EdotMembebel: Alergi pada soalan, “Dah ada isi?”.

Categories: Whatever