[W] Masalah Online Reload
online banking memang memudahkan hidup kita. ia sangatlah membantu org macam kami yg kurang masa utk menguruskan bayaran bil bulanan, sewa rumah, bayar hutang PTPTN, dll yg melibatkan transaksi wang.
2 sistem perbankan online yg biasa kami gunakan sejak bergelar pekerja @ kuli adalah CIMBclicks dan Maybank2u. maklumlah, tiap2 hujung bulan tak perlu beratur di ATM utk semak gaji sudah masuk atau belum.
tak pernah sekali pun ada masalah dgn transaksi yg kami buat selama ni hinggalah ahad lepas, jam 7.52 ptg. sy telah membeli reload prepaid RM30 utk Hotlink dari CIMBclicks. biasanya lps beberapa minit transaksi dibuat, jumlah yg direload akan terus dikreditkan, tp tunggu punya tunggu, tak dapat2. cari info di internet, ramai juga manusia yg dah terkena mcm ni. kata mereka, bank tuding jari kpd sykt telekomunikasi. hoh, habisla duit aku~
tak puas hati. apa yg sy buat utk pastikan duit tak burnt di tangan bank yg durjana itu?
- selepas 24 jam tiada khabar berita gembira, call CIMBclicks Call Centre: 1-300-880-900.
- buat aduan tentang apa yg berlaku. pegawai bertugas ambil maklumat peribadi utk pastikan sy bukan penipu:
- Nama
- No IC
- No Kad ATM
- Nama Ibu
- pegawai bertugas kata dia akan check transaction yg bermasalah tu & forwardkan masalah ke pegawai yg berkenaan. letak gagang.
- 2 jam kemudian, reload telah dikreditkan! alhamdulillah~
- 30 minit kemudian, pegawai tadi call semula untuk tanya status.
setel! thanks to the helpful CIMB guy. harap2 masalah mcm ni tak berulang lagi. tahap kebolehpercayaan perbankan online kan sepatutnya 100%?



erk, sapa yg call Call Center tu ekk?
WiNz replied:
walaupun sy topup ke henpon awk tp sy jugak yg kene buat report sbb sy tuan punye account.