Archive

Archive for March, 2009

[W] Earth Hour 2009 @ KL

March 31, 2009 WiNz 12 comments

masa Earth Hour sabtu lepas, rumah kitorang memang gelap gelita sebab penghuninya keluar makan kat bangi (yang kurang gelap), huh.. so tak dapat nak tengok if adeĀ  jiran2 lain yg aware pasal kempen ni..

family saudara sy yg tinggal kat seksyen 4+ bangi pun participate sekali. kate diorang, ade la jugak rumah2 lain area tu yg bergelap, tp tak semua.

ni ade scene kat KL, sebelum & semasa Earth Hour, captured daripada video mycen:

ohh.. tak berapa gelap~

oohhhh... tak berapa gelap~

humm.. nampak mcm bangunan2 besar kat belakang tu je yg tutup lampu.. tp rumah2 kat depan2 tu…? walaupun tak semua, tp bagus la ada gak yg peduli. ceo TNB pun kata, dlm 1 jam tu, diorang rugi kurang untung sebab penggunaan elektrik jatuh 550 megawatt (bersamaan 14 juta mentol kalimantang 40W).

yg sengaja tak tutup lampu tu.. sama ada memang tak tahu (walaupun banyak iklan kempen kat media massa) atau pun buat2 tak tahu, simply being ignorance.. next time bole participate, ok?

bravo kepada yg take part, teruskan berjimat. harap2 penyertaan pd tahun depan lebih membanggakan.

ps: sekarang ni kalau kene tutup tv kol 8 pun tak kisah, bosan tengok berita kempen kat buletin utama umno. heh~

[E] Minyak wangi dan minyak angin

March 31, 2009 eDoTz 2 comments

Masa majlis khatam al-Quran, jiran-jiran (makcik-makcik) tolong masak di dapur. Aku pula berjalan lalu di tengah ruang dapur untuk ke bilik air, baru nak mandi pagi. Aku terdengar makcik-makcik tu bersembang.

Makcik 1: Dulu masa mula-mula kahwin, masa nak masuk tidur suami tegur, “Hmm, wanginya bau minyak wangi…!”

Makcik 2: Ha ah. Bila umur dah lanjut, masa nak masuk tidur suami tegur, “Hmm, dulu muda-muda bau minyak wangi. Sekarang dah tua, bau minyak angiiiiinn~!”

Categories: Shoutout

[E] Oh Boy

March 30, 2009 eDoTz Leave a comment

Edot: Pakcik awak panggil makcik awak dengan panggilan Girl. Romantik kan? So awak nak panggil saya apa?

Win: Boy.

Categories: Whatever

[E] Ibu Berkerjaya

March 26, 2009 eDoTz 2 comments

Tadi di surau, ada seorang hamba Allah sedang membuat sesuatu sambil menghadap dinding. Nak tahu dia sedang buat apa? Dia sedang pam susu badannya ke dalam botol. Macam mana aku tahu? Dulu di pejabat Mines, kawan sepejabat aku juga begitu.

Kenapa kena pam susu masuk dalam botol? Kalau tak pam, ada yang cakap nanti rasa sakit kat situ. Kadang-kadang kalau susu terkeluar, habis basah baju. Susu badan lagi banyak dipam keluar, lagi banyak akan dihasilkan. Aku tak belum tahu, aku cuma tanya orang yang mengalaminya.

Aku terfikir, kenapa tak ada pihak yang sediakan tempat asuhan berdekatan dengan tempat kerja aku di sini, Technology Park Malaysia? Tempat aku kerja di Mines Resort dulu pun tak ada. Cuba bayangkan kalau ada kemudahan ini, kan senang? Ibu berkerjaya boleh hantar anak-anak kecil di pusat asuhan dekat tempat kerja dan boleh menyusukan anak mereka tiap kali waktu makan tengah hari. Tak perlu sorok-sorok mengepam susu badan di surau. Tak perlu berkejar dari pejabat ke rumah asuhan yang jauh dari tempat kerja. Kalau lebih masa, perlu bayar lebih duit.

ps: Kalau aku ada anak kecil, nanti nak hantar anak kat mana???? huhu, tak payah fikir pasal ada anak. nak beranak pun aku takut -___- takut sakit.

Categories: Whatever

[W] Earth Hour 2009: anda peduli?

March 24, 2009 WiNz 4 comments

VOTE EARTH

Anda tahu tak penduduk bumi akan meraikan Earth Hour pada Sabtu, 28 March ni?

Earth Hour.. ape tu?

Earth Hour merupakan acara tahunan peringkat antarabangsa yang dianjurkan oleh WWF bagi menangani masalah pemanasan global dengan menyarankan kepada seluruh dunia supaya tidak menggunakan peralatan elektrik selama 1 jam pada hari Sabtu terakhir bulan Mac.

Kempen ini bermula di Sydney, Australia pada 2007 dgn 2.2 juta rumah serta premis perniagaan memadamkan lampu selama 1 jam. Pada 2008, acara ini berjaya ke peringkat global dgn penyertaan 50 juta penduduk bumi. Mercu2 tanda seperti Golden Gate Bridge di San Fransisco, Colosseum di Rom, Sydney Opera House & Coca Cola Billboard di Time Square bergelap bagi menyokong kempen ini.

Pada 2009, sasaran kempen ini adalah penyertaan seramai 1 billion penduduk bumi. Kali ini, Malaysia secara rasminya akan menyertai Earth Hour utk kali pertama. Antara yg mengambil bahagian termasuklah KLCC, Menara KL, Dataran Merdeka, Sunway Pyramid, Mid Valley Megamall & banyak lagi.

Camane nak support Earth Hour?

Senang je, Sabtu ni, pukul 8.30 malam.. sila TUTUP LAMPU rumah/opisĀ  anda selama 1 jam. Kalau boleh, offkan skali peralatan elektrik yg kurang penting, contoh: TV, radio, PC.

Aktiviti apa nak buat time gelap2 ni?

Beberapa cadangan dari earthhour.org:

  1. Attend a local Earth Hour event or organise your own by throwing an Earth Hour street party with your neighbours
  2. Gather family & friends for a night picnic in your local park and look at the stars
  3. Enjoy a family dinner by candlelight
  4. Organize a treasure hunt in the dark
  5. Take the dog for a night walk
  6. Have a candle-lit bath
  7. Sit in the dark and share stories
  8. Organize a family night playing board games
  9. Share a romantic night in with your loved one

Humm..cadangan no. 7 & 9 nmpk menarik.. huhu~

Apa lagi.. undilah bumi kita, bukan pemanasan global!

Sesetengah orang mungkin berpendapat menutup lampu selama 1 jam tidak memberi apa2 kesan, tetapi bayangkan berapa megawatt yg dapat dijimatkan & berapa tan carbon dioxide emmision yg dapat dikurangkan pelepasannya oleh 1 billion penghuni bumi dlm masa 1 jam.

Earth Hour bolehlah dianggap simbolik kepada budaya berjimat & sayangkan bumi. Dgn adanya kempen ni, diharap kita semua dapat belajar berjimat & mengurangkan penggunaan tenaga elektrik yg telah banyak menyumbang kpd masalah pemanasan global.

Categories: Info @ Article @ News

[WE] Happily Married

March 22, 2009 eDoTz 34 comments

Happily Married

Nikah Session

Happily Married

Outdoor Session

setinggi-tinggi penghargaan kepada ahli keluarga, saudara-mara & kawan-kawan yg banyak membantu menjayakan majlis kami.

minna~ arigatou gozaimasu!

Photos:

Categories: HerHisTory

[E] Let’s Spread Butter, not Jam

March 18, 2009 eDoTz 4 comments

i learn a lot of things from my daily journey to work. it is about 12 km journey from my home with approximately 3 km of it involves slow moving traffic and queues.

i got this idea. why don’t we spread butter, not jam?

  • if there is a car waiting at a junction, attempting to cross and fit in the queue we are in.. let’s give way. at least one.
  • if there is a car from main road, waiting in the middle of the road to get to a junction.. try to slow down, beam our lamps signaling to give’em way . at least one.

bear in mind, if i give him/her way.. some day when i need one, some other people would do the same to me.

this is my simple ideology but i do believe that it may give big results. let’s reduce the traffic jams.

Categories: Tips