Archive

Archive for April, 2009

[E] Dapat hadiah

April 30, 2009 eDoTz 2 comments

Semalam tetamu datang bukan dengan tangan kosong. Diorang datang dengan hadiah~ dapat pengering rambut & pembersih vakum – memang peralatan letrik yg aku + win mahukan! Mase hari kawen dulu pon dapat hadiah yang kami perlukan,

  • cadar
  • jag + gelas
  • set pinggan mangkuk
  • set periuk
  • coffee maker
  • sandwich maker
  • set mangkuk & cawan
  • towel
  • kain pelekat & kain batik
  • toto
  • set mangkuk ais krim

dan tak ingat lagi da

Terima kasih kerana sudi datang ke rumah!

Categories: Whatever

[E] Kawan Win nak datang melawat

April 29, 2009 eDoTz 8 comments

Harini kawan Win dari pejabat lamanya nak datang ke rumah sewa kami, nak ziarah pengantin-tak-berapa-nak-baru. Tapi disebabkan aku sampai ke rumah pon pukol 9mlm, jadi Win soh diorang datang lebih kurang 9 lebih.

Jadi tuk sediakan makanan tetamu malam ni, aku masak soto ayam! sape nak, sila angkat tangan. Haha, aku bukan pandai sangat memasak pon. Jadi cuma masak yang simple2 macam soto ni je. Senang, tau x?

  • rebus nasi himpit Nona selama 60 minit
  • rebus ayam
  • air rebusan ayam jadikan sup soto. cuma tambah bawang + kiub ayam.
  • ayam yang dah direbus tu, salut dengan garam & kunyit, goreng
  • goreng tauhu
  • goreng kentang potong (aku gune french fries je, senang cite ^__^)
  • goreng so-on
  • daging ayam  dah digoreng tadi dicarik-carik halus, senang nak makan.
  • blend cili padi + bawang putih + kicap + air, msk atas dapor kejap.

dah siap~ kan senang? haha~ tapi tak tahulah sempat ke tak aku nak buat semua ni sebelum masuk keje.

Wish me luck!

Categories: Whatever

[E] Buat baik dibalas baik #2

April 28, 2009 eDoTz 6 comments

Semalam aku balik keje lambat sket dari biase. Dengan perot yang lapar minta diisi, aku memandu pulang selaju mungkin (ala, aku drive tak laju mana pon -___-). Aku bayangkan nasi panas dan lauk sambal tumis udang yang aku masak pagi tadi, oh tak tahan. Kena sampai rumah cepat ni!

Sampai di rumah, ada bau lauk yang baru dipanaskan. Lapa~ Lapa~ Win sedang tido di sofa, sebelah lauk yang terhidang bawah tudung saji. Aku tengok lauk tak luak. Kesian, dia tunggu aku balik untuk makan sama-sama rupanya.. Oh, terharu. Dan lapar.

Aku basuh tangan dan cedok nasi ke pinggan. kemudian kejutkan Win untuk makan sama-sama. Uh, rasa bersalah sebab tak bagitau Win yang aku balik lambat ke rumah. Sorry~ -___-

Lepas makan, baru aku teringat nak tukar baju. Buka mesin basuh tuk masukkan baju kerja tadi, tengok2 kain dalam mesin basuh dah siap basuh & spin. Oh, terharu. Win tolong basuhkan baju. Ye, memang mesin basuhkan tapi kalo tade orang yang boh sabun & tekan butang Start.. tak basuh le kain dalam mesin tu, ye x?

Tenkiu Win sebab tunggu saya tuk makan sama-sama.

Tenkiu Win sebab tolong saya buat kerja rumah.

Terima kasih sebab tak layan saya macam orang gaji.

..XOXO..

ps: maaf kalo post kat sini berbau pujian tuk suami sendiri dan korang tak ske.

Categories: HerHisTory

[E] Cakap pasal anak

April 26, 2009 eDoTz 6 comments
aleesya

Aleesya Nur Sabrina

Fes of ol, memperkenalkan anak sedare terbaru dalam keluarga aku.Ini anak pertama kakak, Anis. Mak dan ayah aku datang dari Ipoh untuk jaga kakak di KL, jadi sekarang senang je nak jumpe diorang kat sane. Tapi tak dapatlah nak makan masakan mak yang best-best.. sebab makanan yang mak masak cume tuk orang dalam pantang. nasi, halia dan lada hitam -____-

Sekarang, ramai pula yang tanya aku bila lagi? Haih, nanti-nantilah~ aku tengok kakak aku dan kakak Win rilek je dulu lepas kawen, dah setahun dua ‘berdua’, baru jadi ‘bertiga’. Lagipon, aku rase aku tak redi lagi nak ada anak. Hidop sendiri pon belum terurus lagi, Win pon cakap aku tak redi lagi. haha, sebab perangai tak macam mak budak kot.

Dulu orang sebok tanye, “bile nak kawen?”. bila dah kawen, orang tanye “bila nak anak~”. Pastu kang bila ada anak, orang tanye “Bila nak ada cucu?”. haha~

Categories: Whatever

[E] Hari ini di tempat kerja

April 23, 2009 eDoTz 4 comments

dizzy Jam 12 tghari: Buka email dan dapat assignment kerja.

specJam 12.30 tghari: oh, kerja senang. Cuma perlu menaip saja.

amok Jam 1 – 5 ptg: Banyaknya perlu taip~!!

siap Jam 7 ptg: siap juga akhirnya~ pheww! Boleh balik!

Categories: Whatever

[E] Raya Tahun ini.. di mana?

April 22, 2009 eDoTz 10 comments

Ke-hadapan Win yang di-kasehi,

hi Boleh-kah kita berhari raya di kampung saya pada tahun ini? Saya tahu, kita baru sahaja berkahwin dan selalunya si isteri terpaksa kena berhari raya di rumah keluarga si suami, tapi apa kata kita awak pertimbangkan permohonan saya berdasarkan sebab-sebab berikut:

goyangSaya tak pernah berhari raya tanpa keluarga saya. Saya kena makan rendang ayam dengan kuah kacang yang mak buat pada tiap pagi raya, kalau tak.. saya rasa macham kehilangan..~

hukhuk

abang saya kahwin dengan anak tunggal, jadi tiap tahun dia akan berhari raya di rumah mertuanya di Grik. abang tak pernah berhari raya dengan kami sejak 8 tahun yang lalu. jadi, anak mak dah kurang sa-orang untuk tolong-tolong masak di hari raya.

sunyi

kakak saya pula jenis yang amat adil. dia berhari raya separuh hari di kampung kami, dan separuh hari di kampung suami-nya. kesian saya, kena basuh pinggan sa-orang di dapor selepas tetamu pulang.

sedihadik saya pula tak pernah menolong mak basuh pinggan. dia cuma baring dan menonton tv sepanjang hari. kesian mak, kemas rumah sa-orang.

hehe

jadi, bolehkan kita berhari raya di kampung saya tahun ini? tahun depan kampung awak pula. hehehe~

Categories: Whatever

[E] Buat baik dibalas baik

April 21, 2009 eDoTz 9 comments

deadSemalam kat office agak tensi. Kami baru dapat tugasan untuk projek, kena buat 379 form dalam masa 2 bulan. haih, nak buat satu template form pun aku ambil masa 1 hari, nak buat beratus-ratus form? ha. ha. haa~

kuyup Balik je dari office malam semalam memang penat. Dengan laparnya sekali. Sambil melangkah kaki yang ku rasa semakin berat memanjat tangga apartment, aku bayangkan betapa banyaknya kerja yang menunggu di rumah. Basuh pinggan, kemas itu ini. Nasib baik makanan dah sedia masak pagi tadi, kalau tidak? haih~

thankful Sampai di rumah, Win dah makan dulu rupanya. Pandai Win panaskan lauk~ ^__^ Aku tengok kat sink pun, pinggan & cawan semua dah berbasuh. Leganya hati. Baiknya Win ni~ hu. hu. huu~ Thank you.

ps: I love you more today than yesterday – but not as much as tomorrow ^__^ xoxo

Categories: HerHisTory