[E] Raya Tahun ini.. di mana?
Ke-hadapan Win yang di-kasehi,
Boleh-kah kita berhari raya di kampung saya pada tahun ini? Saya tahu, kita baru sahaja berkahwin dan selalunya si isteri terpaksa kena berhari raya di rumah keluarga si suami, tapi apa kata kita awak pertimbangkan permohonan saya berdasarkan sebab-sebab berikut:
Saya tak pernah berhari raya tanpa keluarga saya. Saya kena makan rendang ayam dengan kuah kacang yang mak buat pada tiap pagi raya, kalau tak.. saya rasa macham kehilangan..~
![]()
abang saya kahwin dengan anak tunggal, jadi tiap tahun dia akan berhari raya di rumah mertuanya di Grik. abang tak pernah berhari raya dengan kami sejak 8 tahun yang lalu. jadi, anak mak dah kurang sa-orang untuk tolong-tolong masak di hari raya.

kakak saya pula jenis yang amat adil. dia berhari raya separuh hari di kampung kami, dan separuh hari di kampung suami-nya. kesian saya, kena basuh pinggan sa-orang di dapor selepas tetamu pulang.
adik saya pula tak pernah menolong mak basuh pinggan. dia cuma baring dan menonton tv sepanjang hari. kesian mak, kemas rumah sa-orang.

jadi, bolehkan kita berhari raya di kampung saya tahun ini? tahun depan kampung awak pula. hehehe~



“selalunya si isteri terpaksa kena berhari raya di rumah keluarga si suami”, xpenah dgr plak statement ni. yg biase dgr, suami terpaksa mengalah sbb isteri monyok memanjang dlm kete tiap kali blk kg suami, hah!
ape2 je la.. janji raye.. 1st day kat KL pun ape salahnye, miahahaha!
adakah ini bermaksud YES??
*joget-joget*
ps: kalau awak sanggup berhari raya dengan perempuan hodoh kerana bermuka monyok sepanjang hari, bole je hari raya pertama di KL.
lama lg nak raya…pose pun blom…dah bincang psl raya………….huhuhu
tup tap tup tap dah bulan 10 kak su. kejap je masa berlalu. tup tap tup tap edot dah beranak. hahaha
bagus2.. ini dinamakan “family planning”~~ hahahahhaha
(intonasi cam P Ramlee dlm cite 3 Abdul)
ini namanya, raya planning. heh heh
kui kui kui
hai Fahmi.. bile nak email gambo kawen kami sekeping dua.. uhuhu
yaa aku penah dengar kisah ni dulu.. yes lah win, bagi la edot raye kat umah dia dulu thn ni. theres nothing to lose sbb thn depan boleh raye kat jb plak. sometimes it takes very little to make ur wife happy, n in turn get a lot more!! hehehehe…
oh, terima kasih Mas kerana menyokong! oh oh, terharu..