Archive

Archive for July, 2009

[E] Kenapa orang lain boleh belanja besar?

July 31, 2009 eDoTz 12 comments

Kawan-kawan di pejabat aku selalu makan di luar. McD-lah, Subway-lah, Old Town-lah, KFC-lah. Ada jugak ajak aku keluar makan, tapi aku cakap “Ada bawa bekal. Makan kat pantry je.” Dalam hati aku, Kayanya diorang ni~ tiap hari makan luar. Gaji diorang ni mesti banyak gile, sampai tak sempat nak dihabiskan sebelum hujung bulan agaknya. Aku perhatikan, ada beberapa sebab kenapa diorang boleh belanja sesuka hati.

  • Tinggal dengan mak bapak / kakak / makcik.
    • Patutlah~ tak perlu bayar sewa rumah & bil.
  • Makan tanggung, kelambu gantung
    • Balik dari kerja, makanan dah disediakan. Tak payah belanja makan malam lagi. Lepas makan, boleh terus tidur. Mak yang sediakan bekal untuk diorang bawa ke pejabat pun ada.
  • Installment kereta bayar sikit @ dah habis bayar.
    • Ada sesetengah yang dah habis bayar installment kereta. Ada yang mak bapak sponsor bayar deposit kereta RM20,000! So installment kereta dia cuma perlu di bayar dalam 2-3 tahun @ bayar sikit aje lah. Agaknya, ada yang mak bapak bayarkan installment kereta. Memang anak bertuah.
  • Tinggal berhampiran tempat kerja, tak perlu bayar tol.
    • Kebanyakan diorang ni orang yang tinggal berhampiran KL. Dekat nak ulang-alik pergi kerja.
  • Tak kahwin lagi.
    • Kan aku pernah cerita, yang kebanyakan kawan kat pejabat ni tak kahwin lagi? So diorang tak ada komitmen lagi, boleh belanja duit gaji sesuka hati.

Diorang cerita yang diorang bagi mak bapak duit tiap bulan untuk belanja rumah – bagus juga diorang ni. Sekurang-kurangnya diorang contribute juga tuk kurangkan beban mak bapak. Aku tahu, di kalangan kawan-kawan aku ni tak ada yang jenis biawak hidup – makan dan tidur percuma.

Categories: Whatever

[E] Pergilah Jalan-jalan

July 30, 2009 eDoTz 5 comments

Pulau Redang shore

Masa balik kampung hujung minggu lepas, sembang-sembang dengan Mak:

Mak: Kamu dah pergi Terengganu? Kelantan?

Aku: Dulu kecik-kecik adela. Rombongan sekolah. Kenapa? Mak nak pergi rombongan?

Mak: Tak delah, kamu dengan Win pergilah jalan-jalan. Sebelum ade anak ni. Tengok negeri orang. Nanti dah ada anak, susah nak jalan berdua.

Aku: Ho ho~ Minggu depan kami ade gathering dengan kawan kat Port Dickson. Kire kami pergi jalan-jalan la tu kan?

Mak: Alah! Port Dickson tu dekat dengan umah kamu, lain kali boleh pergi. Yang jauh-jauh tu pergi dulu.

Aku: Uhm, tengoklah nanti. *ayat biasa untuk menutup perbualan*

ps: Aku suka pantai dan tengok laut. Nak pergi Pulau Perhentian, Redang, Lang Tengah, Sipadan… haih, bila lah dapat pergi~

Categories: Whatever

[E] Tak payah tanya

July 29, 2009 eDoTz 3 comments

Contoh soalan yang tak perlu ditanya kat aku adalah:

“Bila nak beli kereta baru?”

  • Kalau aku dengar soalan ni dari mulut orang yang bayaran pendahuluan keretanya dibayar oleh mak bapak dia, memang boleh angin satu badan. Dia bukan tahu susah senang nak kumpul duit tiap bulan bayar deposit kereta. Cuma orang yang beli kereta dengan duit sendiri je aku tak marah kalau tanya soalan ni. Faham?

Dulu sebelum kahwin orang selalu tanya, “Korang bila nak kahwin?”

  • Yang ini pun sama. Kalau aku dengar dari mulut orang yang kahwin pakai duit mak bapak dia, soalan ini boleh mendatangkan kemarahan. Kalau dah kahwin, dok diam-diam. Tak perlu sibuk tanya orang lain bila nak kahwin. Jangan buat orang lain stress, ok?

Sekarang orang mula tanya, “Bila nak ada baby?”

  • Soalan ni tak lah buat aku marah, tapi kalau tak tanya lagi bagus. Manalah aku tahu bila nak dapat anak?

ps: Entry emo. Maaf. Haha

Categories: Whatever

[E] Seronoknya balik kampung

July 28, 2009 eDoTz 5 comments
durian_rambutan

deghoyan & rambutan yg Ma bagi

Sabtu: Ke Chemor, Perak. Sampai di Tesco Ipoh, beli barang dapur untuk mak masak hujung minggu ni – takkanlah pandai suruh Mak masak & makan je, kenalah sponsor. Dalam perjalanan ke Chemor, kami singgah beli mee rebus di Mee Rebus Ramli. Mak & ayah memang suka mee rebus ni, Win pun suka.

Ahad: Sarapan pagi, mak masak rendang pedas ayam & nasi dagang – guna beras nasi dagang yang makcik Win bagi. Mmm, sedap! Makan tengah hari, mak masak bihun sup ayam. Aku makan 2 mangkuk bihun sup yang super duper sedap. Petang tu kami gerak ke kampung di Kuala Kangsar, mak nak kemas rumah. Kat kampung, makcik panggil makan home made Laksa Kuala Kangsar – my all time feberet. Makan laksa 3 mangkuk. Total, 5 mangkuk makanan dalam perut.

Isnin: Pergi ke pejabat agama Kuala Kangsar untuk mohon kad nikah. Rupa-rupanya sekejap saje urusannya, tak payahlah suruh pemohon yang hantar borang sendiri. Haih~ Lepas tu Ma (makcik) ajak ke rumahnya ambil durian & rambutan. Aku pun panjatlah pokok rambutan, konon-konon nak tolong kaitkan buahnye – dulu mase kecik-kecik selalu panjat pokok. Tapi disebabkan berat badan dah 50kg, aku takut dahan pokok tak boleh tampung berat aku – gedebub jatuh nanti satu sen tak gune. Cuma panjat bahagian pokok yang teguh je, tak adventure langsung. Haihh~ Kami bawa balik 5 biji durian dan 2 plastik beg rambutan. Sape nak tolong makan kan???

Makan tengah hari kat kampung memang bes. Makcik-makcik masak ikan plotan gulai tempoyak, gulai pucuk paku (i like~), jantung rebus cicah sambal belacan, udang bercili dan asam pedas ikan plotan (kena masak lauk ni sebab Win tak gemor makan gulai tempoyak. Haih, dah kawen dengan orang perak, kenalah makan tempoyak :P )

Lepas makan malam, kami pun bergerak pulang ke Serdang. Hmmm, seronoknya balik kampung!

Categories: Whatever

[E] Outcast

July 24, 2009 eDoTz Leave a comment

Most of my team member didn’t know I am married, and when I told them I already am, I got this same question “How old are you?” or “You don’t look like you are married.”

The answer would be, “Huh? I am 26. I have been in relationship for seven years and then.. got married. That’s all.”

All of them are still single. I am the only one attached and with rings on my fingers. An outcast.

The good thing about this is we don’t spend time talking about husbands during lunch like “My husband snores!” or “He is a slob.” or maybe “My husband is the best husband in the world”. Duh~

ps: Some people treat me differently after they knew I am married. They don’t talk much with me. What da??

Categories: Whatever

[E] Guilty

July 20, 2009 eDoTz Leave a comment

Comot (my car) and I stuck in the traffic jam everyday. When we stop and wait in the queue, we could see other cars passing by us and I would say, “See that Comot? That car! The red one. Ohh~ it is so..” and then I complete the sentence silently in my heart.

I couldn’t say the words out loud. I am afraid I would hurt Comot’s feeling. Yes Comot is not a living thing, but I always think that Comot is.

I feel guilty for looking at other cars and adore them, though I already have Comot.

It feels like I am looking at other guys while my boyfriend is sitting next to me.

ps: I love you, Comot.

pps: I hate it when people start the about-me-should-get-a-new-car conversation.

Categories: Whatever

[E] Happy Birthday Hubby!

July 17, 2009 eDoTz 2 comments

Happy Birthday~ Hubby!

Happy 26th Birthday~ Hubby!

Categories: Whatever