[E] Tak boleh luahkan tak boleh tuliskan
[E]: B, boleh tak saya buat satu lagi blog untuk tulis benda yang saya tak puas hati tapi tak nak tulis kat blog sekarang sebab mesti ada yang akan terasa hati sebab apa yang saya nak tulis tu pasti kena batang hidung orang tu?
[W]: Tak.
[E]: Habis tu kalau saya tak puas hati dengan sesuatu, mana saya nak luahkan? Bolehlah~ bagilah saya buka satu lagi blog untuk tulis bende yang jahat-jahat. Saya cuma nak luahkan apa yang saya rasa tak puas hati. Kalau tak dapat cakap, tulis pun jadilah.
[W]: Kalau nak tulis juga, bagi saya senarai benda jahat yang awak nak tulis. At least saya tahu berapa banyak dosa saya kena tanggung.
[E]: *diam*
EdotMembebel: Rasa nak menjerit dalam batang pokok & luahkan rasa tak puas hati ni.




why not korang privacykan blog ni n hnya certain org jek ley access?
2 cent from me
ermmm.. aku nak orang tu baca. kalo private nanti dia tak tahu apa aku nak sampaikan dan mesej aku tak tersampai.
nk meluahkan & menasihat boleh je.. takut ‘ter’mengata & ‘ter’mengutuk je.
hurm, xpelah. saya tak pandai tapis ape yg saya ckp or tulis. kite cume tulis bende baik2 je kat sini.
hahaha..i loike winz punya jawapan. memang terkedu ah aku. wakakka
tapi betul, sebelum kawin ko nak wat hape pun buat la. dah kawin, takleh ar. karang suami kena dosa.
haha, aku juga terkedu. so sekarang jika mahu tulis bende aku tak puas ati, kena tukar cerita jadi samting yg indirect. hurm
edot.. akak suka apa win cakap. hahaha, mmg betul la dik. da kawen ni, cik abang kene tanggung dosa kite. tapi, kalau kite lawan ckp dia, kite tanggung la plak dosa tu kan?
hahaha.. akak ni mesti bace blog org sebulan sekali!
kesian kat win sebab ter-kahwin budak nakal xmo dengar kata dan berhati busuk. tsk3.. susah sket nk bentuk sebab “buluh dah tua~”
-__-!