Home > Info @ Article @ News > [WE] Anlene Bone Density Test

[WE] Anlene Bone Density Test

Jumaat haritu kami pergi membeli-belah barang dapur kat C4 Cheras. Masa lalu kat bahagian jual susu Anlene, ada “Anlene Bone Density Test” percuma! Ujian ni untuk periksa tahap ketepuan (betul ke?) tulang kita, pastu dia akan bagi nasihat macam mana nak bagi tulang kita lebih sihat.

Aku minum susu tepung setiap hari jadi teringin jugalah nak tengok apa kesan minum susu setiap hari! Dengan sekeping borang yg kami dah isi nama dan umur, kami pun menunggu giliran untuk ujian tulang.

Ini bukan kaki aku. Jumpa imej ni di Internet.

Peh, dalam hati dah berbunga dah sebab mesti orang tu akan puji tulang aku sihat. Mestilah, tiap hari minum susu! Dengan yakinnya aku meletakkan kaki atas alat tu dan orang tu suruh aku duduk diam. Jangan bising. Eh, bukan… jangan bergerak-gerak.

Lepas beberapa minit, result ujian tulang tu pun keluar.

Dia tanda result pada “Skala tahap kereputan tulang” dalam borang tu.

-2.5 ke -4 maknanya tulang berisiko tinggi untuk reput.

-1 ke -2.5 maknanya tulang berisiko sederhana untuk reput.

2 ke -1 maknanya tulang berisiko rendah untuk reput.

Teruja? Tidak lagi. Malah aku terkejut beruk selepas tengok keputusan tu. Aku dapat negatif satu. -1. Dah nak masuk risiko sederhana untuk reput wehhhh~ T_T

Win -0.4 maknanya dalam golongan berisiko rendah. Tapi dia tak minum susu! Tiap hari minum kopi pula tu. Hairan.

Tapi kenapa? Bukankah aku dah minum susu tepung setiap hari?

Lepas ujian tu, kami berjumpa dengan ala-ala consultant tulang Anlene. Aku dapat akak consultant yang putih, comel dan sedap mata memandang tapi tak sempat nak tanya nama.

“Awak dah kahwin? Dah ada anak?”

“Dah kawen, belum peknen.”

“Ade minum susu tak?”

“Ada! Bancuh susu tepung setiap hari.”

“Kalau bancuh susu tepung, tak boleh bancuh dengan air panas, nanti khasiat dia hilang. Rugi duit je beli susu kalo bancuh dengan air panas. Kena bancuh dengan air suam je.”

“Oh…. patutlah.”

“Awak kena minum susu banyak. Tak cukup kalsium ni. Nanti kalau pregnant tak cukup kalsium, tu yang ada kes gigi luruh, rambut gugur… “

“Sape yang gigi luruh? Baby ke?”

“Maknye lah. Baby tu mana ada gigi lagi”

“Eh, ye tak ye. ha ha ha”

Yg mcm span dlm tulang tu la yang kita kena jaga. Perlu Nano-kalsium

Kalau nak tulang yang sihat:

  • Kena amalkan pemakanan seimbang dan bersenam. Pengambilan kalsium untuk umur aku ni, 1000mg setiap hari = 2 gelas Anlene sehari.
  • Kurangkan pengambilan minuman beralkohol dan berkafein. Sebab nanti kurang penyerapan kalsium ke dalam tulang.
  • Merokok pun boleh kurangkan penyerapan kalsium ke dalam tulang. Elakkan merokok.

Nanti lepas umur kita 30 tahun, pertumbuhan tulang kita akan slow @ maintain. Kalau pengambilan kalsium terlalu rendah.. nanti kita cepat reput tulang!

EdotMembebel: Patutlah asyik malas bekerja. Rupa-rupanya tulang dah nak reput.

About these ads
Categories: Info @ Article @ News
  1. aito
    February 3, 2010 at 11:33 AM | #1

    at least kan edot, ko dpt tahu jua akhirnya ape punca ko malas bekerja..hahaha..(pndila ko cr alasan eh)..kehkeh

    • February 3, 2010 at 11:35 AM | #2

      hahaha.. betol tu ecah. siapa sangka, tulang makin reput tapi tak sedar diri sebab ingat minum susu tiap hari = dpt kalsium.

      rupanya selama ni salah sebab bancuh dengan air panas. kahkahkah

  2. amira
    April 18, 2011 at 7:02 PM | #3

    Nak tanya satu soalan. Dah lama dah saya tertnya ni.. kalau boleh tolong jawabkan.. terima kasih sangat2.. umur saya 18 tahun.. boleh tak saya mnum susu anlene? ada apa apa effect buruk tak selain tulang makin sihat which is ALHAMDULILLAH.. :D .. terima kasih..

    • April 18, 2011 at 7:04 PM | #4

      hi amira,

      errr tak tau la plak umor bape leh minum susu anlene ni tapi rasenye kalo bende tu bagus ape salahnye biasakan minum? kalo tak mnm anlene pn, mnm susu biase pun ok what.. as long as ada calcium intake setiap hari.

      ps: takkan nak tunggu tulang rapuh baru nak start minum susu, ye dak?? huhuhuhu~

  3. April 20, 2011 at 12:17 PM | #5

    saya pun sama T-score lagi teruk dapat -1.9…lps tu aje trus gelabah beli susu tepung, bancuh plak ngan air panas siap lecur2 tgn…alih2 pg td br ade org gtau…susu x bley bancuh ngan air panas…ciss….membazir dah 4 gelas..huhuhu…

    Jom kita jaga tulang beramai-ramai!!

    • April 25, 2011 at 4:09 PM | #6

      tula, aku ni ralat betul dah 27tahun idop baru tau kene bancuh susu tepung dengan air suam, bukan air panas hahaha.

      marilah kite menjaga tulang beramai-ramai.

  4. June 17, 2012 at 3:22 PM | #7

    saya umur 18 nak minum anlene boleh ?sb dia ada 19-50 ?saya 18 boleh tk ?

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: