Home > Recipe > [E] Bahan-bahan membuat sushiroll

[E] Bahan-bahan membuat sushiroll

Semua bahan-bahan ni aku beli sebab nak belajar buat sushi.

Semua ni Jusco ada jual, cari je section yang jual seaweed (nori).. mesti jumpa most of the stuff yang digunakan untuk membuat sushi.

Ada jugak jual starter pack tapi pada aku mahal sangatlah, kalo aku beli satu-satu lagi murah.

Cuba tengok dari kiri, ada bamboo sushi mat & senduknya, peket besar nori, peket kecik mizkan powder (menggantikan cuka sushi), 2 peket shoyu (kicap jepun) tiub wasabe & peket putih besar tu ada beras sushi. Beras dia memang gemok pendek, buat sushiroll nampak padat gituuu. Mahal la tapi (T_T)

Masak beras sushi tu macam masak beras nasi biasa lah, aku guna ricecooker jek. 2 cup beras masak dengan 3 cup air. Nasi lembik nanti senang nak lenyek.

Lepas nasi masak, cedokkan ke dalam mangkuk dan tabur serbuk mizkan – mesti dibuat masa nasi panas. Yang ni aku lupa aku sukat macam mana tapi lepas gaul-gaul aku rasa.. bila rasa dah ok.. aku stop tabur.

Bila nasi tu dah agak suam-suam kuku, lenyak cantik-cantik atas nori. Kat peket nori tu ada ajar camana nak guna untuk sushiroll, in this case dia soh kerat separuh dari saiz asal. Tips, jangan lenyek terlalu banyak nasi sampai penuh nori, tinggalkan 1.5cm basi kelim gituuu.

Nak lagi sedap, sapu mayonis nipis-nipis atas nasi sebelum letak inti.

Pastu, isilah dengan timun jepun, crabstik & omelet yang dipotong panjang-panjang.

Roll!!

Tak boleh nak tangkap gambar masa lenyek nasi sebab tangan kene basah masa tu supaya nasi tak lekat pada tangan, tapi at the same time kene hati-hati jangan basahkan nori nanti die lembut susah nak buat kerja.

Masa roll tu, gulung seketat mungkin untuk padatkan nasi – barulah cantik masa potong & tak peroi.

Masa nak potong, basahkan pisau yang paling tajam pastu hiris – jangan tekan.

Itadakimasu…

*makan dengan kicap & wasabe*

About these ads
Categories: Recipe
  1. March 22, 2011 at 2:47 PM

    salam.
    edot, nak tanya.
    beli beras jenama apa ya? sebab tadi google pasal beras buat sushi. tapi tak tau cemane nak beli yang halal. barang-barang yang lain cemane nak baca ingredient die sama ada contain alcohol atau tak ek? sori, tak reti nak baca ingredient die.

    • March 22, 2011 at 2:53 PM

      beras aku beli jenama nishiki, kebetulan ada akak kat jusco tu die pnah dok jepun kata beras ni paling ok buat sushi. aku tengok akak tu pakai tudung labuh, so aku agak yang dia suggest tu halal (bole eh camtu haha)

      pastu die yg suggest beli powder mizkan tu, sebab kalo beli cuka sushi dalam botol kat jusco ituari, aku baca ingredients ada macam arak beras.

      semua pun aku tanye akak tu. hrp2 yg dia suggest tu halal le (=.=)

      • March 22, 2011 at 3:06 PM

        orait…tenkiu !! (^_^)

      • March 22, 2011 at 3:30 PM

        no problemo

  2. March 22, 2011 at 8:33 PM

    in case…aku nk buat sushi ni, kalau aku tatau, aku roger ko eh edot!…hehe..

    • March 22, 2011 at 8:34 PM

      okeh no prob. ala, kalo ko nk tgk tutorial kat youtube byk…

  3. miza
    May 2, 2011 at 12:00 AM

    cuka cam ner ek ?? jename ape ek ??

    • May 3, 2011 at 10:04 AM

      tak guna cuka bentuk cecair itu hari, gune serbuk mizkan.. jenama macam dalam gambar tu. serbuk tu kire pengganti cuka la kat beras sushi

  4. athirah
    August 7, 2011 at 12:06 PM

    dekat tesco ada jual tak bahan-bahan untuk buat sushi ni ?

    • August 8, 2011 at 9:17 AM

      dekat tesco tak sure la pulak, tapi rase mebi susah sket. agaknye sebab kat jepun pun ada jusco, tu yg senang sket cari bahan buat sushi ni kat jusco.

  5. sya
    September 26, 2011 at 5:58 AM
  6. june
    September 22, 2012 at 5:14 PM

    bernas pon ada kuar beras untuk buat sushi… 2kg baru 13.60… klau yg lain mhal…. 1kg 9.90 n 9.50…. nak beli beras tu kat jalan putra sulaiman ampang… tmpat penduduk korea n jepun ! edotz sorry just nak share je!

    • September 24, 2012 at 10:35 AM

      it’s ok.

      thanks for sharing!

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: