Archive

Author Archive

[E] Mak mase kecik-kecik dulu…

November 20, 2009 eDoTz 5 comments

Dulu masa aku kecil, Mak akan cerita, “Mak masa kecik-kecik dulu pergi sekolah naik basikal, usung basikal bila nak lalu dalam semak.” atau “Mak dulu pergi sekolah duit belanje 5 sen je.” atau “Mak dulu kecik-kecik dah kene pandai masak.” dan macam-macam lagilah cerita beliau yang selalunya nak buat aku rasa bersyukur dengan hidup sendiri.

Tapi bila aku tengok cara hidup budak-budak zaman sekarang.. masyaAllah, senang lenang hidup tapi belajar malas – cewah macamlah aku dulu rajin sangat belajar. Sekarang, giliran aku pula cerita..

“Kak Ida mase kecik-kecik dulu…”

Kak Ida masa kecil-kecil dulu kena bangun awal pagi dan tolong Mak buat kuih lepas siap semua kuih baru boleh pergi sekolah. Abang kak ida belah burger, kak ida hiris timun dan masukkan dalam burger, kakak Kak Ida bubuh sambal ikan bilis dalam burger Malaysia untuk 100 (ke.. 200?) biji setiap hari. Atau kadang-kadang kena salut donat dengan gula halus untuk 100 biji donat.

Korang bangun pagi, mandi pakai baju terus siap pi sekolah pun malas lagi? haih~

Kak Ida masa kecil-kecil dulu pergi sekolah naik basikal dalam gelap subuh-subuh sampai kadang-kadang masa lalu kat kebun getah kena kejar dengan babi hutan (nasib baik babi yang kejar bukan hantu). Basikal kami bukan jenis BMX ok? Kami cuma ada basikal sekenhen (second hand) yang raganya Ayah pasang di carrier belakang untuk letak beg sekolah sebab kalau ada kes kena kejar dengan babi hutan beg kami takkan terjatuh dan kami kena berhenti untuk kutip beg.

Korang pergi sekolah naik van/bas sekolah pun malas lagi? haih~

Kak Ida masa kecil-kecil dulu belanja sekolah 30 sen sehari. 20 sen beli nasi lemak dan 10 sen beli air oren sedap walaupun murah. Kalau Mak bagi 50 sen, balik sekolah bolehlah beli keropok Mamee di kedai Raman dan lepak dengan kawan. Memanglah masa tu boleh hidup dengan 30 sen di sekolah sebab ni cerita 20 tahun dulu.

Korang duit belanja sorang RM2 pun malas lagi? haih~

Kak Ida mase kecil-kecil dulu, balik sekolah kena pergi latihan hoki pula. Kadang-kadang latihan menari. Kadang-kadang latihan kawad.

Korang tak masuk sukan? Tak main bola? Tak main hoki? Malas lagi? haih~

Kak Ida mase kecil-kecil dulu, kalau nak beli apa-apa yang tak munasabah atau sangat mahal Mak akan tanya, “Berapa banyak kuih karipap mak kena buat untuk belikan Ida benda ni??” Darablah harga karipap sebiji 10 sen dengan harga jam tangan yang harganya RM24 = 240 biji karipap!! Sebenarnya Mak marah sebab tiap kali beli jam mesti hilang atau rosak. huhu

Korang dapat handphone seorang satu pun malas belajar lagi? haih~

Kak Ida mase kecil-kecil dulu, kalau nak hiburkan hati kami main pondok-pondok atas pokok manggis kat belakang rumah Opah. Aktiviti kumpulan dengan kawan kampung pula lumba lari dari rumah ke pagar surau, main tembak-tembak peluru terung belanda, main rounders, main target selipar, main galah panjang, main tangkap ikan kat parit, main bola sepak (perempuan juga dibenarkan main tapi kalo nak main budak laki soh pakai skirt.. haha. tipu.) Kalau nak main komputer kena masuk kelas komputer dan bayar RM10 sebulan tapi cuma main komputer sekali seminggu.. HUH!

Korang dapat main komputer tiap hari, patutlah malas nak belajar.

Categories: Whatever

[E] 7 tahun VS 7 bulan

November 17, 2009 eDoTz 16 comments

7 tahun bercinta

  • ade silap sikit je, mesti Edot merajuk. Matikan handphone. Jenuh Win pujuk, belikan coklat dan aiskrim dan sangkut kat pintu rumah sewa Edot.

7 bulan kahwin

  • ada silap sikit je, Edot dah malas nak merajuk sebab dia tahu kalau merajuk pun tiada gunanya. Aiskrim dah sedia ada dalam peti ais.

7 tahun bercinta

  • bila Edot bosan, mesti ajak Win dating di Taman Titiwangsa @ kolam tepi KLCC. Kat Johor, ajak dating kat Danga Bay.

7 bulan kahwin

  • bila Edot bosan, mesti tidur di sofa dan cuma makan bila lapar atau ajak Win kemas rumah. Kami kurangkan keluar membeli belah,  simpan duit nak beli kereta, kabinet dapur, TV LCD.

7 tahun bercinta

  • Seorang balik Perak, seorang di Johor pun tak kisah.

7 bulan kahwin

  • Win kursus 3 hari 2 malam di Port Dickson, Edot seorang kat Serdang makan tak lalu, tidur tak lena, mandi tak basah (sebab memang malas mandi)

EdotMembebel: So mana lagi best? hahaha~

 

Categories: Whatever

[E] Mengata lalu dikata

November 12, 2009 eDoTz 3 comments

nataliedee.com
Credit to: nataliedee.com

[E] : B, tengok orang tu. Pakai tudung tapi pakai kain terbelah sampai peha.

[W] : Lebih kurang macam awaklah. Pakai seluar panjang, baju lengan panjang tapi tak pakai tudung.

[E] : !!!!!!

EdotMembebel: Tak terkata apa-apa T_T

Categories: Whatever

[E] Sila jangan bawa saya ke pusat beli belah

November 11, 2009 eDoTz 2 comments

Hubby,

Saya dah tak tahan lagi!! Tiap kali kita pergi ke pusat beli belah saya mesti rasa nak beli tetapi kena tahan rasa nak beli tu dan pujuk diri sendiri supaya bersabar agar dapat beli bila dapat gaji bulan hadapan tapi saya tahu bila dapat gaji nanti mesti saya terlupa benda yang saya nak beli tu dan kalau teringat sekalipun pasti saya lupa kedai mana yang jual barang tu T_T

Awak ingat tak masa kita lalu bahagian pinggan mangkuk tu kat Jusco tu? Saya berkenan sungguh pada pinggan mangkuk yang warna hitam putih tu tapi agak aneh sebab bentuk dia petak dan untuk 18 keping pinggan yang kononnya takkan pecah harganya agak mahal iaitu RM299 (harga asal RM399) – nasib baik saya tak jatuh hati dengan set pinggan mangkuk Corelle yang lebih mahal dua kali ganda itu. Hurm, lagi cantik kalau pinggan mangkuk tu dipadankan dengan set cawannya sekali yang warna hitam putih tetapi mahal iaitu Rm250. Dan oh~ kita juga perlukan set gelas dan jag yang baru kerana set jag yang kita dapat sebagai hadiah kahwin saya dah pecahkan sebab tuang air panas untuk buat teh. Sila maafkan saya. T_T Kenapa nak makan dalam pinggan mahal? Saya rasa, kalau makan dalam pinggan mangkuk mahal, nanti masakan rasa lebih enak. Tapi kakak saya selalu kata benda macam tu “Koleksi Bongkak” sebab bila mak beli set pinggan mangkuk mahal, mak simpan dalam almari dan cuma guna setahun sekali -__-!

Lepas tu kita jalan-jalan di kedai kasut. Oh, sungguh saya berkenan pada kasut comel yang kalau saya pakai pergi kerja mesti nampak lebih bergaya! Tapi  bila tengok tanda harga, saya fikir lain kali sajalah saya beli.. T_T (beli kasut sepasang macam beli set pinggan mangkuk 18 keping!!)

ps: saya tulis kat sini sebab bila saya ada duit nak beli nanti saya bole baca post ni balik dan ajak awk pergi beli. nyeh nyeh nyeh nyeh~

Categories: Whatever

[E] No Pain No Gain

November 4, 2009 eDoTz 8 comments

nataliedee.com
Source: nataliedee.com

I saw him standing on the weight scale and sighing as he looks at the numbers appearing on the digital display. I thought, “Maybe it’s the numbers. They just won’t get lesser.”

I know that he wants to lose weight but he can’t resist the high-carbo-and-high-protein-with-Secukup-Rasa dishes that I cook everyday (even though they don’t taste good). I think I need to change the routine so that I can help him lose weight.

I suggested these to him:

  • Go to gym.
  • Eat oat.
  • Try fruits diet.
  • Have small portion of every meal.

Sorry Hubby, from now on there will be less rice for you, I’ll make you eat more vege, the meals I prepare are gonna be less-delicious with less salt & Secukup Rasa, I will add oat in your breakfast drinks and may also make you run 40-times across the living room before you go to bed.

EdotMembebel: Yes, I am a queen-weight-control. Please don’t hate me.

Categories: Whatever

[E] Suka hati kau-lah labu

November 2, 2009 eDoTz 3 comments

Murid x: Y, jom kita pergi main kat padang. nak?

Murid y: Eh, mana boleh. Kerja sekolah pendidikan seni yang cikgu bagi minggu lepas tak siap lagi. Kerja Kolaj tu susahlah nak dapatkan bahannya. Kau dah siap ke?

Murid x: Dah. Mak aku buatkan. Cepat je siap, cantik pula tu.

Murid y: SEMUA Mak kau dah buatkan? Aku kena buat sendirilah, kerja sekolah aku.

Murid x: Mak aku buatkan semua kerja sekolah aku. matematik, BM, English.. semualah!

Murid y: Habis tu, kau buat kerja apa?

Murid x: Aku cuma main dengan anak patung aku, makan, tengok tv dan tidur.

Murid y: Eh eh, senangnya hidup kau eh? Aku, kerja sekolah aku semua aku kena buat sendiri. Aku kena korbankan masa tengok tv cerita Shin Chan, kena tolong buat kerja rumah untuk dapatkan duit upah mak aku bagi, kena bagi kucing makan, kena tolong buat kuih Mak aku nak jual.

Murid x: Kenapa kau buat sendiri? Kenapa tak suruh Mak kau buat?

Murid y: Mak aku kata, kena belajar buat kerja sendiri. Berdikari. Nanti dah besar duduk rumah sendiri dan tahu buat kerja sendiri.

Murid x: Oh. Aku rasa besar nanti aku nak tinggal dengan Mak aku sampai bila-bila, suruh Mak aku buatkan semua kerja sebab aku tak pandai nak berdikari.

Murid y: Suka hati kau lah.

Categories: Whatever

[E] Tak boleh luahkan tak boleh tuliskan

November 2, 2009 eDoTz 8 comments

nataliedee.com
Source: nataliedee.com

[E]: B, boleh tak saya buat satu lagi blog untuk tulis benda yang saya tak puas hati tapi tak nak tulis kat blog sekarang sebab mesti ada yang akan terasa hati sebab apa yang saya nak tulis tu pasti kena batang hidung orang tu?

[W]: Tak.

[E]: Habis tu kalau saya tak puas hati dengan sesuatu, mana saya nak luahkan? Bolehlah~ bagilah saya buka satu lagi blog untuk tulis bende yang jahat-jahat. Saya cuma nak luahkan apa yang saya rasa tak puas hati. Kalau tak dapat cakap, tulis pun jadilah.

[W]: Kalau nak tulis juga, bagi saya senarai benda jahat yang awak nak tulis. At least saya tahu berapa banyak dosa saya kena tanggung.

[E]: *diam*

EdotMembebel: Rasa nak menjerit dalam batang pokok & luahkan rasa tak puas hati ni.

Categories: Whatever