Archive
[E] MC – Aku faham perasaan kamu #2
MC = Miscarriage.
Bila baca pengalaman D&C orang lain, aku rase seram sejuk pulak. Sebab aku punya tak sengeri diorang. Diorang kena cucuk belakang untuk bius! T^T Huk, aku ni penakut dengan jarum~
After ParentCraft Class yang aku attend dulu & tengok cara-cara doktor masukkan Epidural kat tulang belakang, aku terus set kat kepala otak “TAKNAK la Epi… takut!!”. Ya, aku lebih takutkan jarum kecik tu berbanding rase sakit bersalin sebenar kahkahkah. Anyway, I am still glad that I didn’t use Epidural and felt the original pain. Not really original lah sebab aku mintak induce mase nak kuarkan Aimi, malas nak balik umah dah bila dah sampai hospital
Orang kata induce ni sakit. But I didn’t care. The pain is considered bearable. What doesn’t kill you makes you stronger orang putih kata.
Since aku punya pregnancy masih awal sebab baru 7 weeks, so Dr. Bala suggest D&C je. Kalau nak tunggu keluar sendiri boleh jugak, tapi nanti banyak bleeding katanya. Dia ni macam tau-tau je aku takut darah banyak2 ni.
Mase Dr. Bala soh aku get ready untuk D&C, aku tanya “Sakit tak doktor?”
Then Dr. Bala kata, “Tak sakitlah.. I will put you into a very deep sleep. You won’t feel a thing. Within 15 minutes everything will be back to normal. After the D&C you’ll have normal bleeding like menstrual, and by this date next month you will get your next menstrual – if you are not pregnant.”
Aku diam. Masih takut nak say “Yes”. Tapi bunyi sangat convincing.
“But you have to make decision quickly. My anesthetic team are waiting in the OT. They were on-call this morning for my c-sect just now. “
Ala dia nak cepat pulak. Tapi aku still takut, cemana ni? Aku call Win tanya camana, Win kata tak payah takutlah kalau Dr. Bala dah cakap camtu. Japgi dia sampai sebelum aku masuk OT.
So aku pun setuju tuk proceed with D&C.
Masa aku dah nak kene tolak keluar dari wad ke OT, Win sempat kejar aku. Dia hantar sampai pintu OT pastu bisik “I Love You”. Fuh, susah nak dengar ayat tuuuu, setahun sekali pun payah nak dapat tau? Dia bukan jenis cakap I Love You setiap hari.
Bila dah masuk OT, aku menggeletar sebab sejuk & takut. Then ada orang datang tanya nama, aku cakap betul tu nama aku. Dia cek tag nama aku jugak then dia kata jom kite buat D&C.
“Hi Hidayati, my name is Dr Suresh. I am the Anaesthetist. You ada allergic apa-apa painkiller? Pernah kena operate sebelum ni?” amboi banyaknya soklan.
“Setahu saya tak ada pun allergic apa-apa painkiller. Tak pernah pun kene operate sebelum ni.” aku jawab.
“She is a healthy young woman.” Dr. Bala cakap. Aku masih kenal dia walopon muka dia dah tutup dengan mask.
“You tinggal kat mana, Hidayati?” Dr Suresh ajak bersembang pulak, sambil siap-siap isi cecair dalam picagari.
“Erm, area Balakong sana. Tapi sebenarnya tak sampai Balakong lagi tapi tah kenapa nama taman tu Balakong.” Aku kalau nebes memang cakap banyak.
“Balakong? Bunyi macam belakang jerrr.. (ketawa)” Then the whole anaesthetist team pun gelak.
“Kenapa nama tempat tu Balakong arr?” tanya Dr Suresh lagi. Sambil cucuk cecair tu dlm benda yang terpacak kat kapilari darah tangan kiri aku.
“Entah, mana saya tahu. Masa saya sampai situ nama dia dah memang Balakong.”
“Hahahah.. Ok, Hidayati. Bila saya kira satu, dua, tiga awak akan tidur.”
“ok…..” terus tidur lena.
………………..15 minutes later.
“Hidayati? Hidayati…” aku dengar ada orang panggil nama aku. Then aku bukak mata tengok salah sorang team anaesthetist tu yang kejutkan.
“Ok, dia dah sedar.” sambil dia panggil Dr. Bala.
Then dorang tolak aku keluar dari OT. Aku tengok Dr Bala cakap dengan Win.
Bila dah sampai wad, aku still rasa ngantuk gila pastu tidur lagi. Kesian Win tah brapa lama dia tunggu aku nak bangun.
Bila dah completely sedar, nurse bawak ke klinik Dr. Bala untuk check up lagi. Masa tu yang doktor kata, everything looks fine and aku boleh makan apa saja aku nak from McD to KFC. Dia pun kata ekceli aku boleh masok kerja tapi dia kesian so dia bagi cuti MC seminggu. And he said I can get pregnant as soon as possible. Thee hee hee. Takpe doc, saya nak bagi masa 2 bulan tuk saya hilangkan stress a.k.a meroyan.
That same day aku boleh discharge dah. On the way balik rumah, aku soh win stop kat jusco cheras selatan sebab nak makan McD & tengok wayang citer Harry Potter. Nak lepaskan tension la jugak.
Bill hospital = RM3000.
Terima kasih Felda sebab tolong bayarkan
. Nanti Win bayar balik kat Felda 20% dari total cost.
Eh, camana aku boleh ingat cerita 2 tahun lepas? Tapi aku lupa mana aku letak kunci rumah aku semalam?
[E] JoNeT dah sampai

Semalam ada orang tu, dah sampai ke porch rumah pun masih vroooom vrooom lagi. Sabo jeler.
Rupenye nak bagitau JoNeT dah sampai. Kenapa JoNeT? sebab plet dia JNT hahahahahahahahahahaha. Kejohoran sangat, nak jugak plet johor. Amik kau JoNeT hahahahahahahahahahahaha.
(tak boleh tahan gelak lagi)
Ni first time aku pegang motor ni tau? Tiap kali pergi showroom mesti kedai tak display motor ni. Dorang komen macam-macam kata tak baguslah apa lah.. Ahh, Win bukan kire, kalau dia nak yang tu… tuuuu jugak lah tadenye nak pikir consider lain.
Aku tak brani la bawak motor ni, sebab masa aku cuba naik.. tak bole letak dua-dua kaki serentak. Satu mesti terangkat. Kaki mak pendekkkkkkk
Lagipun gear dia congket, bukan tekan – lagiiiiilah mak takut nak bawak! Mak tak reti!
Anyway, aku masih lagi hutang awning tuk parking motor ni so dia kena berhimpit dgn Puteh & motor lama Win kat porch sekangkang kera tu. Aih, mana nak cari orang pasang awning~~
[E] New addition to the family

No, not a human baby. But this *tunjuk atas* baby.
Semalam ada orang tuuu balik kerja, hati berbunga-bunga! Loan dah lulus katanya. Nak beli motor kat dalam gambar tu.
Aku pun tumpang happy untuk dia sebab kesian sangat dah lama dia meroyan mengidam nak motor ni, sampai termimpi-mimpi! Dulu masa nak kawen dengan aku takde plak termimpi-mimpi. Eh?
Cuba bayangkan, punyalah dia punya nakkk tu.. nak tidur mengadap youtube motor ni, mimpi pulak tengah bawak motor ni, bangun tidur baca forum motor ni, balik kerja baca facebook motor ni. Kesian aku tengok. Menyampah pun ada jugak. Dulu mase nak beli Puteh pun camni jugak tau.
Aku tak kisah sebenarnya dia nak beli motor ni, aku suka lagi ada! Selesa dia nak ulang-alik kerja naik motor macam ni compare to motor sekarang yang lebih sesuai bawak jalan dekat-dekat.
Pastu aku bayangkan kalau aku naik kat belakang tu, boleh peluk Win ketat-ketat sebab seat tinggi – takut jatuh! HAHAHA. Teringin jugak rasa nak bawak motor ni. Nama je aku ada lesen motor, tapi nak bawak kat jalan besar aku takut! Mesti aku beratur belakang kereta, tak berani nak mencelah
Kalau ada motorist lain sure dah maki hamun sebab mana ada orang bawak motor beratur belakang kereta hoi~
TAPI…
aku dah janji dengan Win nak buatkan awning kalau dia betul-betul beli motor ni. Yela masa tu aku saje je cabar dia, tu yang aku selamba je menabur janji. But, since semalam loan dia dah lulus and dia pun dah excited nak gi kedai buat booking, aku kenelah gelabah sekarang sebab kene pasang jugak awning kat tepi living room ni tuk 2 bijik motor parking. Motor lama dia sayang nak jual, Abah bagi katanya.
Cis, dulu pun aku sayang nak jual Comot (kete kancil) aku jugak whaaaaat~ tapi jual jugak sebab tade tempat parking & maintenance tinggi kalau pakai 2 kereta.
Ala, tapi kalau nak naik motor ni aku kena beli helmet lagi canggih, fullface. Leather jacket. Kasut boot.
Barulah kena gaya minah rempit. Tak gitu?
[E] Nak improve tapi main hentam
Dulu mase sekolah kan, teacher aku selalu pesan, “Speak in English! Doesn’t matter if it’s wrong and people might laugh at you.”
Pastukan, aku bila nak cakap English, seboleh-boleh nak sama laju macam cakap Melayu dan akhirnya banyak yang salah sebut. Berterabur grammar. Past tense, present tense – semua tah ke mana. Dahlah tak baca buku English sangat, harapkan bahan bacaan dalam kelas je.
Selain daripada asingkan kelas macam sekolah lain, sekolah aku juga asingkan student untuk subjek bahasa Inggeris. Maknenye, kalau time subjek English je, kami kene tukar kelas. Masa mula-mula daftar sekolah tu kami kene amik ujian English, sapa pandai English dia masuk kelas depan & yang tak berapa nak pandai English tu dengan segala hormatnya dipersilakan masuk kelas yang belakang-belakang.
Aku? Mestilah kelas belakang.
Kenapa sekolah aku buat macam ni? Bukan sebab nak perlekeh budak yang tak pandai English, tapi pengasingan ni nak bagi ‘basuh’ sikit budak-budak kelas belakang ni supaya jadi pandai macam kelas depan. Then bila periksa akhir tahun, sekali lagi kami ditapis ikut markah English untuk tentukan kelas English tahun depannya – sama ada naik kelas atau turun kelas. English is a big deal kat skolah, beb.
Ya, tahun depannya aku berjaya naik kelas – kelas hadapan. Terima kasih kat cikgu yang ‘basuh’ aku masa aku dok di kelas belakang.
Belajar dalam kelas hadapan ni penuh dengan budak pandai English, sampai aku malu terus nak bercakap English dengan dorang. Dorang ex-sekolah Convent, pernah stadi obersi masa skolah rendah, memang dah biasa cakap English, dengar lagu-lagu English, mak bapak dah suruh baca buku English sejak lahir.. maka dorang ni memang pandai ah English. Tapi aku budak kampung ni? Tak berapa pandai, nasib je tu berjaya naik kelas. Bila orang soh speaking, berterabur.
Camane nak improve English ah?
Orang biase kate, “Ala hentam je tulis karangan dalam English, yang penting mencuba.”
Kalau main hentam je tulis karangan English / cuba speaking English TAPI MALAS nak periksa grammar, cerita yang dah lepas pun konfiden je guna present tense, pastu kata bandingan pun main hentam je tulis / cakap more happier, more brighter pun… camane nak kate, “Oh, I am trying to improve my English” tapi sebenarnya malas nak belajar jalan yang betul?
Tulah Ayah aku selalu kata, “Fikir dulu!” sebelum cakap English. Dia kata English aku berterabur.
Pernah jugak aku ditegur atas kesalahan ejaan masa presentation English, “If you don’t know how to spell it, don’t use the word at all!“. Ini penting, wokey? Jangan pulak nak cerita pasal rumah bocor “leaking” tapi tulis “licking“. Lain maksud tu.
Aku kalau tulis blog entry dalam English, grammar / spelling aku kalau salah memang kene sound direct punya dengan Win.
“Google lah dulu sebelum tulis.” katanya.
Sebab tu kalau aku tulis dalam English, berulang kali aku baca dulu ayat yang aku tulis tu, cek betul tak grammar? Nak guna past tense ke present tense? Perkataan happy gune more atau ada- ier kat belakang? Sebab kalau aku main hentam je, camana nak improve?
Bila speaking pun, aku cuba cakap slow-slow cari perkataan yang sesuai. Aku paling lemah bab speaking, dahlah kat tempat kerja aku ni memang kene cakap English 100% sebab kat sini bukan semua paham bahasa Melayu. Kawan-kawan kerja semua dari India, Filipina, Indonesia & client orang London. Ah, berhabuk la aku nak speaking dengan dorang kan?
Apapun, aku sendiri memang tengah nak improve English. Membaca buku English cerita Harry Potter dari no1 ke akhir skali je tak cukup, kene prektis speaking juga.
Selamat maju jaya.
[E] Gaji pertama
Tadi aku terbaca blog seorang mak yang baru dapat gaji pertama anak sulungnya. Hepi betul dia.
Buat aku teringat pasal gaji pertama aku, yang tak cukup untuk aku bagi mak merasa banyak. Kesian Mak.
Masa tu gaji pertama aku cuma RM800 sebagai programmer. Tinggal kat rumah sewa dengan kakak, kongsi bayar sewa RM200 sorang. Baki lepas tu bukanlah Rm600 sebab dah kene potong KWSP & SOCSO, dalam RM500 camtu kot untuk terus survive dalam sebulan. RM500 tu sekejap je boleh habis kalau perempuan. Beli pad, beli bedak, beli ubat gigi, topup henfon.. tinggal cukup-cukup je untuk makan.
Nasib baik tak kene bayar hutang kereta & hutang PTPTN lagi, tapi kene tong-tong kongsi duit minyak sebab gi keje naik moto dengan Win. Kami keje tempat yang sama masa tu, gaji pun sama lah hahaha. Sewa pun rumah sebelah-sebelah – Win menyewa dengan boyfriend (laa ni dah jadi suami) kakak aku.
Pernah kami berdua ni makan megi beberapa dinner berturut-turut sebab poket kering habis. Teringat ada satu malam tu, kakak aku balik keje belikan nasi lemak ayam berempah sebab dia kesian kot tengok kami makan megi banyak kali kang botak pulak kepala Win masa nak bersanding dengan aku hehe. Ush, aku masih ingat lagi betapa nikmatnye dapat makan tu sebab dah berapa hari dok makan megi. Win pun dapat sebungkus nasi lemak tu. Huhu.
oh, sentimental la pulak teringat cerita lama gaji 800.
Tapi tulah kan, kalau dah pernah rasa susah bila dah dah tak susah sangat reti lah jugak nak bersyukur. Taklah asyik komplen sana sini itu tak kena ini tak kena itu tak sedap ini tak sedap itu tak best ini tak best.
[E] Kereta pinjam
Suatu malam di Petronas ketika dalam perjalanan memulangkan kereta-pinjam ke B. B. Bangi.
[E] : *parking kereta-pinjam nak isi petrol – turun kereta – cucuk kad ATM pada slot mesin & tekan tekan*
Abang Petronas: Cantik kereta~ (dengan loghat Bangladesh tak hilang lagi) Kereta ini berapa harga?
[E] : Hehehe.. cantik kan? Tapi ini bukan kereta saya, sebab tu saya tak tahu berapa harga. Tuuuu ha kereta saya. *tunjuk arah kancil merah pudar yang dalamnya ada Win*
Abang Petronas: Tipu..! Apa kerja? Mana kerja?
[E] : Kerja kerani. Kat pejabat *sambil tangan buat aksi menaip*
Abang Petronas: Kerja komputer ka? Kerja komputer, gaji bulan dalam tiga ribu.. itu abang, gaji tiga ribu. Bulan-bulan gaji anam (enam) ribu. Misti boley beli ini kereta.
[E] : Ehhh, pandailah kata saya gaji tiga ribu! Kalau saya gaji banyak, mestilah saya pakai kereta cantik macam ni *tunjuk kereta-pinjam* Tapi saya pakai kereta kancil tu *tunjuk kereta kancil merah pudar* .. mana ada gaji banyakkkk. *gelak kuat-kuat*
Abang Petronas: *gelak jugak* Kereta merahhh.. baju merahhh… (tunjuk baju aku kaler merah).. misti ini kereta you punyaaa~
[E] : Eeee.. bukanlah! Ini kereta-pinjam. Sekarang saya mau hantar ini kereta balik rumah tuan dia laa. *dh siap isi petrol*
Abang Petronas: Okeylah. Bye~~~
[E] : Bye. Thanks yarrr~
….
ps: Kereta-pinjam adalah Yaris merah. Comel betul! Thanks to Makcik Win (Cik Ana) yang bagi pinjam bawa kereta balik Johor ^__^



Recent Comments