Home > Info @ Article @ News, Tips > [W] Men are more secretive?

[W] Men are more secretive?

hehehe.. ghost in the shell la plak..

hehehe.. ghost in the shell la plak..

saje nk share artikel dr akhbar ni.. huhu~

BUKAN hanya wanita makhluk yang kompleks dan sukar difahami, begitu juga lelaki kerana sifatnya yang sukar ditelah. Biarpun lelaki menyatakan yang mereka tidak demikian, hakikatnya kebanyakan mereka amat sukar difahami.

Berbeza dengan sifat wanita yang mudah menyatakan sesuatu yang dirasai atau apa disukai, sifat lelaki semakin sukar difahami jika orang yang paling hampir dengannya tidak cuba memahami biologi dan sikap sebenar mereka.

Bagi memahami golongan Adam ini dengan lebih mendalam, cuba baca petua berikut untuk lebih memahami dan mengenali mereka.

  • Sifat lelaki lebih mudah

Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding wanita kerana itu, lelaki sukar untuk memahami jika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasan oleh wanita.

Wanita suka berkias dan berharap lelaki faham tetapi mereka lebih suka jika ia dijelaskan dengan bahasa yang mudah serta berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.

  • Bahasa lelaki adalah berlainan

Lelaki bercakap dengan bahasa berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Daripada kata-katanya, jika dia bercakap dengan wanita adalah berbeza daripada apa yang dimaksudkannya.

Ini bukan bererti dia berbohong namun lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki daripada apa yang dilakukannya berbanding daripada apa yang dikatakannya. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.

  • Lelaki suka membisu

Wanita berkebolehan untuk membincangkan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti tetapi lelaki lebih suka untuk menyembunyikannya serta membisu.

  • Lelaki tidak kompleks

Jika terdapat semua tanda yang menunjukkan seseorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya dan melakukan jimak secara kerap dengannya, wanita harus percaya itulah yang lelaki mahukan.

Ini bukan bererti lelaki berfikir secara primitif, tetapi lelaki memang sedemikian. Wanita biasa menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah.

  • Lelaki berahsia dengan lelaki lain

Tidak sebagaimana wanita yang lebih mudah bercakap dengan wanita lain mengenai masalah, harapan dan kebimbangan yang amat rahsia serta peribadi, sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra sedemikian rupa. Untuk melakukannya, lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang tinggi.

  • Lelaki pentingkan kejujuran

Jika lelaki tahu isterinya suka bercerita pada wanita lain mengenai dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal rahsia kepada isterinya. Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Dia mahukan isterinya menyimpan rahsia rumah tangga.

  • Lelaki tidak suka dikritik

Jangan mengkritik lelaki, melainkan jika anda sedia untuk bertikam lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan.

Mengkritik di belakangnya, contohnya kepada saudara atau kawannya, mungkin dapat mengelakkan konfrontasi serta-merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara itu disampaikan kepadanya.

Cara yang baik untuk mengkritik lelaki ialah dengan berjenaka dan lembut. Cara lelaki mengkritik adalah berlainan dan mereka jarang melakukannya.

Apabila lelaki mahu mengkritik, mereka memilih masa dan keadaan dengan teliti. Ketika menegur, perbincangan itu ringkas, tidak beremosi dan tepat. Untuk wanita mengkritik lelaki, elok jika kritikan itu digabungkan dengan sedikit pujian.

  • Lelaki juga mahukan sokongan

Ketika berdepan masalah dan mengadu pada wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan keselesaan perasaan dan sokongan.

  • Sahabat yang paling baik

Jadilah sahabat yang paling baik kepada suami dan dia akan menjadi sahabat yang paling baik kepada anda.

  • Lelaki mesra tanpa emosi

Antara perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah kehendak mutlak untuk dikasihi serta mengasihi sebagai balasan. Kemesraan emosi dan bersatunya jiwa bukan hanya jasad tetapi cara lahirnya kasih sayang. Ia bukan satu proses saja tetapi membabitkan hal yang tidak terungkai dan agak magis.

Setiap manusia bergantung kepada kemesraan emosi untuk seimbang dan gembira, paling kurang ia diperlukan untuk meneruskan kehidupan. Lelaki berbeza daripada wanita dari segi kebolehan lelaki untuk bermesra secara seksual tanpa kemesraan emosi.

Jalinan atau hubungan antara dua perkara ini iaitu kemesraan seks (cinta berahi) dan kemesraan emosi (cinta kasih) tidak penting pada ramai lelaki.

Ramai lelaki memberi keutamaan yang rendah kepada kemesraan emosi. Lelaki lambat mencapai kemesraan emosi berbanding wanita.

Lelaki lazimnya lebih cepat mencapai kemesraan seksual. Kemesraan emosi wujud apabila terdapat hubungan yang rapat dan jujur antara suami isteri.

Ia mungkin dianggap penting sebagai hubungan intim tetapi tanpa kemesraan emosi, seks boleh dilakukan oleh lelaki sehingga boleh menyebabkan punca konflik semula jadi antara lelaki dan wanita.

p/s: tapi ade gak exception utk sesetengah lelaki kat luar tu~🙄

  1. October 23, 2008 at 4:28 PM

    Mister M,

    lepas bace dari atas sampai bawah.. saya masih x paham pasal lelaki. bole bagi tuisyen tuk saya lebih paham psl lelaki?

  2. October 24, 2008 at 1:39 PM

    hahahaah..post komen kt blog boleh wat minster M baca ke?

    aku tak khatam lagi tgk goda itu..(time clash :p..)

    yang nama manusia itu rumit..

    i think we should start read man from mars & woman from venus to get clear picture🙂

  3. October 24, 2008 at 1:51 PM

    aina, kwn aku ckp muke Win cam Mr. M (yeke?) komen aku tu sbnonye nk melawak dgn win la, konon2 die Mr. M! hehe..

    kalo lelaki kompleks sgt.. nant satu hari cume lelaki je yg paham lelaki.. pastu wujudla gay..keh3.
    pompuan lak xleh nk paham lelaki, pastu g cari kaum sejenis sebab lelaki kompleks sgt~

    just my 2 cent

    WiNz replied:
    mr. M huh? xde iras langsung la.. br tgk iklan die pun dah xde selera.. ape lg nk tgk citenye~

  4. October 24, 2008 at 2:22 PM

    Part lelaki suka membisu tu aku paling sokong.. kebanyakan lelaki yang aku jmpa, ramai yang ‘bisu’…. heeeee.. sory incik win’z, tak mengata incik win’z.. tp mengata kepada lelaki itu..heeeeeeeeee lagi.

    WiNz replied:
    xpe.. dulu time zaman2 mIRC pun gune nick Thy Silence.. huhu..

  5. October 24, 2008 at 3:00 PM

    shy guy..? me LIKE~ me not shy sangat.. LOL

    WiNz replied:
    ok la tu.. name pun pasangan, kene la match each other. mcm puzzle, kalo 2-2 piece same bentuk xleh la nk dok sebelah2.

  6. October 28, 2008 at 11:46 AM

    muka WiNz mcm mr.M? (nk kene khatam goda la mcm nie~~)

    sifat lelaki memang mcm tue..so sebagai wanita kita perlu la amek inisiatif untuk kenal & faham mereka (vice-verse la..tak aci wanita je yang perlu paham)

    terima mereka seadanya🙂

  7. October 28, 2008 at 12:22 PM

    see.. kesian kwn2 awk yg lain pun dh slh phm..

  8. October 28, 2008 at 3:11 PM

    Winz = Mr M? tu bkn sy ckp, tu kwn sy ckp. so kalo ade kwn lain pon compare, bkn la slh sy.. huhu

    WiNz replied:
    yeke mr M..? ke character lain dlm citer tu..?🙄

  9. October 29, 2008 at 10:20 AM

    wah..edot. Semenjak nak kawin ni, bertambah2 ilmu ko ek. Bagus².Persediaan rapi. Tapi artikel ni secara umum je. Ada lelaki yang open, tak berahsia.

  10. October 29, 2008 at 10:28 AM

    jaf.. this post was written by Winz.. die refer kat akhbar kot. bkn aku yg wat post ni.. huhu

  11. October 31, 2008 at 2:06 PM

    ade gak laa terkena batang hidung aku..toink!!

  12. October 31, 2008 at 2:30 PM

    haaa.. yoe terkena kat batang hidung? xpe2, masih mancung dan ganteng lagi.. huhu

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: