Home > Tips > [E] Langkah keselamatan

[E] Langkah keselamatan

Apa yang perlu kita lakukan sebagai langkah keselamatan bagi mengurangkan kerugian sekiranya rumah kita dipecah masuk oleh pencuri? Setelah diteliti, di sini ada beberapa tips:

  • jangan simpan kunci pendua rumah di dalam rumah. jika pencuri jumpa kunci pendua rumah, mungkin tiada langsung barang yang tinggal dalam rumah selepas mereka pulang. ini termasuk juga kunci kereta, bawa @ simpan kunci kereta yang ditinggalkan di rumah.
  • sekiranya ada barang kemas / barang berharga, pakai pada badan. Jika tidak mahu pakai, sorok di tempat yang tersembunyi. Tempat simpan spender bukanlah tempat yang sesuai untuk sorok barang kemas, pencuri pastinya akan cari di situ. percayalah, aku pernah sorokkan di situ. cari tempat lain yang orang lain tidak terfikir kamu simpan di situ.
    • sorok laptop apabila kamu tinggalkannya di rumah. sorok di tempat yang pencuri mungkin tidak akan cari, contohnya dalam mesin basuh. jika ada kunci kabel pada laptop, pasang. tapi kalau hilang juga, jangan salahkan aku ya?
    • elakkan menyimpan wang tunai di dalam rumah. pencuri akan menyelongkar tempat meletak pakaian dan tempat tidur untuk mencari wang tunai dan barang kemas. jika ada tabung syiling, sorok. tabung syiling aku dicuri sebab tidak disorok.
    • bawa kamera, henfon jika kamu keluar. barang ini juga dicari oleh pencuri.

    Pasca pecah masuk:

    • Sekiranya rumah kamu dipecah masuk dan barang kamu disepahkan, jangan kemas.
    • terus dail 999 (juga boleh dail terus dari henfon) dan beritahu operator apa yang telah terjadi.
    • operator akan membantu kamu dengan menghubungi balai polis berdekatan.
    • polis akan menghantar pegawai mereka dengan kereta peronda ke rumah kamu untuk melihat keadaan rumah.
    • sementara menunggu polis sampai, cuba selidik apakah barang yang telah hilang supaya boleh dinyatakan di dalam laporan polis.
    • seterusnya, buat laporan polis di balai berdekatan.
    • tidak perlu meletakkan harapan tinggi agar polis dapat menangkap penjenayah tersebut dan mendapatkan semula barang yang telah hilang.
    Categories: Tips
    1. November 11, 2008 at 1:04 PM

      amik gambo laluan pencuri masuk & area2 dlm rumah yg terlibat & bawa kamera ke balai.

      ni dpt membantu pegawai polis yg menaipkan laporan utk kita (sangat berguna jika kerosakan yg pencuri tu buat susah kita nk translate dlm bentuk ayat laporan rasmi).

    2. November 11, 2008 at 1:07 PM

      betul!

    1. No trackbacks yet.

    Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: