Home > Info @ Article @ News > [E] Sesekali Direnjis

[E] Sesekali Direnjis

cincin buy one free one

cincin buy one free one (tp ni bkn cincin aku)

aku terbaca satu artikel dalam majalah yang ditulis oleh “Mungkal Deli” tentang kenduri perkahwinan zaman sekarang. menarik tapi pedas, mungkin ditujukan kepada bakal pengantin perempuan. apapun, aku mahu kongsi dengan kamu.

  • jangankan 10, 15, 20 hatta 25 ribu sekalipun kalau dibagi mesti hangus punya. rang suri kalau memusnah, hendaknya bab nikah kahwin ni, jumpa aja caranya.
  • tu kad jemputan yang sampai sebesar saiz kertas A4 nak buat apa? siap bersembur wangi-wangian lagi. malu kat orang yang dijemput? orang tak akan simpan, paling2 pun simpan sampai tarikh hari langsung, pastu buang
  • apa perlunya kelongsong telur sampai 5-6 ringgit secucuk? paling koman nak 200 cucuk supaya cukup 4 gagang pahar. Lazimnya, orang tak simpan pun kelongsong telur tu.
  • pelamin dah cantik berhias pun dikata tak cantik. sepatutnya ade dual backdrop, spotlight dan fresh flowers katanya. janji dulu nak bersanding atas kerusi Cleopatra bersantai. Lain pula jadinya.
  • bangsa kita ni dah tak perasan ke perbuatan merenjis yang kononnya nak merestui kedua-dua pengantin ni, secara tak langsung membuatkan orang tua ‘menyembah’ anak-anak mereka sendiri? kalau nak merestui tu, biarlah anak-anak bertimpuh; taklah mak ayah terbongkok-bongkok di kepala lutut anak.
  • hantaran ditempah khas, memanglah menarik. tapi di mana mestinya berdulang emas dan perak, beralas baldu sutera mastuli? Parfume dari Paris, kasut dari Itali; dek kerana nak jaga prestige, semua serba luar negeri. apakah barangan Gombak tak elok, tak lasting?
  • makan beradap. buntang mata mempelai menengok juadah. Ayam golek tergolek, udang susun menjulang, siakap 3 pinggan, gulai daging, kari ayam, acar buah dan segala macam peri; indah bersaji. setakat garnishes tu tak ada yang jamah. harapkan cantik tapi lepas tu dibuang.
  • para undangan bukan seratus dua. kita ramai saudara, kawan jangan cerita, rakan niaga mesti nak kira, apatah lagi jiran tetangga. mesti ada alasan untuk berhabis-habisan. biar orang bercerita, jangan orang mengata. mulut orang, baik buruk akan disebut juga.
  • sungguhpun lauk terbentang depan mata, yang disuap ke mulut adalah empat lima. tak selera katanya ataupun takut comot lipstik. lepas tu tak sempat nak pakai semua persalinan yang ditempah. sempat ke korea, pulau jawa dan jepun sahaja. ke china, india dan alam cinderella tak dan.
  • yang tak moleknya, jangan nanti usia perkahwinan tak sampai setahun (tapi sempat mengandung) hutang belum langsai, tapi ikatan janji dah terungkai. berhematlah, biar berpada asal bahagia; bukan biar papa asal bergaya.
  • kadang2, anak tak seberapa tapi ibu yang beria-ia. nak jaga air muka kononnya. kalau nanti dah bercerai- berai, bukan setakat air muka yang berubah, arang juga terconteng segenap arah.
  • rang suri, syarat rukun nikah ada lima. wali, lelaki, perempuan, 2 saksi lelaki serta akad nikah. bukannya pelamin, malam berinai, bilik pengantin, kad jemputan berRSVP serta hantaran sepenuh laman.
Categories: Info @ Article @ News
  1. November 12, 2008 at 9:47 AM

    Betul tu edot. Biar berpada asal bahagia. Teringat ceramah ustaz ismail kamus bab nikah kawin ni. Dia kata kalu tak mampu nak jamu orang dengan nasi minyak/ beriani atau apa2 je, jamu dengan karipap pun takpe.

  2. November 12, 2008 at 9:49 AM

    wahhh~ aku sangat suke karipap! bole ek jamu orang mkn karipap je? huhu, nanti korg bdk2 infy dtg kenduri aku, jgn marah yek kalo aku jamu karipap je~

  3. November 13, 2008 at 10:34 AM

    aku pun sokong..p kan edot..naluri aku ttp nk itu ini itu ini time kawen..huhuhuhu….even aku tau semua neh p nk jugak pelamin cantik la baju cantik la kad jemputan cantik la.. nk yg cantik xpe asal pandai survey market..hahaha..ade ke ek org ofer cantik p harga murah?..hahahaha…dunia dunia…

  4. November 13, 2008 at 10:37 AM

    tula, samala cam aku pon. mahu itu ini. nak cantik punya pasal, kene cari mak andam yg mekap lawa. tp dah fully booked plak diorg sume. tinggal mak andam yg mekap kureng lawa je available kot. har3..

    kad cantik tapi murah mmg ssh nk jumpe. tp kalo ko jumpe, kasi tau sama aku ya?

  5. November 13, 2008 at 1:02 PM

    sbb nk self satisfaction, ok le ONLY IF the price is right..

    tp if sbb nk impress others @ tkt malu kat org.. tu sume nafsu semata2~

  6. November 13, 2008 at 1:51 PM

    winz.. i agreed with u…

    bro. ko g x kenduri munir? bln 12 ni

  7. November 13, 2008 at 1:53 PM

    oh terlupa, nafsu pompuan ni banyak.. nafsu nak nampak cantik, nafsu nk barang cantik. nafsu nak makan sedap.. dan banyak lagi la.

    lelaki ade nafsu ape ek

  8. November 13, 2008 at 2:01 PM

    @apis: kenduri munir? bape aribulan? xtau la plak. ko pegi kenduri arip x 29hb ni? imran ajak aku pegi, so aku mayb pegi la ngan die.

    @eDoTz: laki ade nafsu tido sepanjang hari, hahaha!

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: