Home > HerHisTory > [E] Irfan Zikry – Cukur Jambul

[E] Irfan Zikry – Cukur Jambul

Lokasi: Felda Cahaya Baru, Masai, Johor
Tarikh: 14 Disember 2008

Irfan and his Mama with his littlest Auntie LiSha

Irfan and his Mama with his littlest Auntie LiSha

Win - practice makes perfect!

Win - practice makes perfect!

ps: Irfan Zikry is Win’s first nephew

Categories: HerHisTory
  1. December 15, 2008 at 10:04 PM

    Tak lame dah tu nampaknye edot…heeeeeeee

  2. December 16, 2008 at 10:02 AM

    thee hee hee Fida~ tak lama nak nampak apa? anak bulan?

    i can see how Win is getting attached to Irfan these few days. sebelum ni die hairan kenape aku obsess sgt dgn anak sedare aku yg first, when he was a baby. skrg aku rase Win pon dah mule rase ape yg aku rase 7 tahun dulu.

    excited ada anak sedare😀

  3. December 16, 2008 at 10:42 AM

    biase je.. dulu ngan budak2 3 org kat umah tu pun same gak time diorg baby.

  4. December 16, 2008 at 10:55 AM

    bila nak buat majlis cukur jambul untuk bukan anak sedare plak? hehe

  5. December 16, 2008 at 11:06 AM

    haha, untuk bkn anak sedare, aku rase xperlu buatla majlis grand2 cam Irfan punye ni. aku terbace kat blog sape tah, ckp yg majlis cukur jambul ni mcm bidaah dlm adat Melayu.. yeke?

    petikan dari bicara agama dari Utusan Malaysia:

    “Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama.” (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi)

    Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin.

    Apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan disamakan dengan nilai perak dan kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin. Bagaimanapun, ulama hari ini menyatakan, emas boleh digunakan bagi menggantikan perak. Bahkan, mengikut Islam juga, pada hari ketujuh akan dilakukan tahnik, jelas Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz.

    Menurut beliau, amalan tahnik adalah memasukkan sesuatu yang manis seperti manisan madu lebah atau buah tamar yang dihancurkan dan memalitkannya ke lelangit bayi. Sebaliknya, cecair manis hanya disapukan ke bibir bayi dan bukannya ke dalam mulut sebagaimana yang disunahkan oleh Rasulullah s.a.w..”

  6. December 16, 2008 at 11:30 AM

    bidaah? nape plak? xpenah dgr pun.. org marhaban, bace Qur’an, doa je..

  7. December 16, 2008 at 11:36 AM

    tak abis copy lagi petikan rencana tadi, ini sambungannya:

    “Kesilapan yang turut dilakukan ibu bapa hari ini ialah akikah atau cukur rambut dilakukan setelah bayi berusia beberapa bulan. Majlis tersebut turut disertai dengan adat berendoi di mana buaian dihias dengan bunga-bungaan dan perhiasan lain.

    Menurut Abu Hassan, upacara cukur rambut tidak perlu disertakan dengan marhaban atau berzanji. Ia memadai dengan bercukur rambut sahaja. Melainkan jika ia diadakan pada hari akikah, bolehlah diadakan jamuan.

    “Tetapi kadang-kadang disebabkan rasa gembira dengan kehadiran orang baru dalam keluarga, kita mengadakan majlis secara besar-besaran hingga menampakkan unsur-unsur kemewahan. Perbuatan ini tidak menjadi kesalahan asalkan niat dan tujuan diadakan adalah ikhlas kerana Allah s.w.t.. Cuma dibimbangi sekiranya ia bertukar menjadi riak, maka ia adalah menjadi satu kesalahan,” ulas beliau mengenai kecenderungan masyarakat hari ini yang gemar mengadakan majlis cukur jambul secara besar-besaran.”

  8. December 16, 2008 at 11:47 AM

    ooh.. xde la salah.. kalo bukan akikah pun, buat jamuan utk niat sedekah je pun xsalah. ajak ramai2 sbb nk doakan baby tu. xde kepercayaan karut pun.

    grand ke aritu? biase je. nenek ajak kwn2 die dtg mkn je. xde la smp buat khemah mcm org nk kawin, hehe.

    berendoi tu xpenah tgk la plak.. johor xde kot.

  9. December 16, 2008 at 11:51 AM

    tambah siket lagi dari rencana tu:

    “Islam menggalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga botak supaya segala kekotoran yang keluar daripada rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat.

    Sebahagian masyarakat Islam hari ini tidak mencukur rambut anak-anak hingga botak sebaliknya mengadakan upacara cukur jambul sebagai adat dan tradisi yang telah dilakukan sejak turun temurun. Tambah mengelirukan, rambut yang digunting itu dimasukkan ke dalam buah kelapa.

    Memandangkan terdapat beberapa perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam, maka ulama berpendapat, mengamalkan adat cukur jambul adalah bidaah dan khurafat. Paling menyedihkan apabila terdapat segelintir umat Islam yang cuba menghidupkan kembali kepercayaan seperti ini.

    “Mengikut sesetengah pendapat, amalan cukur jambul adalah tradisi dan kepercayaan yang dilakukan oleh masyarakat India seperti menggunakan buah kelapa. “Soalnya, kenapa menggunakan buah kelapa? Apakah relevan amalan sebegini dengan masyarakat Islam?” kata beliau.”

  10. December 16, 2008 at 12:30 PM

    brape byk + daa.. skali dlm 1 komen kan senang..

    ala senang cite part mane yg ikut kaum agama lain tu xyah ikut. lain2 yg bg pahala sunat tu truskan. kite xleh bakar kelambu kalo marah nyamuk, on ubat nyamuk je la.

  11. mama ifan
    December 21, 2008 at 11:19 PM

    betul betul betul…( cam ipin dan upin cakap)

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: