Home > Whatever > [E] Merapik

[E] Merapik

Susahnya nak tulis blog dalam bahasa Melayu. bila aku baca balik, buruk betul bunyinya. Malu. Ada cikgu bahasa yang baca blog ni. Maaf cikgu, karangan saya memang teruk.

Dari dulu, cikgu bahasa melayu aku risau betul dengan karangan B.Melayu aku. Berterabur. Tak ada point, penuh dengan elaboration. Cikgu cakap, aku merapu. Subjek lain aku dapat A, tapi bahasa Melayu? Tak pernah. Tapi keputusan UPSR, B.Melayu dapat A. Teruja. Terkejut.

B.Inggeris aku pun teruk. Ayah cakap “Your English is horrible.” Jadi Mak hantar aku ke tuisyen untuk bagi aku pandai. Bolehlah setakat membaca, bercakap tak pandai. Aku budak kampung, nak buat apa speaking orang putih, kan? UPSR, B.Inggeris dapat A.

Masuk ke sekolah menengah berasrama penuh di Sains Sultan Mohd Jiwa (Sg.Petani), kami diwajibkan ambil bahasa asing. Tulisan jawi aku tak berapa nak pandai jadi aku tak pilih bahasa Arab. Aku belajar Bahasa Jerman selama empat tahun. Susah. Tatabahasanya pelik, terbalik-terbalik. Kata kerja di hujung perkataan. Kadang-kadang di depan. Pening. Frau Khairunnisa pandai mengajar, jadi aku dapat jawab periksa dengan mudah. Dapat sijil dari German Institute Malaysia.

Danke schon, Frau~ Ich liebe Dich.

Aku ambil Diploma di UTM, Jalan Semarak. Di akhir-akhir semester, aku ambil subjek bahasa asing. Nak cantikkan pointer. Konon. Aku belajar B.Jepun asas. Seronok! Aku memang minat dengan anime Jepun, belajar bahasa ini memang aku suka. Tatabahasa lebih keliru. Kepala pening. Tapi aku dapat A. Teruja lagi.

Hajime mashite!

Semester terakhir Diploma, aku daftar subjek B.Mandarin pula. Juga untuk cantikkan pointer. Konon. B.Mandarin adalah bahasa paling susah pernah aku belajar. Ada nada tertentu yang membawa maksud berlainan. Tulisan memang susah nak hafal. Nasib baik cuma perlu belajar cakap dan tulis dalam huruf biasa. Boleh mengira dalam Mandarin dari satu hingga 99. seratus, aku dah lupa. Aku dapat A. Sangat teruja.

Wo shi Ida. Ni ne?

Agaknya sebab belajar bahasa yang tatabahasanya pusing-pusing.. aku cakap sekarang pun tatabahasa tunggang terbalik

Categories: Whatever
  1. January 23, 2009 at 11:30 AM

    conclusionnya..ko lebih selesa berckp dlm bahasa urdu kan…hehehe..

  2. January 23, 2009 at 11:32 AM

    Urdu? bole la faham sikit2.. tapi aku lebih pandai guna bahasa lenggok kepala. Belajar masa training kat Infy dulu. haha

  3. Zyda
    January 23, 2009 at 2:24 PM

    hehehe… tu la.. masa dok india 4 bulan tak sempat plak nak belajar bahasanya kan?😀

  4. January 23, 2009 at 2:26 PM

    ade gak sy try blaja. susah gile nak ingat. dlm 5minit lepas tu dah lupa daa.. sy belajar Kannada, dengan aunty cleaner tu.

  5. January 28, 2009 at 4:11 PM

    Giler arr edot.. mutilingual gitu… Tapi betul la zyda ckp, kat india bukan nak belajar betul2.. hehe..

  6. nan
    January 29, 2009 at 12:50 PM

    gambatte kudasai

  7. January 30, 2009 at 10:02 AM

    haha. mane de multilingual. niat aku blaja cume tuk cantikkan pointer, jd Allah cume bg aku setakat yg aku niat tu jek. huhu, sekarang dah byk lupa daa

  8. February 2, 2009 at 9:53 AM

    xpe2…yg penting mesej yg kita nak btau tu, sampai kpd pihak satu lg..baru di panggil komunikasi berkesan..peh, rasa cam pakar motivasi lak aku..haha

  9. February 2, 2009 at 12:21 PM

    pakar motivasi a.k.a pakar bahasa melayu Encik Unicorn

  10. February 3, 2009 at 6:33 PM

    Dulu mase form1-form3 ko tak penah membahasakan diri aku. hehehe

  11. February 3, 2009 at 6:51 PM

    hehe.. konflik dalaman la time tu.. btw, post ni tunang aku punye. kitorg kongsi 1 blog je, malas nk bukak byk2.

  12. Hariz
    May 11, 2009 at 10:30 PM

    ahaha,,nnty blaja bahase F plak….meferafapikfik…haha

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: