Home > Whatever > [E] Jumpstart

[E] Jumpstart

Semalam kereta aku tak boleh start. Tak ada bunyi langsung. Panggil jiran yang tinggal berdekatan dengan tempat parking untuk tolong tengok-tengokkan kereta aku, bateri aku kong katanya. Masa tu dah malam, jadi tak boleh nak pergi kedai untuk beli bateri kereta. Esoknya aku nak ke tempat kerja macam mana?

Nak marah pun tak boleh. Ini dah dikira nasib aku baik sebab kereta ni tak buat hal dalam perjalanan aku balik kampung semasa cuti Tahun Baru Cina minggu lepas. Kalau rosak di tengah lebuhraya, lagi susah kan?

Jadi pagi tadi, aku minta tolong dari jiran yang tinggal dekat dengan tempat parking aku untuk buat jumpstart. Kereta aku tak ada kabel jumpstart, jadi pinjam jiran tu punya. Nasib baik selama ini aku bertegur-sapa dengan jiran. Tak rugi bertegur-sapa dengan orang terdekat, walaupun berlainan bangsa. Manalah tahu, esok-esok kita dalam kesusahan, ada orang yang nak tolong.

Lepas jumpstart, aku terus ke bengkel kereta. Betul, lepas diperiksa memang bateri kereta tu dah kiok. Kena tukar baru. Kilometer pun dah lebih, kena tukar minyak hitam. Bila tukar minyak hitam, oil filter dan air filter pun kena tukar. Minyak brek juga kene servis, tengok-tengok brek tayar belakang dah rosak teruk. Patutla selama ni aku brek, susah nak berhenti. Tukar itu, tukar ini, jumlah yang perlu aku bayar, RM457.

Mahu tak mahu kenalah bayar. Kereta ni penting, kalau tak susahlah aku nak ke tempat kerja.

Categories: Whatever
  1. February 3, 2009 at 2:22 PM

    Hari tu penah jugak tulun member jumpstart kete dia menggunakan bateri bekas kete kenari merah aku tu .. tp tak makan…sbb bateri dia dah terlalu lama..nk kene tukar bateri baru jugak… huhuh

    ari tu..1st time tengok n tulun org wat jumpstart bateri kete yg kong.. sib baik tak jadi king kong..eheh..

  2. February 3, 2009 at 2:59 PM

    bateri aku tu mmg dah lama, memang kene tukar baru jugak. tapi mase jumpstart tu, mmg boleh hidup. jiran ku tu gune kete kancil lame je.. bateri die pun lame. mase jumpstart tu, die REMMMM lebih sket kat kete die, baru kete aku leh hidop. VROOM VROOM!

    dan satu lagi aku rasa keikhlasan la. hehe.. saje je acah ko.

  3. huserk
    February 3, 2009 at 8:05 PM

    hi kak edot.. rajin gak layan blog ni..best..

    heheheeh..dasat dasat.. kereta dah mcm2 problem tu… kena jaga elok2 tau.. keselamatan penting woo bawak keta ni..hehee..

  4. February 4, 2009 at 7:55 AM

    hah huserk, bila sampai sini? hehe
    haha, nila ‘kelebihan’ guna kete seken hen. banyak ‘faedah’nya

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: