Home > Shoutout > [E] Cita-cita

[E] Cita-cita

Dulu mase sekolah rendah, cikgu suruh kami senaraikan tiga cita-cita kami. Seingat aku, aku tulis:

  1. Doktor
  2. Pramugari
  3. Penyanyi

Doktor tu, mak aku yang suruh. Pramugari tu, aku yang nak jadi sebab aku nak naik kapal terbang. Penyanyi tu, tak tahulah kenapa. Padahal suara aku bukan sedap pun. Mungkin nak jadi terkenal kot. Haha.

Bila dah semakin besar, cita-cita pun berubah. Dengan keputusan SPM yang tak berapa nak elok (Biologi dpt B), aku tak teruskan niat nak jadi doktor. Jadi aku isi borang masuk ke Universiti dalam bidang yang aku sendiri tak tahu, Sains Komputer. Aku masa tu, komputer pun jarang tekan-tekan.

Aku pilih Sc Comp sebab masa tu aku tengok kakak aku pilih bidang tu. Aku ni copycat, suka tiru orang.

Pelajar lulusan Sc. Comp pasti akan jadi programmer. Pada yg ‘bernasib baik’, mungkin dapat lari dari bidang ni. Tapi rupa-rupanya banyak cabang dalam bidang Sc Comp ni, ada Java, web-based, SAP, networking, Pegawai Sistem Maklumat kerajaan dan macam-macam lagilah! Semakin lama dalam bidang ni, barulah aku tahu. Dulu aku dalam bidang web-based, sekarang Java, Februari nanti aku tukar ke bidang lain pula.

Kesimpulannya, dalam cita-cita yang aku senaraikan dalam borang cikgu suruh isi tu, satu pun aku tak dapat jadi.

Categories: Shoutout
  1. February 11, 2009 at 3:04 PM

    kalau lelaki mesti askar ataupun polis…betol tak?
    aku pn sama cam ko.sek rendah nk jd polis sbb aku minat drama polis hongkong.bila aku msk sek teknik cita aku berubah jd jurutera elektrik.apply u aku dpt Sc. Comp.Masa tu aku ingat aku akn blaja repair,setup komp jer.Rupanya tidak.Lepas tu cita aku berubah lg jd jurutera komp smpai skrg…

  2. February 11, 2009 at 3:11 PM

    haah kan.. cita-cita kite berubah.
    ramai yg ingat kalo amik sc comp leh repair PC. aku rase repair PC tu, kire bonus la. ade yg pandai, ada yg x (akulah tu).

    hehe

  3. February 19, 2009 at 9:55 PM

    sebonar eh..cita-cita kita takkan dapat capai cita-cita yang diingini kalau kita tak belajar bersungguh-sungguh dari sekarang…

  4. February 20, 2009 at 8:45 AM

    belajar sungguh-sungguh tu kire dah terlambat la buat aku sekarang ni.. dah tua~ huk3

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: