Home > Shoutout > [E] The Bus Ride

[E] The Bus Ride

Kalau dikirakan, dah beratus kali aku naik bas ekspress. Macam-macam jenis pemandu bas yang aku dah pernah jumpa. Tapi pemandu yang aku jumpa dalam perjalanan dari KL – JB baru-baru ini.. ‘lain’ sedikit.

Bas ekspress ke JB selalunya akan keluar di exit UTM (Lebuhraya PLUS) dan penumpang boleh turun di Skudai sebelum bas berhenti di stesen terakhir, Larkin. Tapi pemandu melayu yang pandu bas CausewayLink kelmarin, tak mahu lalu di Skudai kerana katanya, jalan sesak di Skudai kerana pada hari Thaipusam ramai orang berarak di kuil di situ. Kalau cakap baik-baik takpe jugak, tapi ini tak. Suaranya tinggi, macam marah-marah.

Kesian penumpang yang perlu turun di Skudai. Mesti saudara-mara dah ada yang tunggu di situ. Akulah antara penumpang malang tu.

Bas selamat sampai ke stesen Larkin, itupun selepas mengharungi jalan yang sibuk di exit Kempas. Sama je kalau dibandingkan bas lalu di Skudai yang kononnya sesak. Sekali lagi pemandu tinggikan suara.

“Kamu semua naik bas ekspress, bukan naik bas lompat-lompat. Kalau KL-JB, naik di KL puduraya, turun di JB. Kami pemandu kat Malaysia ni cuma tolong je turunkan penumpang yang nak turun kat Skudai. Kami cuma TOLONG! Tapi penumpang zaman sekarang ni, dah besar kepala!”. Jeritnya dari tempat pemandu bas.

“Jangan marah kat saya. Kalau saya boleh tolong, saya tolong. Kalau tak boleh tolong, tak tolong. Kalau skudai tak jem, saya tolong! Jangan marah kat saya!”. Jeritnya lagi.

ps: Hello~ Ayah saya pun pemandu bas (walaupun bukan bas ekspress), tapi tak jerit2 macam pakcik tau? Cerita pasal tolong, Ayah saya tolong turunkan penumpang kat mana-mana aje diorang nak turun. Kalau makcik tua yang turun, ayah tolong angkatkan barangnya sekali. Macam mana saya tahu semua ini? sebab Ayah saya pemandu bas, saya konduktor bas!

Categories: Shoutout
  1. February 10, 2009 at 10:54 AM

    baru bwk bas tu..dah kerek.belom bwk kapal terbang lg

  2. February 10, 2009 at 10:56 AM

    haahla, baru bawa bas dah kerek.. tah ape2 pakcik ni. aku rase kalau nk cakap pun, jangan jerit2la. nampak tak beretika

  3. ain
    February 11, 2009 at 3:29 AM

    well, anggaplah he had a bad day that day. After all, come to think of it, sapa yg x hangin kalu tgh jam & penat lak tu. dah tu ader lak request mcm2 extra service he he… sian kat dia.. been in that kind of situation before..tp bukan bawak bas lar!!!.. kalau bole rasa nak cekik2 jer customer yg request mcm2 tu… but I didn’t scream at ppl in such ways la.That’s where our EQ comes into play actually.(like I’m saying I have a high EQ lar kan muahahaha…) but I’ve seen a lot of others who threw their tantrums when faced with situations like that.. BTW, kalo if it was a free and easy ride cam kat kg hang tu bole la nak tolong2 makcik angkat bakul, tangkap ayam terlepas dlm bas & etc etc… but driving in the city have surely made him go bonkers I think…. me can be one of them oso actually !!! he he he..

  4. February 11, 2009 at 10:10 AM

    well, come to think of a bad day.. he might be having one that day.
    sy cume rase die tak patut yelling to us in the bus. selalunya tiap kali turun bas, i would say “Thank You” to the bus driver. but to that driver. sume orang pun buat muka masam turun dari bas. hahaha.. kesian dia.

    but in the next trip from JB-KL, the bus driver was so kind that he stopped everywhere the passengers requested to. thee hee hee.. masih ada jugak bus driver yg baik hati cam dia.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: