Home > HerHisTory > [E] Uncle Gan & Auntie

[E] Uncle Gan & Auntie

aku kenal uncle Gan sejak aku mula menyewa di sini, Mutiara Apartment. dia tinggal di tingkat bawah sekali, sama blok dengan aku. tiap kali pergi dan balik kerja, aku akan tegur “Hai Uncle Gan!” sambil senyum lebar sampai ke telinga. bukan susah pun nak senyum dan tegur. tak rugi pun.

ps: korang pernah bertegur sapa dengan jiran korang tak?

uncle Gan & isterinya yang aku cuma panggil auntie, jiran yang baik. ada sekali tu, aku tegur “Hai!” semasa mereka baru pulang dari pasar malam. ade se-plastik buah plum dalam tangan auntie. tanpa fikir panjang, auntie terus bagi buah plum tu pada aku. banyak pula tu! masa tahun baru cina baru-baru ini pun sama, auntie bagi aku banyak buah oren mandarin! aku suka!

ps: pernah tak aku bagi apa2 pada diorang? tak pernah. korang pernah bagi apa2 kat jirang korang?

bila aku ada masalah, aku akan turun cari uncle Gan.

masa rumah kena pecah masuk, aku panggil uncle gan dan auntie.

ps: rumah korang pernah kena pecah masuk? kuncilah pintu dan tingkap~

masa suis utama aku terbakar dan rumah aku black-out, aku minta nombor telefon tukang elektrik pada uncle Gan.

ps: korang tahu nak hubungi siapa kalau ada masalah teknikal / elektrik di rumah?

masa aku nampak rumah aku tak berkunci ketika aku baru balik dari kerja, aku ingat rumah aku kena pecah masuk lagi. aku panggil uncle Gan temankan aku periksa dalam rumah. tapi rupanya tak ada apa2. salah aku, sebab tak kuncikan rumah masa pergi kerja.

ps: korang pernah tinggalkan rumah tak berkunci? jangan jadi nyanyuk macam aku.

masa aku terbau asap dari rumah sebelah, aku panggil uncle Gan & auntie. aku ingatkan rumah sebelah kebakaran. kami semua berlari dan mendaki rumah hingga ke tingkat 4 blok tersebut, tapi terkunci. rupa-rupanya bukan rumah tu yang terbakar. kata uncle gan, ada motosikal yang tiba-tiba terbakar di tingkat bawah rumah kami lebih kurang 30 minit sebelum aku balik kerja. alamak malunya aku. dahla semua orang aku ajak tengok rumah yang kononnya terbakar tu. nak buat macam mana lagi, minta maaf dan cakap yang aku salah faham. tak tahu ada benda lain yang terbakar.

ps: korang pernah tengok motosikal terbakar dengan sendiri? itulah aku hairan. macam mana motosikal di apartment aku ni boleh terbakar sendiri. misteri nusantara.

Categories: HerHisTory
  1. Hariz
    March 15, 2009 at 5:48 PM

    HAHA!! Cite btol ke nie??

    • March 15, 2009 at 10:39 PM

      cite betul la. mane de tipu.

  2. hariz95
    March 15, 2009 at 9:48 PM

    Abah ketawe bace nie….

    • March 15, 2009 at 10:40 PM

      loh. haha.. cite mane yg abah bace & ketawa?

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: