Home > Shoutout > [E] Apa ada pada umur

[E] Apa ada pada umur

Aku ke Elianto untuk mencari foundation. Nak cuba-lah konon.

Jurujual: Erm, berapa umur akak?
Edot: 25 tahun. Kenapa?
Jurujual: oh~ kalau macam tu akak kene beli foundation yang ini. Ini khas untuk orang 25 tahun ke atas. Ada ejen anti-kedut.
Edot: *cis! aku ni dikire sebagai dah tua ke?* ah, yelah. sy beli yang ini.

-______________-

Jalan-jalan lagi di pasaraya Jusco, lalu aku terbaca satu flyer tentang kolagen.

“Kajian menunjukkan pengurangan kolagen akan bermula pada usia 25 tahun apabila tahap kolagen menurun dengan kadar lebih cepat berbanding penghasilan kolagen baru.”

Di sebelah flyer tu ada kaunter jualan Collagen Water. Sebab takut terpengaruh tentang kehilangan kolagen pada usia aku sekarang, aku beli 2 botol air ajaib tu! Kononnya nak cuba. Dan takut tua. haha.

-______________-

Kawan baru berbangsa Cina di pejabat pula tanya pasal kahwin. Dia pun lahir pada tahun yang sama dengan aku. Sebaya.

kawan: you dah nak kahwin? berapa umur you sekarang?
Edot: haah. sekarang 25 tahun, nak masuk 26. kenapa?
kawan: 25 tahun? tak rasa 25 tahun tu muda sangat ke nak kahwin? we are still young!
Edot: ala, kami dah kenal lama. kahwin je la. *muda ape ke bendenye? dah kire tua la ni~ foundation pun kene beli yang jenis untuk orang tua!*
Categories: Shoutout
  1. March 13, 2009 at 11:33 PM

    alamak..ko tulis camnie tetiba aku pun terasa tua gak…
    (xpe ida..muda lagi) <–sedapkan hati sendiri..hehehe

    • March 14, 2009 at 8:57 AM

      ko muda setahun dari aku kan? so tak payah la takut lagi… tahun depan barulah takot. hehehe… <– saje je sedapkan hati ko.

  2. putrixue
    March 15, 2009 at 12:01 AM

    esemen edot…

    tetiba saya rasa terasa tua…tapi betul lah, bila pi facial care, mesti nak carik xtra protection..hahahaha

    • March 15, 2009 at 10:39 AM

      hahaha~ post ini memang untuk memberi peringatan kepada pembaca yang kita makin tua.

      nampaknye, bukan aku sorang je yg peduli pasal kulit yang akan berkedut ni. ada juga orang lain ek~

  3. Hariz
    March 15, 2009 at 6:04 PM

    Saye maseh mude!!!! ^__^ ㋡

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: