Home > Whatever > [E] Ibu Berkerjaya

[E] Ibu Berkerjaya

Tadi di surau, ada seorang hamba Allah sedang membuat sesuatu sambil menghadap dinding. Nak tahu dia sedang buat apa? Dia sedang pam susu badannya ke dalam botol. Macam mana aku tahu? Dulu di pejabat Mines, kawan sepejabat aku juga begitu.

Kenapa kena pam susu masuk dalam botol? Kalau tak pam, ada yang cakap nanti rasa sakit kat situ. Kadang-kadang kalau susu terkeluar, habis basah baju. Susu badan lagi banyak dipam keluar, lagi banyak akan dihasilkan. Aku tak belum tahu, aku cuma tanya orang yang mengalaminya.

Aku terfikir, kenapa tak ada pihak yang sediakan tempat asuhan berdekatan dengan tempat kerja aku di sini, Technology Park Malaysia? Tempat aku kerja di Mines Resort dulu pun tak ada. Cuba bayangkan kalau ada kemudahan ini, kan senang? Ibu berkerjaya boleh hantar anak-anak kecil di pusat asuhan dekat tempat kerja dan boleh menyusukan anak mereka tiap kali waktu makan tengah hari. Tak perlu sorok-sorok mengepam susu badan di surau. Tak perlu berkejar dari pejabat ke rumah asuhan yang jauh dari tempat kerja. Kalau lebih masa, perlu bayar lebih duit.

ps: Kalau aku ada anak kecil, nanti nak hantar anak kat mana???? huhu, tak payah fikir pasal ada anak. nak beranak pun aku takut -___- takut sakit.

Categories: Whatever
  1. March 27, 2009 at 9:50 AM

    ape kate korg buat petition mintak provide kemudahan nursery.. bg kat management tmpt korg keje.

    • March 27, 2009 at 10:42 AM

      sure tak layan. tmpt awk ada nursery x? bole anta anak kat sana?

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: