Home > Shoutout > [E] Bahasa dan kita

[E] Bahasa dan kita

Sejak berpindah tempat kerja dan berjumpa kawan-kawan baru di sini, aku belajar dan perhatikan banyak perkara. Aneh.

Aneh 1: 80% dari kumpulan kami adalah berbangsa Cina. Tapi di kalangan mereka, ada seorang yang tidak tahu berbahasa Mandarin. Cuma tahu berbahasa Kantonis, itupun dia belajar dari filem-filem Cina dari Hong Kong. Tulisan karakter Cina, rasanya dia pun tak arif sangat.

Aneh 2: Ada yang boleh berbahasa Mandarin, tapi kawan-kawan lain ketawakan loghatnya. Kata mereka, “like a foreign Chinese speaking Mandarin”. Dia berdarah campur, Iban dan Cina.

Aneh 3: Ada yang boleh bercakap Mandarin dan Kantonis dengan baik, tapi kurang arif dalam membaca dan menulis karakter Cina. Pernah satu hari, dia berdiri di papan putih dan cuba menulis namanya dengan karakter Cina, tapi dia lupa! Kelakar betul.

Aneh 4: Ada yang boleh berbahasa Mandarin, Kantonis dan Inggeris dengan agak baik, tapi tak pandai cakap Melayu pula. Katanya, dia dah lama tak cakap Melayu, sejak tinggalkan sekolah.

ps: Kami berkomunikasi dalam bahasa Inggeris selalunya. Yela, manalah aku tahu berbahasa Mandarin. Tapi aku belajar juga sikit-sikit. Kadang-kadang.

Aneh 5: Ada seorang Melayu yang bahasa Melayu-nya juga tak berapa betul. Bahasa Inggeris pun berterabur. Haa, yang itu aku. -___-

Aneh 6: Ada seorang tu berdarah Jawa, tapi tak faham dan tak boleh cakap bahasa Jawa. Haa, yang itu Win. ^__^

Categories: Shoutout
  1. April 11, 2009 at 9:22 AM

    Aneh 7: gaya percakapan isteri kpd si Jawa td lebih Jawa daripada suaminya, walaupun dia sudah berpuluh tahun hidup di utara semenanjung. yg itu.. ya Ida lah!😀

    • April 12, 2009 at 12:59 PM

      yang aneh tu awak la. mane de saya cakap lebih Jawa dari awak~ isk2

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: