Home > Whatever > [E] Raya Tahun ini.. di mana?

[E] Raya Tahun ini.. di mana?

Ke-hadapan Win yang di-kasehi,

hi Boleh-kah kita berhari raya di kampung saya pada tahun ini? Saya tahu, kita baru sahaja berkahwin dan selalunya si isteri terpaksa kena berhari raya di rumah keluarga si suami, tapi apa kata kita awak pertimbangkan permohonan saya berdasarkan sebab-sebab berikut:

goyangSaya tak pernah berhari raya tanpa keluarga saya. Saya kena makan rendang ayam dengan kuah kacang yang mak buat pada tiap pagi raya, kalau tak.. saya rasa macham kehilangan..~

hukhuk

abang saya kahwin dengan anak tunggal, jadi tiap tahun dia akan berhari raya di rumah mertuanya di Grik. abang tak pernah berhari raya dengan kami sejak 8 tahun yang lalu. jadi, anak mak dah kurang sa-orang untuk tolong-tolong masak di hari raya.

sunyi

kakak saya pula jenis yang amat adil. dia berhari raya separuh hari di kampung kami, dan separuh hari di kampung suami-nya. kesian saya, kena basuh pinggan sa-orang di dapor selepas tetamu pulang.

sedihadik saya pula tak pernah menolong mak basuh pinggan. dia cuma baring dan menonton tv sepanjang hari. kesian mak, kemas rumah sa-orang.

hehe

jadi, bolehkan kita berhari raya di kampung saya tahun ini? tahun depan kampung awak pula. hehehe~

Categories: Whatever
  1. April 22, 2009 at 1:51 PM

    “selalunya si isteri terpaksa kena berhari raya di rumah keluarga si suami”, xpenah dgr plak statement ni. yg biase dgr, suami terpaksa mengalah sbb isteri monyok memanjang dlm kete tiap kali blk kg suami, hah!

    ape2 je la.. janji raye.. 1st day kat KL pun ape salahnye, miahahaha!

    • April 22, 2009 at 1:54 PM

      adakah ini bermaksud YES??

      *joget-joget*

      ps: kalau awak sanggup berhari raya dengan perempuan hodoh kerana bermuka monyok sepanjang hari, bole je hari raya pertama di KL.

  2. April 22, 2009 at 2:23 PM

    lama lg nak raya…pose pun blom…dah bincang psl raya………….huhuhu

    • April 22, 2009 at 2:40 PM

      tup tap tup tap dah bulan 10 kak su. kejap je masa berlalu. tup tap tup tap edot dah beranak. hahaha

  3. April 23, 2009 at 12:36 AM

    bagus2.. ini dinamakan “family planning”~~ hahahahhaha
    (intonasi cam P Ramlee dlm cite 3 Abdul)

    • April 23, 2009 at 9:10 AM

      ini namanya, raya planning. heh heh

  4. April 27, 2009 at 1:40 AM

    kui kui kui

    • April 27, 2009 at 9:33 AM

      hai Fahmi.. bile nak email gambo kawen kami sekeping dua.. uhuhu

  5. mas
    April 28, 2009 at 11:16 AM

    yaa aku penah dengar kisah ni dulu.. yes lah win, bagi la edot raye kat umah dia dulu thn ni. theres nothing to lose sbb thn depan boleh raye kat jb plak. sometimes it takes very little to make ur wife happy, n in turn get a lot more!! hehehehe…

    • April 28, 2009 at 12:08 PM

      oh, terima kasih Mas kerana menyokong! oh oh, terharu..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: