Home > Whatever > [E] Aku pantang betul bila..

[E] Aku pantang betul bila..

.. ada orang yang layan waiter/waitress macam hamba. tak pun macam orang bodoh. eh, hello~ kami (aku pernah kerja sebagai waitress) ni taklah bodoh mana. kerja kat kedai makan tak semestinya otak kami tak boleh paham apa yang orang order.

aku tak puas hati betul dengan pakcik yang makan sebelah meja aku semalam di kedai makan steamboat. dia merosakkan saat2 romantik aku dan Win yang nak makan dengan puas kat kedai tu. huh!

dia layan waiter yang aku rasa berasal dari Bangladesh tu macam apa je.

“eh, kamu.. dari Bangla?” soal pakcik Melayu tu konon-nya negara dia hebat sangat.

“ya, ya.. ” jawab waiter tu senyum2.

“order ni *sambil tunjuk gambar*, chicken rice. d-u-a.” kuat suaranya minta order.

“ini sebelah apa ha? yang abang sebelah ni makan? *sambil tunjuk arah meja kami* ” soal pakcik tu dengan ‘penuh budi bahasa’.

“ini set B.” jawab waiter tu ringkas.

“ok, saya mahu set B. tomyam aa.” arahnya lagi.

… nasi ayam dan steamboat pun sampai ke meja.

“eh, ini bukan yang order tadi! chicken rice! nasi goreng! ” pakcik tu mula bising.

“ini kan pakcik order tadi? *sambil tunjuk gambar*. haa, inilah chicken rice. bukan fried rice.” jawab waiter tu, senyum lagi.

eee.. pakcik ni. gerammmm aku tengok. agaknya tak pernah makan di kedai steamboat, tapi sangatlah menunjuk lagak. tak boleh ke berbudi bahasa sikit? kalau aku yang yang tengah melayan order meja pakcik tu, haha.. tahulah nak buat apa.

ps: kalau sesiapa yang baca post ni, perangai macam pakcik tu.. tolonglah berubah. layan orang tu baik2 sikit, berbudi bahasa sikit. korang try jadi waiter/waitress, boleh tengok ramai orang kat Malaysia perangai macam pakcik ni. budi bahasa budaya kita, konon!

Categories: Whatever
  1. May 9, 2009 at 9:45 AM

    aku kot marahke suka ke aku diam je le , dah dapat makanan berani la komplen – takut dia buh “extra perasa” dalam makanan ak ukat dapur kang naya WOOO

    • May 10, 2009 at 9:32 PM

      gud taktik la Fahmi~ haha

      btw, bukanla aku kate waiter/waitress ni sume betul, ada jugak la buat silap ye x? manede orang perfek.. heh

  2. huserk
    May 9, 2009 at 9:06 PM

    stuju..penah keja waitress gak. sbb tu femli aku lepas makan akan clear meja tu susun2 pinggan n cawan..so senang keja derank kemas meja.. heehee

    • May 10, 2009 at 9:33 PM

      wah, bagus nye family Huserk~

      haa.. kalo kite penah keje sebagai waitress, mmg kita paham camne orang lain yg keje waiter/waitress tu rase mase buat keje kan~

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: