Home > Whatever > [E] Bila Mak cakap pasal anak

[E] Bila Mak cakap pasal anak

Kakak aku akan habis waktu pantangnya beberapa hari lagi. MakAyah yang tinggal sementara di rumah kakak aku akan pulang ke rumah di Ipoh hujung minggu ni.

Jadi pada Sabtu minggu lepas kami bawa MakAyah ke Nilai3 untuk jalan-jalan di sana. Niat di hati, nak belanja Mak beli apa yang dia berkenan sebagai hadiah Hari Ibu. Haha, kesian Mak. Aku bawa jalan di tempat barang murah je. Sori ye Mak~

Mak beli tudung, beg tangan dan kain nak buat baju kurung. Aku pun beli kain nak buat baju kurung. Kesian kat Mak, dia berjalan sampai sakit kaki. Biasalah orang tua~ he he he.

Kami singgah sekejap di kedai barang pengantin untuk beli 400 beg kertas tetamu bagi kenduri kat belah Johor bulan depan. Beza harga masa kami beli beg kertas untuk kenduri belah Perak dulu, jauh sangat! Harga naik sampai 30 – 40 sen bagi setiap satu beg. Jahat punya kedai! Terpaksa lah kami beli beg kecil saja, tak cukup bajet.

Esoknya kami hantar MakAyah balik ke rumah kakak aku. Mak aku pesan,

“Kamu kalau nak beranak, cepat-cepat sikit. Sementara Mak sihat ni, bolehlah Mak jaga kamu dalam pantang.” pesan Mak.

“Mak jangan la sakit. Ida nak beranak lambat lagi. Hahaha..”.

ps: Camane ni Win? Kena cepat ke?

Categories: Whatever
  1. May 14, 2009 at 1:44 PM

    stick to the plan.

  2. May 18, 2009 at 5:46 PM

    perghhh… jawapan pendek, ringkas n muktamad!

    ehehheheheeehehhe

    • May 18, 2009 at 7:00 PM

      boss memang camtu. huhu

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: