Home > Whatever > [E] Bila Cakap Pasal MakAyah

[E] Bila Cakap Pasal MakAyah

Sabtu lepas, MakAyah pulang ke Ipoh sebab dah bosan dok KL. haha, taklah~ Sebab kakak aku dah habis pantang, jadi MakAyah dah tak payah jaga dia lagi kat KL.

MakAyah naik tren KTM dari KL ke Ipoh petang Sabtu, jadi kami berjumpa di KL Sentral. Aku & Win sampai lambat sikit, tapi masih sempat jumpa MakAyah sekejap. Kakak & Abg ipar pun ada dengan baby Aleesya (yang asyik tidur je).

Waktu salam-salam dengan MakAyah, aku rasa sebak. Tapi tahan je jangan bagi air mata keluar. Control macho. Tak tahu kenapa, tiap kali nak berpisah dengan MakAyah mesti rasa sebak. Rasa nak nangis.

Padahal, dah 13 tahun aku salam perpisahan dengan MakAyah. Aku tinggal di asrama di Kedah sejak Tingkatan 1. Lepas sekolah menengah, masuk Universiti di KL. Lepas tu di Johor. Sekarang kerja & tinggal di KL. Dah lama aku tak tinggal dengan MakAyah.

Selama ini, tiap kali aku salam dengan MakAyah, ada rasa perit di tekak. Rasa ada air mula nak bergenang kat kolam mata. Tapi aku tahan. Senyum selebar-lebarnya dan peluk cium MakAyah dengan bunyi “mmmuah! mmuaah!”. Tiap kali kaki aku melangkah naik bas/keretapi tinggalkan MakAyah, aku menangis. . huhu~

ps: Tulis post ni pon buat aku rasa nak nangis.

Categories: Whatever
  1. May 18, 2009 at 2:50 PM

    biase la tu.. anak paling manje~

    • May 18, 2009 at 2:56 PM

      mane de manje! saya anak paling berdikari. huh (dengan nada berlagak)

  2. Evil Sista
    May 19, 2009 at 3:21 PM

    Porey !!!! Ida pore… kekekeke

    Haih.. sunyi lak bila mak ayah tak de jaga aku nih.. selalu keje aku adun aleesya jek. Kalau aku mandi/ makan, mak tolong jaga aleesya pulak. Skang terasa sungguh tunggang langgang bila aku sorang2 kena jaga aleesya + kena masak sendiri dan curi2 masa nak makan, toilet dan berinternet.

    WAAAAA !!!!!!……

    • May 19, 2009 at 4:56 PM

      keh keh keh..~ ko letak la walkie talkie kat aleesya, ko msk la toilet @ mandi.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: