Home > Whatever > [E] Banyak nak cerita

[E] Banyak nak cerita

kawenJB

Lagi Lagi Kahwin

7 June 2009 – Kenduri kahwin Zuhrin & Ida di Kampung Cahaya Baru, Masai (rumah nenek Win). Terima kasih kepada semua penaja ^__^, semua yg merewang dan tak lupa kepada yang hadir ke majlis tersebut. letih 1 badan sebab kerja2 preparation sebelum majlis & kerja2 mengemas rumah selepas majlis x__x..

pasu

MakAyah bagi

9 June – Balik semula ke rumah di Serdang. Sampai di rumah pukul 3 pagi, ada hadiah! Mak Ayah belikan pasu yang ditanam dengan pokok pandan, kesum, kunyit & satu lagi pokok yang gagal aku kenali. Ada dua lagi anak pokok yang masih dalam plastik, kari dan limau purut. Dengan penuh semangat aku ajak Win pergi beli pasu untuk tanam anak pokok tu.

10 June – Win sepatutnya kerja hari ni tapi tak larat nak bangun. Jadi pagi tu kami ke klinik dan dapatkan MC.

ida: Oh, awak tak larat nak jalan-jalan ek~ saya nak ajak gi beli barang dapur. Ingat nak ajak gi IKEA, pastu beli barang dapur kat Tesco. Takpe lah kalau tak larat, gi Giant je.

win: …. (diam dan terus memandu)

ida: …. (diam. dah selalu kena macam ni) …

(simpang ke Giant Kinrara dah lepas)

ida: Eh? Exit Giant dah lepas lah! Awak.. nak pergi IKEA?? yeah hey~

win: (diam dan terus memandu)

Sampai di IKEA, kami jalan2 tengok barang. Barang dan layout masih sama seperti kami pergi tahun lepas. Cuma bezanya sekarang, kalau membeli barang, kena bayar extra untuk kos plastik letak barang. Kalau plastik kecil, kena bayar 10sen dan besar 20 sen. Beg guni saiz besar IKEA dijual dengan harga Rm1.90 setiap satu dengan harapan pengguna kurang menggunakan plastik, orang putih kata “Go Green”.

Aku rasa cara ni efektif, aku suka. Walaupun beg IKEA tu kurang cantik dan tak bergaya, namun aku beli juga sebab lain kali beli barang aku boleh guna lagi. Di IKEA, tak boleh bayar guna Bankcard, yang itu aku tak suka.

Categories: Whatever
  1. Evil Sista
    June 12, 2009 at 10:39 AM

    Apa beli kat IKEA? tak tunjuk gambo pun…

    Hahahahahaha

    • June 12, 2009 at 10:40 AM

      ada dah tangkap gamba barang beli kat ikea. tapi segan nak tunjuk. hahahaha~ beli cadar itam puteh, jag memasak, besen tapis, landry bag. keh3

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: