Home > Whatever > [E] Seronoknya balik kampung

[E] Seronoknya balik kampung

durian_rambutan

deghoyan & rambutan yg Ma bagi

Sabtu: Ke Chemor, Perak. Sampai di Tesco Ipoh, beli barang dapur untuk mak masak hujung minggu ni – takkanlah pandai suruh Mak masak & makan je, kenalah sponsor. Dalam perjalanan ke Chemor, kami singgah beli mee rebus di Mee Rebus Ramli. Mak & ayah memang suka mee rebus ni, Win pun suka.

Ahad: Sarapan pagi, mak masak rendang pedas ayam & nasi dagang – guna beras nasi dagang yang makcik Win bagi. Mmm, sedap! Makan tengah hari, mak masak bihun sup ayam. Aku makan 2 mangkuk bihun sup yang super duper sedap. Petang tu kami gerak ke kampung di Kuala Kangsar, mak nak kemas rumah. Kat kampung, makcik panggil makan home made Laksa Kuala Kangsar – my all time feberet. Makan laksa 3 mangkuk. Total, 5 mangkuk makanan dalam perut.

Isnin: Pergi ke pejabat agama Kuala Kangsar untuk mohon kad nikah. Rupa-rupanya sekejap saje urusannya, tak payahlah suruh pemohon yang hantar borang sendiri. Haih~ Lepas tu Ma (makcik) ajak ke rumahnya ambil durian & rambutan. Aku pun panjatlah pokok rambutan, konon-konon nak tolong kaitkan buahnye – dulu mase kecik-kecik selalu panjat pokok. Tapi disebabkan berat badan dah 50kg, aku takut dahan pokok tak boleh tampung berat aku – gedebub jatuh nanti satu sen tak gune. Cuma panjat bahagian pokok yang teguh je, tak adventure langsung. Haihh~ Kami bawa balik 5 biji durian dan 2 plastik beg rambutan. Sape nak tolong makan kan???

Makan tengah hari kat kampung memang bes. Makcik-makcik masak ikan plotan gulai tempoyak, gulai pucuk paku (i like~), jantung rebus cicah sambal belacan, udang bercili dan asam pedas ikan plotan (kena masak lauk ni sebab Win tak gemor makan gulai tempoyak. Haih, dah kawen dengan orang perak, kenalah makan tempoyak😛 )

Lepas makan malam, kami pun bergerak pulang ke Serdang. Hmmm, seronoknya balik kampung!

Categories: Whatever
  1. July 28, 2009 at 8:43 AM

    – x leh lwn mi rebus zz, hehehe..
    – yelatu.. ckp pandai. ade org kuala kangsar sorg tu pun x mkn tempoyak gak~

  2. July 28, 2009 at 8:52 AM

    – memang la x bole lawan mee rebus ZZ~ yg tu ade gearbox.
    – eh? saya usaha jugak makan gulai tempoyak tu, sket je la tp.

  3. ijalida
    July 29, 2009 at 12:50 PM

    la.. tk bwk sini ke.? bagi la kita orang jamah skit..

    • July 29, 2009 at 12:51 PM

      bawak balik deghoyan + rambutan. tapi Win xnak bawa ke opis. huhu

    • July 29, 2009 at 5:11 PM

      sori la… durian dh abis.. bw blk sket je, hehe..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: