Home > Whatever > [E] Kenapa orang lain boleh belanja besar?

[E] Kenapa orang lain boleh belanja besar?

Kawan-kawan di pejabat aku selalu makan di luar. McD-lah, Subway-lah, Old Town-lah, KFC-lah. Ada jugak ajak aku keluar makan, tapi aku cakap “Ada bawa bekal. Makan kat pantry je.” Dalam hati aku, Kayanya diorang ni~ tiap hari makan luar. Gaji diorang ni mesti banyak gile, sampai tak sempat nak dihabiskan sebelum hujung bulan agaknya. Aku perhatikan, ada beberapa sebab kenapa diorang boleh belanja sesuka hati.

  • Tinggal dengan mak bapak / kakak / makcik.
    • Patutlah~ tak perlu bayar sewa rumah & bil.
  • Makan tanggung, kelambu gantung
    • Balik dari kerja, makanan dah disediakan. Tak payah belanja makan malam lagi. Lepas makan, boleh terus tidur. Mak yang sediakan bekal untuk diorang bawa ke pejabat pun ada.
  • Installment kereta bayar sikit @ dah habis bayar.
    • Ada sesetengah yang dah habis bayar installment kereta. Ada yang mak bapak sponsor bayar deposit kereta RM20,000! So installment kereta dia cuma perlu di bayar dalam 2-3 tahun @ bayar sikit aje lah. Agaknya, ada yang mak bapak bayarkan installment kereta. Memang anak bertuah.
  • Tinggal berhampiran tempat kerja, tak perlu bayar tol.
    • Kebanyakan diorang ni orang yang tinggal berhampiran KL. Dekat nak ulang-alik pergi kerja.
  • Tak kahwin lagi.
    • Kan aku pernah cerita, yang kebanyakan kawan kat pejabat ni tak kahwin lagi? So diorang tak ada komitmen lagi, boleh belanja duit gaji sesuka hati.

Diorang cerita yang diorang bagi mak bapak duit tiap bulan untuk belanja rumah – bagus juga diorang ni. Sekurang-kurangnya diorang contribute juga tuk kurangkan beban mak bapak. Aku tahu, di kalangan kawan-kawan aku ni tak ada yang jenis biawak hidup – makan dan tidur percuma.

Categories: Whatever
  1. andy
    July 31, 2009 at 10:13 AM

    cube tanye diorg dah bayar PTPTN ke blom~
    senarai blacklist dah boleh disemak~~

    • July 31, 2009 at 10:21 AM

      cube tanye penulis entry ni.. hehehe

    • July 31, 2009 at 12:14 PM

      oh, sorang drpd diorang ni x pat PTPTN – stadi gune duit mak bapak @ kakak.
      ade yg dpt PTPTN, tapi tak perlu bayar – grad First Class.
      ada yg dpt PTPTN dan kena bayar balik – mungkin diorang bayar la kot. haha

  2. Iz
    August 3, 2009 at 7:10 AM

    x pe edot.. baik kate miley cyrus.. ITS THE CLIMBBBBB.. hehe.. org2 mcm kite ni lagi appreciate ape yg kite ade.. aku rase la.. kot..

    • August 3, 2009 at 11:04 AM

      betol3! belajar berdikari

  3. jep
    August 3, 2009 at 1:18 PM

    Kalau hari² makan tempat mahal boleh mati kering..kalau sebulan skali okla.Kita serupala edot.

    • August 3, 2009 at 3:44 PM

      dasat diorang ni, tiap hari makan mahal.

  4. Haru-chan aka Hariz
    August 7, 2009 at 7:29 PM

    Kaye btol la tu…~

    • August 8, 2009 at 10:05 PM

      tapi gaji abah lagi besar la, abah lagi kaye. haha

  5. August 11, 2009 at 1:25 PM

    confius lah
    betul ke
    bila tak kawin lagi
    boleh belanja duit gaji sesuka hati
    hmm
    aku tak kawin lagi
    tak de pun belanja duit gaji sesuka hati

    • August 11, 2009 at 1:37 PM

      haha, tu kes kawan2 aku kat opis jek. aku tataula kes orang lain. hahahaha.

  6. August 11, 2009 at 2:17 PM

    haha
    cover lah tu🙂

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: