Home > Jalan-Jalan > [E] Port Dickson & Blue Lagoon

[E] Port Dickson & Blue Lagoon

Boleh nampak pantai dari balkoni bilik

Boleh nampak pantai dari balkoni bilik

Bercuti di Port Dickson! Yeay~ kami tempah satu studio room di Bayu Beach Resort melalui Marimari.com. Tempahan diproses sangat cepat, lain kali boleh tempah hotel guna Marimari.com lagi!

Pemandangan pantai dari bilik yang kami dapat memang cantik. Dapat dengar bunyi ombak dengan jelas dari bilik. Kami sangat agak suka dapat studioroom ini. Ada TV yang tak ada alat kawalan jauh, katil yang comforter-nya tak berbalut, sinki di bilik air yang dah buruk, tandas yang tak ada pili basuh punggung, tab mandi yang berwarna biru sebab agaknya pihak hotel malas nak sental.

Betul apa yang orang kata tentang hotel ini, pemandangan bilik memang cantik, tapi bilik tak berapa nak cantik. Servis di kaunter check-in pun tak berapa nak elok, tak ramah tetamu. Mandi di kolam pula kena pakai swimming suit, huh~ *nak tengok orang perempuan seksi la tu*.

Matahari terbenam, Pantai Batu 11

Matahari terbenam, Pantai Batu 4

Lepas check-in, kami pergi ke pasar malam di Pantai Batu 4. Beli ayam percik, apam balik, air tebu dan kelapa. Kami nikmati minum petang di tepi pantai Batu 4 sambil melihat matahari terbenam. Cantik.

Nite view..

Midnite view..

Balik ke hotel lepas dinner di restoran seafood D’Princess (sebelah Petronas Batu 4) & beli buah di pasar malam.. lepak tengok tv di bilik sampai midnite. Ramai juga makhluk di pantai tengah2 malam ni.. walaupun takde lampu, tapi suasana agak terang sebab full moon.

dgn_kawan

Berkelah dengan kawan di Tanjung Biru, PD

Keesokan paginya kami check-out dari hotel dan berkelah dengan kawan-kawan @ ex-officemate Win di Blue Lagoon, PD. Kami mandi laut. Badan kami gatal-gatal lepas mandi, sebab air laut yang kotor (bukan sampah, tp serbuk2 hitam dari kulit pokok kot). Kulit pun jadi gelap, orang putih kata sunburn.

Lepas berkelah, kami singgah di Pantai 1 Teluk Kemang (saje nak tengok2 keadaan) & kemudian bersantai lagi kat Pantai Batu 4 sampai petang. Sebelum balik, kami makan kuey tiow goreng dan kerang rebus dulu di tapak pasar malam. Selesai makan, kami pun pulang dengan kaki yang penat & hati yang gembira.

PS: gambo2 lain ade kat sini.

Categories: Jalan-Jalan
  1. imran
    August 10, 2009 at 8:48 PM

    seronotnye kalau dpt bercuti di tepi pantai..

    • August 11, 2009 at 7:42 AM

      lagi seronot kalo dapat pegi pantai yang airnya jernih, biru kehijauan macam kat Pulau Redang @ Lang Tengah. Jom pergi bercuti!!

      • August 11, 2009 at 1:22 PM

        g pulau redang lak pas raya

      • August 11, 2009 at 1:35 PM

        haha, kene cari pakej murah baru leh plan nk pegi

      • imran
        August 12, 2009 at 12:21 AM

        jom

  2. August 12, 2009 at 11:13 AM

    hoih, kene apply cuti, book hotel, book flight.. atau nek bas? amik pakej? banyak tol nak kene pikir.

  3. Hani
    August 18, 2009 at 9:17 PM

    jelesnyer .. xpe .. nanti cuti deepavali ani pegi lawatan ke Kuala Terengganu .. haha ..

    • August 19, 2009 at 1:31 PM

      haha~ selamat berjalan!

  4. PD BEACH BOY
    November 6, 2010 at 9:17 PM

    datang Tanjung Biru, g singgah tengok batu karang area2 tiara. Tanjung biru ke arah tanjung tuan air biru nampak dalam. Best time air tenang. biru

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: