Home > Whatever > [E] Kakak

[E] Kakak

Lebih kurang enam tahun dulu ketika kami belajar di UTM KL, aku ajak Win gunting rambutnya yang dah agak panjang di kedai gunting rambut dekat pasar Kg Dato’ Keramat. Dah selesai Win gunting rambut, aku bayarkan duit upah kat abang gunting rambut tu.

“Berapa..?” Aku sengaja tanya.

“8 ringgit.” Jawabnya ringkas. Aku hulurkan sekeping not berwarna merah, RM10. Senyum sikit kat abang tu.

“Bawa adik gunting rambut ek?” soalnya sambil menunjuk ke arah Win yang tengah asyik membelek rambutnya yang dipotong terlalu pendek. Nampak kulit kepala.

“Hah? Err, hmmm…” aku tak tahu nak jawab apa.

Pada masa yang sama, aku tengok cermin besar di kedai gunting tu. Aku? Bawa adik? Aku nampak lebih tua dari Win?? Cis.

Baru-baru ini di kedai cermin mata, aku tunggu di luar sementara Win pergi periksa mata di dalam bilik-gelap-yang-ada-huruf-bermacam-saiz. Jurujual tu minta aku isikan borang dan bayar deposit cermin mata, tapi aku tak cukup wang tunai.

“Erm, tolong cakap pada dia saya pergi ATM. Keluar duit.”

“OK.”

… Aku datang semula ke kedai dan bayar deposit.

“Tadi orang tu (jurujual) kata – ‘Kakak sudah pergi ATM.'” kata Win yang sedikit ketawa.

Hah?? Kakak?” hummph! gerammmm!

ps: Adakah aku nampak lebih tua kalau pakai tudung dan berjalan sebelah Win? Malam ni nak toreh muka Win dengan pisau. Heh heh heh

Categories: Whatever
  1. Evil Sista
    August 12, 2009 at 1:49 PM

    WAKAKAKAKAKAKAKA.. *gelak guling-guling*

    • August 12, 2009 at 1:51 PM

      chehhhhhh~

  2. August 12, 2009 at 6:16 PM

    tahniah diucapkan

    • August 12, 2009 at 6:21 PM

      tahniah.. sebab?😛

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: