Home > Whatever > [E] Rutin Bulan Puasa

[E] Rutin Bulan Puasa

Hari pertama berpuasa, kami berbuka di rumah makcik Win di B.B.Bangi. Cik Ana masak soto ayam & roti John. Saya suka!

Hari kedua berbuka di rumah sendiri. Masak Ayam Burma kesukaan Win & sup sayur saja. Masak terlalu banyak, bagi jiran sebelah rumah sikit. Masih banyak lauknya, kami makan lauk yang sama pada hari yang berikutnya. Memang selalu macam tu, nasib baik Win jenis tak kisah.😛

Semalam Win demam. Sebenarnya dah demam sejak Ahad tapi semua klinik berhampiran tutup. Win dapat MC semalam, jadi aku Cuti Kecemasan (Emergency Leave) sehari untuk ‘jaga’ Win kat rumah dan tunggu kalau-kalau aku pun demam sama.

Tapi hari ini aku tak demam, maka kena pergi kerja, Win masih bercuti sakit. Balik kerja pukul 5.30 petang nanti nak masak sambal sotong & sayur kangkung. Harap2 sempat siap masak sebelum berbuka. Takut jalan raya sesak nanti lambat sampai di rumah.

ps:

  • korang pernah cuba masak 2 jenis lauk dan nasi selepas balik kerja?
  • lepas masak, siapkan meja makan kemudian basuh pinggan, kemas meja makan?
  • pernah cuba bangun sediakan sahur pukul 4 pagi?
  • lepas sahur basuh pinggan?
  • lepas subuh, rehat dan kemudian bersiap pergi kerja?
  • kerja dari 9 pg hingga 530 petang?
  • dan ulang perkara yang sama setiap hari?
  • cuba bayangkan kalau ada anak kecil?
  • cuba bayangkan tak ada orang gaji yang akan bantu buat semua kerja ini?

kalau pernah buat SEMUA ini, kita sama-lah! caya lahhh!

Categories: Whatever
  1. ila
    August 25, 2009 at 2:20 PM

    edotz…samalah kita heheheh..biasalah klu dah bergelar isteri…tp ko still maintain lagi blom berbadan 2..klu dah mcm aku…lotih gak…nak ngusung perut lagi. hekhekehk

  2. Evil Sista
    August 25, 2009 at 3:00 PM

    – pernah. Ayam goreng kunyit ngan sup sawi.
    – biasa. Periuk kuali pun aku kena basuh. Yang tak abis pun aku kena abiskan..
    – penah. Tambah2 dah takde microwave nih, kena pakai dapo manual. Pinjam microwave ko weh..
    – setiap kali lepas mkn mesti la basuh pinggan. Dah le makan kena amik turn, sorang makan, sorang jaga E-cha. Tak bley 2-2 makan serentak.
    – Ye, tambah lagi kena siapkan baju untuk 3 orang, kena siapkan 2 orang.
    – Aku keje 9am-6pm. Tapi bulan puasa aku cabut kul 5pm. Amik E-cha.
    – Ulang Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat je. Sabtu ngan Ahad, tak sama.
    – Tak payah bayang… memang ada. Payah woo… hati bengkek je rasa.. Hari2 makan ati.
    – Memang tak de orang gaji, dan rasa mcm robot.

    Eh mana sama…. ko berdua.. bleh enjoy lagi ma… kekekekeke

  3. August 25, 2009 at 8:30 PM

    haa~ kalo same cam aku caya-lah! kalau kena kerja lebih dari aku pon kira cayalah! superwoman!!

  4. Honey Yana
    August 25, 2009 at 10:10 PM

    Abg Win Puase x ?

    • August 26, 2009 at 8:35 AM

      puase la..

  5. August 26, 2009 at 10:28 AM

    hani puasa penuh ke? ade ponteng?

    • Honey Yana
      August 26, 2009 at 9:09 PM

      its secret .. nanti kat KL tau lah .. heheSH !

      • August 27, 2009 at 8:58 AM

        bile dtg kl? sume pegi ke?

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: