Home > Whatever > [E] Bulan puasa zaman kecil-kecil dahulu

[E] Bulan puasa zaman kecil-kecil dahulu

Puasa yang-yok – tak ada orang nampak, buka tudung periuk.

  • Dulu masa sekolah rendah, pantang tinggal berseorangan kat rumah mesti aku curi-curi makan😛 Mak aku tahu. “Kamu makan ek masa mak tak ada kat rumah?”, Mak goncang-goncang kotak Cornflakes yang dah tinggal separuh isinya. “MANA adaaaa!”, laju je aku jawab. Tak mahu mengaku sebab takut kena marah. Mesti sakit kalau kena tibai nanti.

Liat nak bangun sahur

  • Tiap kali bangun sahur mesti menangis. Sebab apa aku nangis entahlah. Malas nak bangun kot. Sampai satu hari agaknya Ayah dah bengang sangat sebab aku menangis tak pasal2, kenalah aku sebijik penangan. Terus diam. Lepas hari itu, aku tak berani nangis bila kena bangun sahur lagi.

Main Polis-sentri di kampung sewaktu selepas sembahyang Terawih

  • Polis-sentri, want to jaga. Polis mati, pencuri jaga! Main kejar-kejar antara polis & pencuri di waktu malam gelap. Geng pencuri akan disuruh lari, nanti kejap lagi polis kejar. Kalau kena tangkap, masuk penjara-buatan-sendiri. Kalau ada geng pencuri dapat sep (sentuh) salah seorang dari pencuri dalam penjara, pencuri tu boleh lari keluar!
  • Pernah sekali aku geng pencuri, menyorok & meniarap dalam rimbunan pokok pandan. Terdengar ada orang bercakap-cakap, “Polis!”, aku bisik kat kawan yang meniarap di depan aku. “Shhhh-diamlah!”, pencuri lagi satu marah. Tiba-tiba ‘polis’ tu baling mercun papan betul-betul tempat kami meniarap. POP PROP POP POMMM! Aku ketap gigi kuat-kuat supaya tak menjerit, sambil cakap dalam hati “Janganlah rambut aku terbakar kena mercun ni” Bila ‘polis’ tu tengok tak ada respon, dia pun blah. – Huh, lega. Selamat.
Categories: Whatever
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: