Home > Techdirt, Tips > [E] Tukar pakej jalur lebar

[E] Tukar pakej jalur lebar

Pakej baru

Pakej promosi PC Fair sehingga 31 Ogos 2009.

promosi baru (ganti nama je) maxis dari 1 sept 09 - 31 nov 09

Pakej promosi (lebih kurang je) dari 1 Sept 2009 - 15 Nov 2009

Kami baru sahaja menukar pakej jalur lebar Maxis kepada yang lebih murah tetapi dengan kadar kuota transaksi data yang sama, iaitu pakej modem USB baharu (lihat kotak hijau pada gambar).

Kenapa tukar pakej/modem?

Bil bulanan bagi pakej modem yang lama (modem USB gemuk) ialah RM138 sebulan manakala pakej yang baru ini cuma RM88 sebulan. Jimat RM50, bukan? Jika anda merupakan pengguna pelan pasca-bayar maxis, anda akan mendapat sebanyak RM10 lagi rebat.

Bagi bil jalur lebar di rumah, saya boleh tuntut (claim) RM50 dari pejabat tempat kerja, jadi kami cuma bayar RM38 untuk internet di rumah. ^__^

Kenapa guna modem USB?

  • Kami tinggal di rumah sewa yang tiada talian telefon, jadi tak dapat guna Streamyx.
  • Modem USB lebih mudah di bawa ke mana-mana terutamanya ketika pulang ke kampung (tapi di kampung saya tak ada liputan 3G -__-! )
  • Kalau capaian sesetengah laman web disekat di pejabat contohnya Facebook @ laman blog, bolehlah bawa modem sendiri dan buka laman tersebut secara senyap-senyap.

Mungkin ramai yang fikir, “Kalau guna modem USB, cuma satu pengguna sahaja yang boleh menggunakannya pada satu masa.”

Tapi kini caranya ada! Bagi penggunaan lebih dari satu pengguna dalam satu masa, kini kita boleh mendapatkan router yang menyokong modem jalur lebar 3G dari kedai-kedai di LowYat dengan harga RM199 – Rm249 setiap satu. (Kami dah jumpa router ini tapi tak beli sebab tak perlu.)

ps: Sila tekan di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang router ini.

hw550-3g

4-Port Wireless-N Router plus HSDPA Support for 3G Mobile Broadband

Categories: Techdirt, Tips
  1. September 16, 2009 at 10:40 AM

    nak tanya. broadband mobile yang guna USB modem tu reliable tak?

  2. September 16, 2009 at 10:47 AM

    bergantung kpd provider, lokasi dan kadar penggunaan (donlod + aplod).

    tak la se-reliable internet berwayar, tp pada kami.. ok lah.

  3. September 16, 2009 at 11:55 AM

    utk wireless broadband, reliability mmg byk depends on location.. kalo area kite gune tu under coverage, tp jauh sgt dgn access point (comm. tower) pun x bagus jugak.. sebab signal tak kuat.

    & kalo area tu xde 3G/HSDPA.. modem tu akan try gune EDGE/GPRS. maksudnye.. slow gile la.

    setakat ni kami guna ok je.. cume awal tahun aritu ade connection problem kat area rumah. 1 minggu lebih xdapat connect.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: