Home > Recipe > [E] Resepi yang aku mudah lupa

[E] Resepi yang aku mudah lupa

Rendang Pedas Ayam

Blend:

  • cili kering (dah direbus)
  • bawang besar
  • bawang putih
  • halia
  • lengkuas
  • kunyit idop
  • serai

Masukkan daun kunyit yang dicarik-carik dan kerisik.

Masak bahan blend dengan ayam dan santan sampai kering, jgn kacau banyak sangat takut ayam hancor.

Pandai-pandailah bajet garam + serbuk perasa.

Gulai lemak ayam cili padi

Blend:

  • cili padi 10-13bijik
  • bawang besar
  • bawang putih
  • kunyit idop
  • halia

Masak ayam, kentang dipotong dadu & bahan kisar dengan sedikit air sehingga ayam & kentang lembut.

Masukkan santan, serai yang diketuk, daun kunyit yang dicarik-carik dan tambah garam & serbuk perasa.

Laksa Perak

Blend:

  • bawang besar
  • belacan
  • cili kering (dah direbus)

Rebus:

  • ikan sardin

Rebus ikan sardin.

Kuarkan ikan, masak bahan blend dalam air rebusan ikan tadi.

Masukkan bunga kantan, daun kesum, asam gelugor garam dan serbuk perasa.

Asingkan isi ikan dengan tulang, blend isi ikan dan masukkan dlm kuah laksa. Masak sehingga mendidih.

Rebus laksa, potong bawang, timun, cili, daun lettuce.

Asam Pedas Edot

Blend:

  • bawang besar
  • bawang putih
  • halia
  • kunyit idop
  • belacan
  • cili kering (dah direbus) @ cili boh

Ketuk serai dan tumis.

Tumis bahan blend. Masukkan asam jawa (bancuh dalam air) dan sedikit air untuk kuah.

Masukkan (ayam, ikan) dan masak. Tambah garam, gula dan serbuk perasa.

Masukkan daun kesum untuk lebih wangi.

Paprik

Tumis serai dan bawang putih yang diketuk.

Masukkan ayam (potong kecik2)/sotong/udang.

Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram, tutup kuali sehingga ayam/sotong/udang masak.

Masukkan bunga kobis, carrot, kacang pis.

Masukkan garam & serbuk perasa, daun limau purut.

Tutup api dan perah limau nipis.

Kurma Telor

Tumis bawang merah, bawang putih, halia dengan serbuk kurma (bancuh dgn air).

Masukkan santan dan telor rebos. Kalau nak masukkan kentang, tomato, carrot, cili merah pon bole.

Tambah garam + serbuk perasa.

Ayam Burma Mama Win

Blend:

  • bawang merah
  • bawang putih
  • halia
  • serai
  • cili merah 4-5 bijik

Tumis bahan blend dengan serbuk kari (bancuh dengan air).

Masukkan ayam potong kecil, kentang & carrot yang dipotong dadu dan sedikit air.

Tambah garam, gula dan serbuk perasa.

Categories: Recipe
  1. cikana
    September 5, 2009 at 4:57 PM

    nak tiru n try resipi mak ida..mintak halal tau.
    pastu tanya kali resipi udang gulai lemak ngan cendawan..apa lg eh..resipi lauk btunang la..pergh..teliok..

  2. September 6, 2009 at 10:12 AM

    huhu, ok ok ok~ try la. bila ida tepon mak tanye resepi mak cume ckp bhn tp bape byk nk letak tu pandai2 bajet pastu try and error.

    ok nnt ida tnye mak camne nk buat gulai lemak cendawan. plg bes gulai lemak pegaga & udang cili api. pegh, hingga menjilat pinggan~

    tp lupa nk pesan, kalo cili kering dlm resipi maknenye cili kering yg dh siap rebus la~

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: