Home > Whatever > [E] Patut ke tak patut

[E] Patut ke tak patut

September 11, 2009 Leave a comment Go to comments

Ada baca blog orang lain? Aku ada. Ada satu post di satu blog itu, penulis – budak perempuan berumur 19 tahun yang belajar di kolej dan tinggal di rumah ibu bapa – marahkan orang tuanya kerana tak benarkan dia keluar malam-malam lepak bersama kawan. Aku fikir, “Adik ni mesti tak pernah tinggal sendiri, berdikari. Kesian. Patutnya bersyukur sebab dapat tinggal dengan mak bapa. Aku dulu umur 19 tahun berdikari… (bla blah blaaah)”.

Tapi aku sedikit sokong pendapat adik tu bila dia kata dia darah muda. Ledakan hormon. Nak bersama dengan kawan-kawan. Kalau nak juga buat macam tu aku rasa, adik tu patut cuba:

  • Buat pinjaman pendidikan sendiri. Bayar kos pengajian guna duit pinjaman dan kos sara hidup yang lain, sendiri – jangan minta kat bapak.
  • Tinggal di rumah sewa. Nak keluar pukul berapa, nak balik pukul berapa atau tak nak balik langsung pun tak ada orang peduli.

Kalau boleh survive dengan RM2500 selama satu semester (6 bulan) untuk bayar yuran pengajian, kos sewa rumah selama 6 bulan, makan minum 6 bulan, beli tuala wanita tuk 6 bulan dan kos balik kampung beberapa kali dengan jumlah tu, barulah tahu langit ni tinggi ke rendah. Aku dulu, tinggal berhimpit-himpit dengan enam kawan yang lain dalam satu rumah sewa yang kecil dengan sewa RM700 sebulan, 3 bilik tidur dan 1 bilik air tau? Win lagi dahsyat, tinggal menyewa dengan hampir berbelas-belas kawan dalam satu rumah sewa.

ps: Adik, dah kira cukup beruntung kalau makan tanggung kelambu gantung. Kalau tinggal dengan mak bapak, ikut sajalah peraturan mak bapak.

Categories: Whatever
  1. September 11, 2009 at 10:41 AM

    “tinggal menyewa dengan hampir berbelas-belas kawan dalam satu rumah sewa”

    standard.. huhu..
    20 org kot. kalo xsilap la..

    • September 11, 2009 at 11:03 AM

      isk, isk kesian awak. sy rasa budak2 zmn skrg ni patut kene halau dari rumah mase umor 18 tahun pastu soh diorg tinggal kat rumah sewa, belajar berdikari. huhu~

      • September 11, 2009 at 11:38 AM

        rezeki masing2.. skolah tinggi2, so pandai2 la pikir.

        mude ke tue ke.. kalo ikut hati sgt pun smp bile pun x puas..

  2. huserk
    September 11, 2009 at 7:22 PM

    hmm suka lagi dok umah kot..syukurlah pada mreka yg dpt dok umah.. sewa umah mmg mcm2 kerenahh heee

    • September 12, 2009 at 5:16 AM

      tulah, patutnya bersyukur mak bapak nak bela depa kat rumah. xyah penin2 kepala nk pikir pasai sewa rumah ka, nak makan minum takdak duit ka.. kan Huserk? haih..

  3. huserk
    September 12, 2009 at 11:19 AM

    betui tuu.. dapat tuan umah yg byk kerenah baru tau… baru nak syukur mak ayah cuma minta balik awal je.. xyah payah2 nak pkiaq mcm2. ni family value kurang kot yg xreti nak dok umah. hehehh

    • September 12, 2009 at 4:24 PM

      baca dr blog dia, mak pak dia ok tapi tgh training dia jadi bdk pompuan baik2. huhu.. tuan rumah byk kerenah? bakar je umah die. hahahahaha

  4. September 16, 2009 at 10:35 AM

    dok rumah mak bapak best. tak payah bayar sewa. makan free. kalau mak rajin, perkhidmatan dobi pun disediakan. hehehe.

    plus, saya pun tak keluar malam sgt pun.

    • September 16, 2009 at 10:45 AM

      mmg la dok dgn mak best! mak msk sdp. mak tlg bsh baju. rugi betol sapa tak hargai dok dgn mak pak ni. kan?

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: