Home > Whatever > [E] Susahnya mendidik hati

[E] Susahnya mendidik hati

Bangun pagi:

Hati J: Malasnya nak bangun, mengantuklah. Nak tidur lagi. Biar Win je bangun,  pandai-pandailah dia bersiap nak gi keje…

Hati B: Mana boleh. Kesian Win. Siapa nak buatkan sarapan dia? Jom bangun, sekarang!

Win dah pergi kerja:

Hati J: Jom tidur balik. Masuk kerja pukul 12 kan? Sempat lagi kalau tidur ni. Pukul 11 nanti bangun.

Hati B: Hah? Habis tu malam ni Win balik kerja nak makan apa? Biskut? Nanti aku balik kerja pun lapar juga. Kena masak, sekarang!

Waktu nak pergi kerja:

Hati J: Malasnya nak pergi kerja. Tiap-tiap hari pergi kerja. Apa kata kita rehat je hari ini? Beritahu bos, kita sakit? MC?

Hati B: Yelah tu MC. Mana nak dapat MC kalau sihat walafiat macam ni? Nak bubuh air sabun kat mata? TAK NAK. Pedih. Jom pergi kerja, sekarang!

Di tempat kerja:

Hati J: Jom balik awal? Penatlah, dah nak pukul 7 ni. Bos bukan peduli pun kalau kita balik awal~

Hati B: Seganlah. Bos tadi sampai lagi awal dari kita. Tunggu eh, nanti pukul 6.50 kita balik. Haha~

Di jalan raya:

Hati J: Isk kereta depan ni. Jangan bagi dia potong barisan! Kita sampai sini dulu, kitalah patut jalan dulu.

Hati B: Ala, kita lepaskan kereta ni satu, bagi dia jalan dulu. Kesian, dia pun nak balik rumah jugak. Kalau kita kat tempat dia macam mana?

Categories: Whatever
  1. October 7, 2009 at 11:55 AM

    Memang kena dgn batang hidung sy la… hihi… Betul2… mmg susah nak didik hati ni!

    • October 7, 2009 at 11:57 AM

      huhu, memang itu yang terjadi tiap hari. nak ikot hati yang mana..~?

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: