Home > Whatever > [E] Lagi-lagi pasal kereta aku

[E] Lagi-lagi pasal kereta aku

Jam digital pemberian Win semasa harijadiku yang ke-24 menunjukkan 18:50. Aku dan beberapa staf TPM yang lain masih setia berdiri di tepi jalan depan bangunan pejabat kami untuk menunggu van yang membawa pekerja dari sini ke tempat meletak kereta.

Van pun sampai. Aku duduk di tempat penumpang, sebelah tempat pemandu.

Aku: Hai. (Senyum-senyum sambil kebil-kebil mata. Bukan kenyit, tau?)
Abang Driver: Baru balik kerja?
Aku: Yelah, takkan baru nak pergi kerja.
Abang Driver: Kamu ni kerja dari siang sampai dah nak malam. Duit gaji banyak-banyak tu kamu buat apa?
Aku: (Mana ada banyak? Cukup-cukup je.) Buat makan. Simpan.
Abang Driver: Makan? Tapi kamu tak gemuk pun. Banyak-banyak simpan duit pun buat apa? Belilah kereta baru.
Aku: (Hati terguris..) Alah, pakai kereta yang sekarang ni pun boleh pergi kerja.
Abang Driver: Haha.

ps: Abang driver van tu dah kenal kereta kancil aku yang mana di tempat letak kereta. Tak perlu bagitahu dia kat mana nak turunkan aku, dia sudah tahu.

Categories: Whatever
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: