Home > Whatever > [E] Segan

[E] Segan

Ramai kawan tanya, “Edot bila nak buat rumah terbuka?”.

Aduhai kawan, macam mana nak buat rumah terbuka? Aku segan.

Aku segan, aku tinggal di rumah pangsa kos rendah tingkat 5, atas angin. Tak ada lif.

Aku segan, nak ajak ramai-ramai kawan makan di rumah sempit ni.

Aku segan, yang mungkin datang tu orang yang bercitarasa tinggi & tak biasa dengan cara hidup orang biasa-biasa macam aku ni.

Aku segan, masakan aku tak kena dengan selera tetamu yang datang. Budak baru belajar memasak-lah katakan.

Aku segan, pinggan mangkuk di rumah aku tak banyak. Pinggan mangkuk melamine banyaklah.

Nantilah bila aku dah pandai masak, pinggan mangkuk pun banyak, rumah atas tanah dan bersedia nak jemput kawan-kawan datang makan di rumah.. bolehlah aku war-warkan jemputan di Fesbuk. Tunggu ya?

Categories: Whatever
  1. October 8, 2009 at 9:26 PM

    Ala edot, apa nak disegan…. tak payah pakai pinggan kat umah ko pn takpe..beli jek pinggan kertas. Kalau tak pandai masak, nak ajak kitaorang masak2 kat umah ko pn takpe..tak pun, kitaorg bwk makanan yg dah siap..leh makan reramai…sonokkkk.

    ala umah smpit tak jadi masalah la…insyaAllah ada ruang tuk semua..

    PS:kalau buat open house, jangan lupa jemput eh edot;)

    • October 9, 2009 at 7:37 AM

      haha, ok jugak idea ko tu Fida. kalo geng mcm yg g umah fakhzan tu dtg mkn2.. syok gak eh~ tengoklah nanti camane. Kami pertimbangkan lagi

  2. apis
    October 9, 2009 at 3:03 PM

    Edot bila nak buat rumah terbuka?

    hehhhehehehheee

    • October 9, 2009 at 3:27 PM

      kalo ade jemputan, ada lah tu~

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: