Home > Whatever > [E] Kenapa awak kahwin dengan saya?

[E] Kenapa awak kahwin dengan saya?

pucca_garu
Aku sedang melahu. Win sedang melahu.

Aku: B, kenapa awak kahwin dengan saya?
Win: Sebab awak busuk.
Aku: *piapp piapp piapp*(Tampar-tampar lengan secara manja, ok?) Awak…!

Ya, aku tahu Win melawak.

Pernah tak korang tanya pasangan korang soalan yang sama?
Kalau belum kahwin, pernah tanya soalan “Kenapa awak pilih saya?”.
Kalau belum ada pasangan, pernah fikir ciri-ciri apa yang kamu cari untuk jadi pasangan kamu?

Dan ada yang tanya, berapa lama aku berkawan dengan Win sebelum kami kahwin. Bila aku jawab 7 tahun, soalan seterusnya pasti “Tak bosan kah? 7 tahun!!”
Kalau 7 tahun dah bosan, agak-agak mampu tak nak hidup lagi berpuluh-puluh tahun selepas kahwin? Tapi kalau tanya pasal kerja, setahun pun dah boleh bosan, kan? Haha.

Bolehkah pasangan yang tak kongsi nilai yang sama bersama? Soalan ni idea dari blog ini. Pada pendapat aku, “It’s possible, but it’s hard.” atau “It’s hard, but it’s possible.” Yang mana satu? Mana-mana sajalah.

Edot rasa bercakap itu penting jadi banyak bercakap, tapi Win pula rasa bercakap cuma yang penting-penting sahaja jadi dia kurang bercakap. Dua perkara yang berbeza, bukan? Bayangkanlah kalau dua-dua jenis bercakap tak henti-henti @ dua-dua jenis kurang bercakap, adakah ini hubungan yang sihat? Cewah, bunyi macam penceramah motivasi pula.

Edot jenis yang asyik nak cepat sahaja, tapi Win jenis yang cool sahaja.

Edot jenis yang cepat marah, tapi Win jenis yang tak pernah marah-marah.

Edot bersifat Sanguine, Win bersifat phlegmatic & melancholy. Dua dunia yang berbeza.

Edot cerah, Win gelap. Eh silap, ini tajuk lain. Win gelap sebab berpanas naik moto. Haha.

Kesimpulannya, walaupun tak berkongsi nilai yang sama tapi kalau ada keinginan nak bersama yang kuat, insyaAllah boleh.

Apa yang aku merepek ni? Ok. Cukuplah mengarut. Sekian, terima kasih.

Categories: Whatever
  1. October 9, 2009 at 8:56 PM

    aku suka kesimpulan itu~ perbezaan itu yang melengkapkan kamu berdua, atas nama companion~

    • October 9, 2009 at 10:16 PM

      haha, selalunya karangan kesimpulan aku kat sekolah selalu kena banned dgn cikgu sebab die kate tak relevan.

      tapi kali ini ada org suka kesimpulan aku? wah, bangganya! tenkiu2

  2. apis
    October 12, 2009 at 10:47 AM

    psssttt… aku na pinjam kesimpulan ko tu.. na letak kt status fb.. ley? sbb arini aku sgt2 seperti pe yg dlm kesimpulan tu~

  3. apis
    October 12, 2009 at 10:49 AM

    tp na edit sket jek~

    • October 12, 2009 at 12:23 PM

      boleh boleh no hal. aku tak copyright pon. haha

  4. fiza
    October 12, 2009 at 5:42 PM

    Mohon link🙂

    • October 12, 2009 at 5:45 PM

      Hi Fiza. ok no prob. tapi di mana link kamu? huhu~

  5. October 13, 2009 at 11:24 PM

    Hi W.E…thanks for the permission🙂

    Thanks,
    Fiza

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: