Home > Whatever > [E] Misi Masak-masak

[E] Misi Masak-masak

cook
Pagi-pagi Sabtu bangun tidur, terus rebus nasi himpit. Malam sabtu kami ajak jiran makan soto dan rendang di rumah nak menunjuk meja makan baru sempena hari raya (dah banyak tahun tinggal dengan jiran tak pernah pun jemput jiran makan di rumah).

Misi memasak Rendang pedas ayam resepi emak, boleh dikatakan berjaya. Telefon emak.

Edot: Mak, rendang dah jadi, rasanya marveles macam mak selalu buat!
Mak: Yeke~
Edot: Tapikan mak, rendang tu ada ‘rambut-rambut’ lah. Agaknya serai..
Mak: Kamu tak potong serai halus-halus ke sebelum masuk dalam blender?
Edot: Tak, ingatkan blender tu hebat~
Mak: Tulah kamu, mak buat kerja kat dapur kamu tak pernah tengok.
Edot: (Aih? Mak yang selalu manjakan anak-anak dia. Tak sempat nak tolong, mak dah siap masak.) Alah, mak ni..

Dahlah potong daun kunyit pun kasar-kasar.. haih. Kesimpulannya, banyak kesilapan teknikal telah berlaku untuk rendang.

Goreng burgerdale (reka nama tuk begedil) yang Win tolong lenyekkan kentang bersama daging burger Ramly sambil dia surfing internet. Burgerdale hancur dalam minyak. Kaget. Telefon mak.

Edot: Mak! Bergedil ni hancur masa goreng! Macam mana nak buat?
Mak: Mana mak tahu! Kamu letak apa? Mak selalu buat OK je. Tulah kamu tak tengok macam mana mak buat.
Edot: Kentang dengan daging burger lah.
Mak: Terlebih kentang kot. Cuba tambah daging burger lagi. Test sikit dulu.
Edot: Ok.

Bergedil yang tak hancur akhirnya berjaya dihasilkan. Terima kasih, mak. Bila waktu makan, tetamu tanya, “Siapa buat bergedil?”. “Win!!”, cepat-cepat tunjuk kepada Win sebab ingatkan orang nak tahu siapa yang buat bergedil yang rupanya hodoh tu. “Oh, Win yang buat rupanya. Umm, sedap! Boleh aku bungkus bawa balik?” Cis, kalau aku jawab aku yang masak, adakah respon-nya juga begitu? T_T

ps: Sungguh mencabar. Lain kali nak buat makan-makan nak ajak mak datang rumah, tolong sekali. Sila jangan tiru aksi ini, jenis anak derhaka – buli mak sendiri suruh buat kerja, diri sendiri senang lenang.

Categories: Whatever
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: