Home > Whatever > [E] Kisah pukul 10 malam

[E] Kisah pukul 10 malam

img3

Win: *cuit cuit* Nak air panas… (bercakap dengan nada lembut sambil buat muka mengharap)
Edot: *baru je melabuhkan punggung ke sofa untuk menonton drama tv* Haih, awak ni.. Saya tengok Abg Emi – biras Edot – tu buat air panas tak payah suruh kakak awak buatkan pon. Pandai je dia masak air panas dan buat air nescafe sendiri.

Muncungkan mulut lalu bangun dari sofa & tekan suis pada cerek pemanas air. Sekarang rasa sangat menyesal sebab masa tu tak ikhlas buatkan air untuk Win, kalau ikhlas insyaAllah dapat pahala. -__-

Kadang-kadang lepas balik kerja rasa sangat penat sampai nak mandi pun tak larat rasa nak lepak depan tv sampai tertidur pastu nak berlakon tidur sampai Win dukung angkat masuk bilik (ceh, padahal memang tiap hari malas & bangun sendiri masuk bilik.) Sebab tu kadang-kadang terkasar bahasa dengan Win. Win, tolong maafkan saya bila awak baca ini.

Malam esoknya, Win tak minta buatkan air panas. Dia bangun dan masak air panas dan bancuh Nescafe sendiri.

Edot rasa sangat bersalah dengan apa yang dia cakap pada malam sebelumnya bila Win tak minta bancuhkan air panas, cepat-cepat mengambil peket 3 in 1 Nescafe dari tangan Win dan bancuhkan air Nescafe tu. “Nah..” sambil hulurkan air Nescafe panas yang paling sedap sebab dah tambah kasih sayang masa kacau tadi.

ps: Sepatutnya aku bersyukur sebab Win bukan jenis yang layan aku macam orang gaji, contohnya menjerit “Hoi, dah 7 bulan kahwin pun tak faham-faham ke aku nak minum air pukul 10 malam? Pergi buat air Nescafe untuk aku, cepat!

pps: Kalau betul-betul dapat laki jenis ni, siap je air panas tu menggelegak mesti terus curahkan atas badan muka dia. *thee hee hee. senyum lebar*

Categories: Whatever
  1. ruru
    October 14, 2009 at 9:30 AM

    i think both of u are sweet couple. hihi.

    • October 14, 2009 at 1:11 PM

      keh3.. tenkiu2. sweet ke? *hins hins idong kembang kuncop*

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: