Home > Whatever > [E] Ade bende tumpang badan makcik

[E] Ade bende tumpang badan makcik

Tak tahulah kamu nak percaya atau tidak tentang benda yang aku nak cerita ni.

Kisahnya macam ni. Ada jiran yang agak rapat dan selalu bertegur sapa dengan Makcik Konah datang ke rumah.

Jiran: Makcik, saya ni dah lama nak bagitahu kat Makcik pasal benda ni. Tapi baru sekarang saya berani nak jumpa dan bagitahu kat Makcik. Macam ni, kami (dia dan anak-anak) nampak ada benda tumpang kat badan Makcik. Makcik selalu sakit-sakit badan, kan?
Makcik Konah: Adalah sakit-sakit belakang ni bila waktu malam. Kenapa..?
Jiran: Makcik datanglah ke rumah kami malam ni, biar kami buangkan benda yang tumpang badan Makcik tu.

Malamnya, Makcik Konah & suaminya pergi ke rumah jiran yang katanya nak buang benda yang melekat kat badan Makcik Konah.

Jiran: Makcik, jin dah pakaikan baju dia kat makcik, sebab tu makcik selalu rasa sakit-sakit badan. Kalau jin tu pakaikan stoking dia kat kaki makcik, makcik sakit kaki.
Makcik Konah: Yeke..
Jiran: *memulakan upacara membuang baju & stoking jin* Jin ni, kalau dia pakaikan ketayap dia kat kepala kita, nanti kita selalu sakit kepala. Kalau ada makanan & minuman yang tak tutup, nanti dia kencing atas tu. Janganlah sesekali tinggalkan makanan & minuman tak bertutup.

Upacara membuang benda yang menumpang badan Makcik Konah pun selesai. Makcik Konah memberi jirannya RM20 sebagai tanda terima kasih.

EdotMembebel: Cerita ini adalah kisah benar yang diceritakan oleh Mak. Ini adalah lakonan semula oleh watak-watak yang diubah namanya.

Categories: Whatever
  1. putrixue
    October 22, 2009 at 5:27 PM

    nak percaya, macam tak..
    kalau tak percaya, macam kena percaya..

    tapi memang ada orang yang hijabnya tidak tertutup sepenuhnya..orang-orang ini lah yang nampak benda ni semua..

    apa pun, ini semua perkara ghaib kan..
    kita cuma manusia biasa je.

    • October 22, 2009 at 6:49 PM

      huhu, betol3. tapi aku susah nak percaya lah masa mak aku cerita. malah aku persendakan pulak. tapi aku senyum jelah mase dengar cerita tu, kecik ati mak aku kang kalo aku gelak. huhu

      takotlah kalo bole nampak! aritu anak2 jiran yg “boleh nampak” tu tengok aku dengan pandangan yg sangat aneh, jgn die nampak bende tumpang kat badan aku sudahlah~

      • November 18, 2009 at 2:32 AM

        ahahaha, baek2..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: