Home > Whatever > [E] Budak kecil di kedai kek cawan

[E] Budak kecil di kedai kek cawan

nataliedee.com
Source: nataliedee.com

Jalan-jalan di pusat beli belah sementara mata melilau tengok sana sini & atas bawah bangunan sebab sangat jakun dan hanya pergi setahun dua kali kerana perjalanan dari rumah ke sana sangatlah sesak di waktu siang dan kalau nak pergi ke sana Win suruh bangun awal pagi sebab kalau lambat tak dapat parking kereta. Tiba-tiba terserempak dengan pasangan mak dan anak perempuannya yang aku teka umur baru 5-6 tahun sedang berdiri di satu gerai menjual kek cawan yang comel-comel.

“Mommy, do you want to buy the cupcakes for my birthday? Or do you want to buy them for your birthday? Your birthday is coming really soon, you know. It’s 30th of October!!”

Sungguh comel suaranya. Comel sebab ingat harijadi Mami dia juga. *Sekarang berangan mahu anak perempuan yang comel-dan-pandai-berkata-kata-tapi-tak-selalu-menangis-tak-tentu-pasal*

Betul orang tua-tua kata, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kalau dari usia yang muda dah pandai cakap bahasa Inggeris dengan tatabahasa yang betul, nanti dah besar senang nak temuduga untuk belajar di universiti luar negara atau temuduga kerja di syarikat antarabangsa. Zaman sekarang belajar di universiti tempatan pun dah guna bahasa Inggeris sebagai bahasa perantara di kelas, kan?

Tapi kalau setiap masa gunakan bahasa orang lain, bila masa nak belajar bahasa sendiri?

EdotMembebel: Nanti kalau dah ada anak sendiri fikirlah bahasa apa nak cakap. Bahasa Melayu? Inggeris? German? Jepun? Mandarin?

Categories: Whatever
  1. andy-kun
    October 27, 2009 at 10:09 AM

    ahah.. akak nak masukkan ipan kat tadika cina~~

    • October 27, 2009 at 12:24 PM

      jauh lagi tu nak masuk tadika! lagi 5 tahun. erk, masukkan dlm tadika yg middle language English, pastu masuk sekolah rendah Cina. haa~ amacam?

  2. November 18, 2009 at 2:29 AM

    ermm,,, kalo sye,sye pileh tadika yg ade bhase jepon… ade ke kat Msia?

    • November 18, 2009 at 7:48 AM

      mana ada.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: