Home > Whatever > [E] Suka hati kau-lah labu

[E] Suka hati kau-lah labu

Murid x: Y, jom kita pergi main kat padang. nak?

Murid y: Eh, mana boleh. Kerja sekolah pendidikan seni yang cikgu bagi minggu lepas tak siap lagi. Kerja Kolaj tu susahlah nak dapatkan bahannya. Kau dah siap ke?

Murid x: Dah. Mak aku buatkan. Cepat je siap, cantik pula tu.

Murid y: SEMUA Mak kau dah buatkan? Aku kena buat sendirilah, kerja sekolah aku.

Murid x: Mak aku buatkan semua kerja sekolah aku. matematik, BM, English.. semualah!

Murid y: Habis tu, kau buat kerja apa?

Murid x: Aku cuma main dengan anak patung aku, makan, tengok tv dan tidur.

Murid y: Eh eh, senangnya hidup kau eh? Aku, kerja sekolah aku semua aku kena buat sendiri. Aku kena korbankan masa tengok tv cerita Shin Chan, kena tolong buat kerja rumah untuk dapatkan duit upah mak aku bagi, kena bagi kucing makan, kena tolong buat kuih Mak aku nak jual.

Murid x: Kenapa kau buat sendiri? Kenapa tak suruh Mak kau buat?

Murid y: Mak aku kata, kena belajar buat kerja sendiri. Berdikari. Nanti dah besar duduk rumah sendiri dan tahu buat kerja sendiri.

Murid x: Oh. Aku rasa besar nanti aku nak tinggal dengan Mak aku sampai bila-bila, suruh Mak aku buatkan semua kerja sebab aku tak pandai nak berdikari.

Murid y: Suka hati kau lah.

Categories: Whatever
  1. November 2, 2009 at 5:27 PM

    cikgu sy sukakan hiburan. sy tak boleh komplen sebab nanti cikgu gagalkan keputusan periksa sy.

    • November 2, 2009 at 5:30 PM

      cikgu awak sukakan hiburan? awak layankan sajalah kalau dia suruh awak menyanyi dan buat persembahan, jangan nak komplen. haha, metaphor yang bagus lah~ CIKGU = MAJIKAN.

      • November 2, 2009 at 5:42 PM

        memang tak bole komplen, nanti cikgu besar cakap “u tak suka, u keluar” >_<

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: