Home > Whatever > [E] Sila jangan bawa saya ke pusat beli belah

[E] Sila jangan bawa saya ke pusat beli belah

Hubby,

Saya dah tak tahan lagi!! Tiap kali kita pergi ke pusat beli belah saya mesti rasa nak beli tetapi kena tahan rasa nak beli tu dan pujuk diri sendiri supaya bersabar agar dapat beli bila dapat gaji bulan hadapan tapi saya tahu bila dapat gaji nanti mesti saya terlupa benda yang saya nak beli tu dan kalau teringat sekalipun pasti saya lupa kedai mana yang jual barang tu T_T

Awak ingat tak masa kita lalu bahagian pinggan mangkuk tu kat Jusco tu? Saya berkenan sungguh pada pinggan mangkuk yang warna hitam putih tu tapi agak aneh sebab bentuk dia petak dan untuk 18 keping pinggan yang kononnya takkan pecah harganya agak mahal iaitu RM299 (harga asal RM399) – nasib baik saya tak jatuh hati dengan set pinggan mangkuk Corelle yang lebih mahal dua kali ganda itu. Hurm, lagi cantik kalau pinggan mangkuk tu dipadankan dengan set cawannya sekali yang warna hitam putih tetapi mahal iaitu Rm250. Dan oh~ kita juga perlukan set gelas dan jag yang baru kerana set jag yang kita dapat sebagai hadiah kahwin saya dah pecahkan sebab tuang air panas untuk buat teh. Sila maafkan saya. T_T Kenapa nak makan dalam pinggan mahal? Saya rasa, kalau makan dalam pinggan mangkuk mahal, nanti masakan rasa lebih enak. Tapi kakak saya selalu kata benda macam tu “Koleksi Bongkak” sebab bila mak beli set pinggan mangkuk mahal, mak simpan dalam almari dan cuma guna setahun sekali -__-!

Lepas tu kita jalan-jalan di kedai kasut. Oh, sungguh saya berkenan pada kasut comel yang kalau saya pakai pergi kerja mesti nampak lebih bergaya! Tapi  bila tengok tanda harga, saya fikir lain kali sajalah saya beli.. T_T (beli kasut sepasang macam beli set pinggan mangkuk 18 keping!!)

ps: saya tulis kat sini sebab bila saya ada duit nak beli nanti saya bole baca post ni balik dan ajak awk pergi beli. nyeh nyeh nyeh nyeh~

Categories: Whatever
  1. November 11, 2009 at 10:15 AM

    tu la gunenye beli brg yg ade kualiti. guna/pakai smp 5 tahun pun ok lg. nak ganti baru pun bole pikir 5-8 kali lagi. hahahaha..

    • November 11, 2009 at 10:19 AM

      ayat tu macam soh beli jek. adakah patut beli? adakah awak mahu jadi co-sponsors? hooray!

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: