Home > Whatever > [E] Edisi Raya Haji 2009

[E] Edisi Raya Haji 2009

Fes of ol, raya Haji jumaat ni kami balik beraya di rumah/kampung Win di Johor, insyaAllah. Maka, sesiapa yang pernah cakap aku adalah queen control sebab bawa Win beraya di kampung sendiri kat Perak masa Aidilfitri yang lepas sila tarik balik kata-kata nista kamu itu sebab ternyata aku juga adalah seorang yang bertimbang rasa dan bertolak ansur. Cuma kerana aku nampak lebih ‘aktif’ dari Win, orang kata aku queen control.. haih~ Tuan-tuan dan puan-puan, kuncinya adalah teknik memujuk rayu lalu kamu boleh dapat apa kamu mahu tapi malu. Kalau tak percaya, cuba.

 

Teknik buat muka comel semasa memilih baju di kedai First Lady juga boleh membuatkan pasangan kamu sanggup membuka beg duit dan membuat pembayaran baju raya yang kamu suka. Percayalah, aku dah cuba teknik ini Ahad lepas dan berjaya mendapatkan baju raya AidilAdha berwarna ungu! Lepas ni nak cuba buat muka comel di kedai kasut Nike untuk dapatkan kasut baru-yang-kalau-aku-pakai-nampak-lebih-bergaya lah! Oh, aku bukan pisau cukur. Aku ada duit sendiri untuk membeli barang yang aku suka, haa~

 

Raya haji adalah minggu kami masak BBQ masa beraya di kampung aku satu masa dahulu. Banyak daging korban yang kami dapat jadi kami buat satay daging, daging salai untuk mak masak gulai lemak cili api dan macam-macam lagilah. Memang best dapat makan satay dan kuah kacang resepi Mak yang aku rasa boleh lingkuplah bisnes Satay Haji Samuri Kajang @ Satay Wak Radol JB kalau Mak aku komersial-kan resepi beliau. Wah~ puji Mak tak agak-agak. Takpe, siapa lagi nak puji Mak aku kan.

 

Akhir kata, terimalah serangkap pantun:

Selamat Hari Raya AidilAdha kepada semua,
Selamat pulang ke kampung halaman,
Selamat memandu di jalan raya,
Ingatlah orang tersayang dan pandulah PERLAHAN-LAHAN.

EdotMembebel: Harap-harap tak ada siapa akan tanya soalan, “Dah ada isi??”. Kalau hal isi-isi ni sila tanya kat Win.

Categories: Whatever
  1. November 23, 2009 at 2:01 PM

    “pandulah PERLAHAN-LAHAN.” – jgn slow sgt.. nyusahkan org lain..
    road hogger = penyebab eksiden juge~

  2. November 23, 2009 at 2:02 PM

    memanglah~ tapi jgn bawa laju sangatlah.

  3. Iz
    November 24, 2009 at 3:48 PM

    aku nk try buat muke comel kat kedai perodua ah camni..

    • November 24, 2009 at 3:49 PM

      try lah, bagitau aku kalo berjaya ^_^

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: