Home > Whatever > [E] Alah Emak, tungguuulah aku..

[E] Alah Emak, tungguuulah aku..

Haritu dah cerita pasal plan aku & Win untuk Raya Haji tahun ni, kan? Plan MakAyah aku pula nak beraya kat KL sebab nak tukar mood raya yang dah sekian lama asyik-asyik kena layan orang datang rumah jadi kali ni diorang pula yang jalan-jalan pergi rumah orang. By the time diorang sampai KL aku sudah gerak ke Johor  T_T

 

icon2Sejak MakAyah tinggal berdua ni diorang selalu travel dari kampung ke mana-mana saja yang diorang suka dan selalunya diorang travel by bus or train KTM.Ayah dah pandai naik Komuter & Rapid KL sekarang ni, both LRT & bus cewah cewah ape lagi, ‘nyongket le deme’ (berjalan-jalan lah diorang).

 

Tapi bila aku bayangkan mak ayah aku yang dah tua lutut pun cepat lenguh kena berdiri atas tren sebab orang muda-muda yang berat te**r tak rasa kesian langsung kat orang tua jauh sekali nak offer tempat duduk diorang tapi boleh buat-buat tidur je kat seat. Kalau aku ada memang dah sound kuat-kuat, “Boleh bagi mak saya duduk situ?” tapi kalau aku tak ada?

 

Alah Mak, tungguuulah aku~ Tunggu ida balik dari JB ke Serdang! Ida ade hadiah besday Mak ni ceh padahal trick nak suruh Mak masak makanan kegemaran iaitu gulai lemak pegaga dengan udang , gulai cendawan pokok & gulai lemak daging salai masak cili api.. T_T

 

EdotMembebel: Mak jangan lupa belikan belacan ye? Belacan ida dah abis. Takmau belacan lain, nak belacan Perak jugak (eh, ke sebenarnya itu belacan Penang?)

Categories: Whatever
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: