Home > Whatever > [E] Hensem tapi baran pon tak guna

[E] Hensem tapi baran pon tak guna

Semalam masa aku isi petrol kat Petronas area rumah aku, ada satu pasangan ni naik Myvi SE warna oren baru sampai, yang perempuannya pandu yang lelakinya duduk kat seat sebelah.

 

Tapi Myvi oren tu park agak jauh dari tiang pam. Yang lelaki kat sebelah tu apa lagi ditengkingnya pemandu tu punyalah kuat sampai semua orang kat stesen tu boleh dengar walaupun tingkap Myvi tu semua tertutup! Yang pemandu pun ubahlah kedudukan kereta tu dekat sikit dengan tiang pam. Pemandu tu keluar untuk pergi bayar kat kaunter, senyum.

 

[E] : Mana datang bunyi tu? (pandang arah kereta Myvi) Dia marah perempuan tu ke? Kuatnya tengking sampai kat luar pun boleh dengar.

Abang Petronas: Itu isteri dia. (geleng-geleng kepala sambil cuci cermin belakang kereta kami) Kalau mau gaduh ka, pukul ka.. rumah buatlah.

[E]Ntahnya. Buat malu je marah-marah dekat sini. Mana boleh marah depan orang ramai sini.

Abang Petronas: Itu kereta selalu datang sini punya.. (oh patutlah die tahu yang couple tu laki bini)

Lelaki baran dalam kereta: LAMPU TAK TUTUP! LAMPU TAK TUTUP! (sambil menjerit ke arah bini dia yang dah nak sampai kaunter bayaran)

[E] : B&*^%. Yang lelaki tu tak boleh tutup sendiri ke? (gerammmm)

 

Kakak pemandu tu patah balik ke kereta, tutup lampu kereta dan berjalan semula ke kaunter. Kesian dia dapat laki macam tu.

 

Orang perempuan kalau marah tak tentu pasal yang itu memang normal sebab PMS. Laki kalau marah tak tentu pasal, nak datang period lah tu pastu esoknya jadi perempuan.

 

Orang perempuan kalau parking jauh dari tiang pam sebab tak pandai bajet space antara kereta dengan tiang. Takut terlanggar. Laki selalu main redah je sebab tu selalu eksiden kat jalan raya.

 

Orang perempuan kalau bawa kereta slow sebab fikir banyak benda apa nak masak malam ni kalau dalam peti ais ade telur dengan sawi je, nak fikir pasal nak kutip baju nak basuh, fikir nak kemas rumah. Laki bawa kereta memanglah laju, sikit je benda nak fikir. Atau tak payah fikir apa-apa langsung.

 

Orang perempuan kalau nak cari pasangan hidup jangan tengok muka je, kalau hensem tahap apa pun tapi panas baran.. pikirlah sendiri.

 

Categories: Whatever
  1. November 25, 2009 at 11:12 AM

    “Orang perempuan kalau bawa kereta slow sebab fikir banyak benda apa nak masak malam ni kalau dalam peti ais ade telur dengan sawi je, nak fikir pasal nak kutip baju nak basuh, fikir nak kemas rumah.” – sila jgn tiru aksi ini. ketika memandu, tumpukan perhatian pd jalan raya & kenderaan di sekeliling anda. jika ingin fikir banyak, lakukannya sebelum anda masuk gear pertama.

    btw kpd rakan2 lelaki sekalian, sila kurangkan ego anda sebelum anda berumahtangga.

    • November 25, 2009 at 11:42 AM

      bende dlm fikiran kite susah nk control. bila bende tu POP! dalam kepala.. setakat drive ni orang pompuan ada auto pilot la. kami pikir dan drive pada masa yang sama.

  2. December 21, 2009 at 12:34 PM

    bangang glerr org tuh!

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: